Baja Dari Kulit Nanas Rahsia Lebat Dan Cantikkan Buah. Daun nanas, popular di jadikan fabrik. Buah nenas pula enak di makan segar, dijadikan jus mahupun masak. Tapi, kulitnya dibuang begitu sahaja. Tahukah anda, selain kulit bawang, buahan dan lain, kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Menariknya, baja organik dari kulit nenas ni boleh lebatkan buah tau. Macam mana nak hasilkan baja organik dari kulit nanas ni. Cikwan redzuan Jelani berkongsi resepinya.
Isi nanas kita makan. kulitnya kita kitar semula. Dari nanas ia datang, kepada nanas juga ia kembali.
Resepi baja organik kulit nanas Rahsia Lebat Dan Cantikkan Buah
Bahan-bahan:
1kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
air hujan/air mineral
Terjual lebih dari 23,000 unit Pelbagai Baja Booster / Paksa Subur di shopee. Nak beli juga, klik link ni https://invol.co/cl7y6dx
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral
2. larutkan gula merah dan yakulut sikit demi sedikit
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ni, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak
6. simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100%
Baca juga: Baja Organik Dari Sisa Perut Ikan Jadikan Pokok Tahan Penyakit
Cara guna:
Ambil 10ml pati air nanas dan bancuh bersama 1 liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
Sembur pada waktu petang setiap 3 hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
P/s: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. sayang kalau dibuang
Baja Dari Kulit Nanas Rahsia Lebat Dan Cantikkan Buah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tahukah Anda Elemen Air Dalam Dekorasi Rumah Adalah Salah Satu Terapi Penting Masa Kini
Perlukah Kita Memasang Hiasan Air di Rumah dan Bagaimana untuk Membuat Pilihan Terbaik?
Ubah persekitaran kediaman anda dengan hiasan air yang menenangkan untuk suasana Zen di rumah.
Air sememangnya sesuatu yang penting bagi semua bentuk hidupan, tetapi tahukah anda bahawa air juga merupakan elemen positif yang melambangkan peredaran, kebijaksanaan, kemurnian, keberuntungan, kekayaan dan banyak lagi maksud simbolik yang lain?
Meskipun dengan kesan evolusi budaya sepanjang zaman, pemahaman yang kekal dan masih diterima orang ramai adalah bahawa pembinaan hiasan air mampu mengalirkan tenaga positif masuk ke rumah. Di samping makna simbolik ini, pembinaan hiasan air juga semakin popular sejak kebelakangan ini oleh kerana faedah yang diberikannya. Salah satu daripada banyak kelebihannya termasuk fungsinya sebagai sistem penyejukan cekap tenaga yang semula jadi untuk rumah, terutama bagi kita yang berada dalam iklim tropika sepanjang tahun. Baik di dalam atau di luar rumah, kawasan di mana hiasan air dibina akan mewujudkan suasana sejuk dan nyaman.
Hiasan air di rumah bukan hanya mewujudkan suasana yang menenangkan dan aman di kediaman, ia juga membantu melenyapkan tenaga negatif daripada kehidupan harian kita. Waktu PKP yang telah memaksa kita tinggal di rumah sudah tentu mengakibatkan detik-detik negatif terutamanya apabila kita perlu menyesuaikan diri dengan konsep bekerja di rumah dimana kita perlu menumpukan perhatian sambil mengabaikan sebarang gangguan. Oleh itu, ianya penting untuk kita memastikan persekitaran di rumah kekal aman dan damai demi fikiran yang tenang apabila berada di rumah. Penambahan hiasan air di rumah adalah satu pilihan yang bijak kerana penyelidikan telah menunjukkan bahawa terapi bunyi mampu menenangkan jiwa dan bunyi aliran air merupakan salah satu bunyi yang mampu meningkatkan daya perhatian seseorang.
