
Bayangkan impian memiliki rumah sendiri akhirnya bertukar jadi beban selama enam tahun. Itulah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh seorang wanita apabila rumah yang dibelinya dengan penuh harapan tidak memberi pulangan seperti dijangka. Bukan saja gagal disewakan dengan keuntungan, malah setiap bulan dia perlu ‘top up’ RM700 dari poket sendiri untuk tampung bayaran bank.
Kisah ini bukan luar biasa, ramai di luar sana yang senyap-senyap bergelut dengan keputusan beli rumah yang terburu-buru, tanpa ilmu dan perancangan jangka panjang. Di sebalik kunci rumah impian, tersembunyi tekanan kewangan yang tidak semua orang mampu tanggung.
Lokasi adalah segala-galanya dalam pelaburan hartanah. Walaupun rumah cantik, baru siap dan ada fasiliti menarik, tapi jika berada di kawasan yang jauh dari kemudahan asas, pengangkutan awam, institusi pendidikan atau tempat kerja, permintaan sewa akan rendah.
Elak silap ini dengan:
– Buat kajian lokasi terlebih dahulu.
– Semak kadar sewa di kawasan sekitar.
– Tengok kadar kekosongan rumah (vacancy rate).
Ramai pembeli terpengaruh dengan harga promosi, diskaun palsu atau gimik jualan. Akibatnya, rumah dibeli lebih mahal dari nilai sebenar pasaran. Bila nak jual semula atau sewakan, rugi sebab tak dapat pulangan setimpal.
Cara elak:
– Rujuk harga semasa pasaran di laman hartanah atau ejen.
– Buat penilaian bank (valuation) sebelum beli.
– Jangan terus percaya harga “diskaun”.
Ramai hanya kira harga rumah dan ansuran bank. Tapi lupa ada kos tersembunyi seperti:
– Cukai pintu & cukai tanah
– Yuran penyelenggaraan (maintenance fee)
– Kos baiki kerosakan
– Kos ejen sewa, insurans, cukai pendapatan sewa
– Kira semua kos berkaitan.
– Buat unjuran ROI (Return on Investment).
– Pastikan sewa yang dijangka mampu tampung semua kos.
Ada yang beli sebab “kawan beli,” atau sebab rumah nampak “instagrammable,” atau sebab terpengaruh dengan iklan. Pelaburan hartanah sepatutnya dibuat secara rasional, bukan emosional.
Tip elak:
– Buat kajian pasaran dan permintaan.
– Bandingkan beberapa projek.
– Fikir jangka panjang, bukan ikut trend semasa.
– Sewakan ikut target pasaran sebenar. Sesuaikan harga ikut kemampuan penyewa di kawasan tersebut.
– Pertimbang jual jika terus rugi. Jangan terus tanggung jika trend pasaran jangka panjang tidak menguntungkan.
– Guna khidmat ejen hartanah profesional. Mereka boleh bantu dapatkan penyewa atau pembeli.
– Refinance rumah jika kadar faedah semasa lebih rendah.
Beli rumah memang langkah bijak jika kena cara dan masanya. Jangan terburu-buru. Pastikan buat kajian lokasi, kos sebenar, kadar sewa semasa dan tujuan pembelian. Rumah boleh jadi aset, tapi jika tersilap langkah, ia juga boleh jadi liabiliti besar.
Ingat, beli rumah bukan hanya soal mampu bayar tapi mampu tanggung, jangka panjang.
Mesti Baca: Fikir Masak-Masak SEBELUM Buat Keputusan Beli 3 Jenis Kediaman Ini
Baca Lagi Di Sini: Beli Rumah ‘Lot Bumi’ Dan ‘Non-Bumi Lot’, Ini Kelebihan Dan Kekurangannya!
Artikel Menarik: Beli Rumah Letak Dua Nama, Ini Kesan Yang Ramai Yang Tak Tahu
Follow kami diWEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.