Baik Pulih Perabot Tiada Harga Menjadi Bernilai Dengan Panduan Mudah Ini

Share

Tahukah anda, selain daripada recycle kita juga boleh upcycle barangan lama yang sudah tidak digunakan. Malah aktiviti upcycle dilihat lebih menjimatkan dan mesra alam berbanding jika kita mengitar semula. Jadi apakah perbezaan antara recycle dengan upcycle?

Biasanya, apabila bahan-bahan seperti plastik, kertas, logam atau kaca yang dikitar semula akan dipecahkan atau dihancurkan terlebih dahulu menjadi bahan asas sebelum dijadikan suatu produk yang baru. Produk-produk ini bagaimanapun mempunyai kualiti yang jauh lebih rendah berbanding sebelum melalui proses kitar semula. Berbeza pula apabila kita upcycle sesuatu, ia lebih menumpukan pada proses membaikpulih barangan yang sudah usang atau rosak. Perabot akan diolah atau dibina semula tanpa mengurangkan kualiti dan fungsinya. Mudah untuk kita katakan dengan upcycling, secara tidak langsung perabot lama telah diupgrade

menjadi lebih menarik dan berharga. Ada juga yang melihat upcycling sebagai salah satu cabang recycle kerana terdapat banyak persamaan antara keduanya. Bergantung pada kefahaman masing-masing, yang penting pada akhirnya semua aktiviti ini akan memberi kesan positif kepada alam sekitar.

Sedikit tip dan trik bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan hobi upcycle ini :

1.Kunci utama upcycling adalah persediaan yang rapi dan cukup . Merancang lebih awal dan pastikan anda mempunyai peralatan-peralatan yang diperlukan. Bersihkan perabot yang ingin di upcycle agar tiada sebarang habuk atau sarang labah-labah kerana ia dapat merosakkan berus cat anda.

2. Gunakan kreativiti dan berfikir diluar kotak. Idea kreatif anda dapat memberikan nafas baharu pada perabot lama yang mungkin tiada harganya lagi tetapi dengan imaginasi dan sedikit pertukangan, anda mungkin dapat upgrade

yang tidak disangka-sangka.

3. Jika anda terlihat perabot vintaj yang anda suka dijual pada harga yang tidak masuk akal, jangan risau kerana besar kemungkinan anda boleh dapat sesuatu yang hampir sama dikedai-kedai amal, di jualan but kereta, atau di laman web seperti Carousell dengan harga yang jauh lebih murah. Anda juga mungkin boleh jumpa sesuatu yang serupa di stor nenek anda!

4. Belanjakan sedikit wang untuk membeli berus cat yang berkualiti kerana berus yang murah biasanya mempunyai bulu yang mudah tertanggal. Balutkan berus atau roller dengan foil aluminium bagi memastikan berus sentiasa lembap dan jangan lupa bersihkan kesemua berus sebaik sahaja anda selesai mengecat.

5. Berseronoklah dan be brave!  Anda tidak terikat pada apa-apa kekangan jadi gunakan peluang ini untuk menunjukkan bakat dan kreativiti anda. Terdapat pelbagai pilihan warna dan idea yang boleh didapati melalui laman web seperti Pinterest yang boleh dijadikan inspirasi.

6. Setelah selesai dengan projek upcycle anda, jangan lupa untuk sapukan lapisan pelindung agar perabot atau hiasan mampu bertahan lebih lama. Sia-sialah segala kerja keras anda jika dibiarkan sahaja tanpa lapisan varnish atau wax untuk melindungi masterpiece tersebut.

7. Jangan takut untuk mula dan mencuba sesuatu yang baharu, tidak ada yang betul atau salah ketika proses upcycling – hanya ilmu baru yang diperolehi.

 

 

IKLAN