Ramai yang mungkin inginkan hiasan air di kediaman mereka namun mungkin teragak-agak kerana pada anggapan umum, hiasan air hanya boleh dibina di luar rumah atau memerlukan kawasan tanah yang besar. Sebaliknya, hiasan air boleh dimasukkan ke dalam rumah yang kecil seperti kondominium untuk mendatangkan aura alam yang menenangkan. Dengan perancangan yang teliti dan pemilihan hiasan air yang sesuai, anda boleh menikmati banyak kelebihan tanpa mengeluarkan wang yang banyak!
1. Kenal pasti tempat yang ‘sempurna’
Aspek pertama dan paling penting yang harus dipertimbangkan ketika memasang hiasan air adalah ketentuan lokasi yang sesuai di rumah, kerana pemilihan ukuran, reka bentuk dan bahan hiasan air bergantung pada lokasi yang dipilih. Kenal pasti ruang yang tidak terpakai di rumah anda, sama ada di sudut belakang, di bawah tangga, atau di atas meja untuk menyemarakkan suasana yang tenang tanpa perubahan yang terlalu besar yang mungkin mengganggu rutin harian anda. Selain itu, untuk memastikan kebersihan air, pastikan anda mencari lokasi yang selamat dan mempunyai sumber elektrik supaya anda tidak perlu menarik kabel sambungan dengan terlalu panjang!
2. Pilih hiasan air yang sesuai dengan reka bentuk dalaman dan penggunaan anda
Setelah mengenal pasti lokasi yang sesuai, anda boleh mula memilih hiasan air kesukaan anda! Ada pelbagai jenis hiasan air yang ditawarkan di pasaran dan anda boleh memilih yang paling sesuai dengan ruang dan penggunaan anda. Beberapa jenis hiasan air yang boleh diletakkan di rumah termasuk air pancut dinding, dinding air, air pancut lantai dan air pancut yang boleh diletakkan di atas meja. Sebagai contoh, anda boleh mengganti hiasan dinding dengan air pancut yang dipasang di dinding yang tidak akan mengambil ruang yang banyak. Selain sebagai hiasan, hiasan air seperti dinding air dapat digunakan sebagai pembahagi ruang untuk memisahkan ruang di rumah dengan cara yang unik dan artistik. Air pancut yang boleh diletakkan di atas meja adalah pilihan yang paling sesuai bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih kecil dan ia tidak memerlukan banyak usaha untuk menyelenggara. Ia juga lebih mudah untuk dipasangkan pada harga berpatutan berbanding pilihan lain.
3. Pilih bahan yang sesuai untuk hiasan air anda
Bagaimana anda mementingkan pemilihan perabot atau hiasan yang sesuai dengan reka bentuk dalaman rumah, begitu juga pentingnya untuk anda memilih bahan yang sesuai untuk hiasan air anda demi keselamatan dan kemudahan penyelenggaraan. Hiasan air biasanya diperbuat daripada bahan yang berat seperti porselin, batu, marmar, gentian kaca, seramik, logam dan lain-lain. Oleh itu, ianya penting untuk membuat pilihan yang sesuai dengan reka bentuk kediaman anda untuk memastikan keselamatan. Sebaiknya berjumpalah dengan pakar atau penyedia perkhidmatan untuk menilai tahap keselamatan lokasi pilihan untuk memasang lekapan. Walaupun anda memilih hiasan air yang kecil untuk diletakkan di atas meja, pastikan meja anda cukup kukuh untuk menahan berat lekapan.
4. Pastikan air terus mengalir dan jaga kebersihan persekitaran air
Ramai yang mungkin ragu-ragu untuk membina hiasan air di rumah kerana ia memerlukan masa untuk membersih dan menyelenggara, terutama bagi mereka yang ingin memelihara ikan kerana makanan ikan dan sisa yang dihasilkan akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk memastikan air mengalir secara berterusan, anda memerlukan pam bersesuaian untuk memastikan aliran air yang cantik dan lancar sambil mengelakkan percikan yang tidak diingini yang akan menyebabkan kerosakan
pada lantai dan perabot berdekatan. Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Serantau Waterco mengatakan bahawa pemasangan hiasan air bukanlah satu prosedur yang rumit dan mahal jika peralatan yang sesuai dipasang dengan betul pada awalnya.
