
Beli ‘rumah hantu,’ pemilik buat renovasi sampai jadi lawa. Ramai orang akan berfikir dua kali sebelum membeli rumah terbiar yang digelar ‘rumah hantu’, namun bagi seorang individu yang berani mengambil risiko, keputusan untuk memiliki rumah lama yang menyeramkan itu ternyata membuahkan hasil luar biasa.
Namun, di tangan pemilik baharu yang kreatif dan komited, rumah itu kini berubah wajah sepenuhnya hasil proses renovasi menyeluruh. Transformasi yang dilakukan bukan sekadar kosmetik, malah turut melibatkan pengubahsuaian struktur dan sistem asas rumah seperti pendawaian, saliran dan lantai.
Pemilik rumah tersebut turut berkongsi proses renovasi di media sosial, menarik perhatian ramai netizen yang kagum dengan perubahan drastik yang dilakukan. Ramai yang memuji keberanian dan ketekunan pemilik dalam menghidupkan semula rumah lama itu.
Berikut perkongsian pemilik akaun TikTok nnariisa
Kesimpulannya sesebuah rumah itu bila ada di tangan yang betul, daripada rumah ‘hantu’ terus jadi istana.
Sumber: TikTok nnariisa
Baca artikel lain juga: Ubahsuai Bilik Siling Tinggi Bina Loteng, Makeover Rumah Teres Lama Usia 35 Tahun
Artikel lain: Ubah Suai Indoor Laundry & Dapur Basah, Tak Perlu Risau Baju Kena Hujan