“Ada orang mengalami masalah dengan hiasan air mereka setelah jangka waktu tertentu mungkin berpunca daripada beberapa sebab, salah satunya dan yang paling umum adalah peralatan yang dipasang mungkin tidak tepat untuk penggunaan hiasan air mereka. Contohnya, ukuran pam yang dipilih akan menentukan aliran air yang diingini, atau justeru akan menyebabkan air memercik ke mana-mana dan membazirkan air,” kata Encik Koo.
“Apa-apa yang berkaitan dengan air dan elektrik mesti dikendalikan dengan berhati-hati. Oleh itu, jika penyelidikan dilakukan dengan tepat, sesiapa pun boleh memiliki hiasan air yang mengalir lancar di rumah mereka.”
Untuk memastikan aliran air yang baik dan masa pembersihan yang paling minimum, pastikan anda memilih pam berkualiti tinggi dan cekap tenaga seperti jenama Waterco (syarikat penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat). Pilihan ini bukan sahaja dapat membantu menjaga persekitaran air untuk kekal sihat dan selamat, ia juga akan mengurangkan kos elektrik untuk penggunaan pam sepanjang hari.
Tak kira saiz rumah anda, pemasangan hiasan air sudah terbukti bukanlah sesuatu yang sulit asalkan anda memahami ruang dan keperluan kediaman anda. Sama ada anda memilih air pancut berskala besar di halaman rumah atau lekapan kecil untuk diletakkan di atas meja, mulailah merancang untuk membawa suasana semula jadi dan menenangkan untuk diri anda dan juga untuk yang tersayang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bilik Tidur Elegan Dengan Wallpaper Bunga & Berjalur
Wallpaper memainkan peranan yang besar dalam menghiasi segenap ruang kediaman sama ada di ruang tamu, dapur, dan bilik tidur. Wallpaper dari sudut lain bertindak sebagai alternatif kepada hiasan lama iaitu mengecat.
Hari ini, mengecat sudah kurang dipraktikkan walaupun terdapat banyak produk baharu di pasaran tentang penjualan cat kerana munculnya seni hiasan dinding menggunakan wallpaper dan terkini, wainscoating. Entri kali ini IMPIANA ingin berkongsi tentang tips pemilihan wallpaper di dalam bilik tidur.
Jika di ruang tamu anda sudah cukup berhati-hati dalam pemilihannya, di bilik tidur lagi anda perlu serius dalam menetapkan corak yang akan menghiasi bilik tidur kerana keadaan serta moodnya amat berbeza dari tempat berkumpul dan bilik berehat untuk tempoh yang panjang.
Tona Floral
Jika anda memilih konsep bunga, anda suai padankan warna cadar dengan pilihan sarung bantal untuk memastikan tema flora anda tidak contra. Warna bunga juga harus sepadan, gunakan warna ungu lavender untuk disesuaikan dengan cadar berwarna putih atau kelabu.
Pukau dengan corak berulang
Wujudkan suasana memukau dengan memasang wallpaper yang bercorak pattern berulang. Corak sebegini berupaya merehatkan mata anda setelah seharian melihat bebanan kerja di pejabat. Sebaiknya cari lah corak berwarna yang menyejukkan pandangan mata seperti biru atau hijau. IMPIANA cadangkan corak alam semulajadi lebih merehatkan minda.
Suai padan corak jalur dan kosong
Jadikan bilik tidur anda lebih elegan dengan padanan warna bercorak jalur. Padankan wallpaper corak jalur ini dengan hiasan lain yang kosong tanpa apa-apa corak agar tidak terlalu ‘clash’ dengan corak di dalam bilik anda. Less is more oleh itu anda perlu bijak menggabungkan corak wallpaper dengan soft furnishing yang lain.
Monokrom di bilik tidur
Padanan kedua-dua warna ini tidak pernah lekang serta lapuk ditelan zaman. Warna hitam dan putih sentiasa menjadi pilihan tona warna tidak kira di mana ruang dalam kediaman. Warna ini amat sesuai untuk digandingkan dengan warna terang seperti bantal berwarna kuning atau jika anda mahu simplicity, sesuaikan ianya dengan warna biru gelap muda.
Tema rustik
Ramai yang takut untuk menggunakan tema rustik kerana merasakan impak dekorasinya kurang menarik. Sebenarnya tema ini ada nilai nya yang tersendiri cuma anda kena bijak memilih corak dan gabungkan ia dengan kemasan lembut yang lain dalam tema konsep yang sama.
Trend Terkini Geometri
Tema wallpaper sebegini amat popular di Malaysia. Banyak kita lihat di mana-mana group deko ramai orang menjadikan garisan geometri sebagai pelengkap hiasan dinding terutamanya di ruang tamu dan fokus hari ini di bilik tidur.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ikut 6 Langkah Ini Untuk Pastikan Cat Luar Rumah Tahan Lebih Lama
Cat dinding pada bahagian luar rumah ternyata lebih cepat mengalami kerosakkan. Ianya seperti warna menjadi pudar dan rekahan cat terkupas kerana terdedah dengan panas matahari dan air hujan. Malah, perubahan iklim yang tidak menentu juga menyebabkan dinding luar rumah anda ditumbuhi oleh kulat kerana suhu yang basah dan lembab.
Oleh kerana itu, dinding luar rumah anda perlu dirawat dan di cat mengunakan cara yang betul.
1. Bersihkan Dinding Terlebih Dahulu
Sebelum memulakan proses mengecat, anda perlu pastikan dinding dalam keadaan bersih dan tidak ada kotoran atau debu tebal yang melekat. Jika tidak dibersihkan, kotoran yang terdapat pada dinding dapat membuat cat mengelupas dan tertanggal apabila ia kering.
Jika dinding anda dipenuhi dengan lumut, anda tembak sahaja air paip dengan semburan yang maksima sehingga lumut-lumut itu tertanggal.
2. Gunakan Cat Khusus Untuk Kegunaan Luar
Cat khas untuk outdoor biasanya sudah diformulasikan untuk mengecat dinding bahagian luar sehingga lebih kuat dan tahan lama untuk melindungi dinding dari perubahan iklim. Salah satu ciri cat dinding luar rumah biasanya mencantumkan keunggulannya seperti weather proof atau weather resistance.
Selain itu, kandungan cat ini juga boleh mencegah timbulnya lumut dan kulat akibat rembesan air hujan. Cat dinding yang baik biasanya akan bertahan tanpa kerosakan dan mengelupas selama hampir empat tahun.
3. Pastikan Kesesuaian Cat dengan Dinding
Cat yang biasa digunakan untuk dinding tembok biasa tentu akan berbeza dengan cat yang dipakai untuk dinding kayu atau batu alam. Cat tembok biasanya memiliki tekstur lebih tebal dibandingkan cat dinding batu atau kayu agar lapisan simen di bawahnya tidak terlihat.
4. Pilih Warna-Warna yang Cerah
Pemilihan warna juga penting. Warna cerah disarankan kerana memiliki pigmen lebih sedikit dibandingkan cat warna gelap sehingga risiko untuk pudar lebih sedikit dibandingkan bila anda menggunakan warna pekat. Beberapa warna yang disarankan adalah kuning, hijau muda atau warna putih.
5. Lakukan Kerja Mengecat Ketika Cuaca Tidak Mendung
Pemilihan waktu pengecatan juga penting. Mengecat rumah di saat cuaca cerah pastinya dapat membantu proses pengeringan cat. Bila mengecat di saat musim hujan maka lapisannya akan mudah rosak kerana terbawa air.
Perhatikan juga kondisi dinding rumah sebelum mulai dicat. Dinding yang memiliki permukaan lembab atau basah boleh membuat cat tidak terserap dengan sempurna.
6. Gunakan Teknik yang Betul
Teknik pengecatan pun harus diperhatikan kerana bila salah akan membuat permukaan tembok tidak halus. Oleh itu, sebaiknya mula sapu dahulu bahagian yang sukar seperti sudut dinding dan bahagian yang dekat dengan atap.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI