Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.
Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.
Ads
Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.
Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?
Ads
Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:
Rebus 5 minit atau,
2. Microwave. Letak dlm air + peluntur selama 2 minit atau,
Ads
3. Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda Lihat ke dalam peti sejuk anda ada sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
SUMBER : GOOGLE/ PINTEREST
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Serangan dari serangga perosak sememangnya menjadi isu yang sering mengganggu ketenteraman para petani. Masakan tidak, masalah tersebut mampu mengundang risiko kerugian, malah boleh menutup periuk nasi mereka.
Begitu juga buat yang bercucuk tanam di rumah. Kehadiran serangga perosak dianggan sebagai satu permasalahan yang perlu diselesaikan segera agar tanaman tidak terjejas dan menyebabkan kerugian dari hasil titik peluh sendiri.
Penggunaan racun merupakan solusi paling mudah dan berkesan. Tetapi, pemilihan racun juga memainkan peranan dan boleh memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
Antara racun kimia dan racun organik, mana satu pilihan anda?
Selain harganya yang agak mahal, racun kimia juga merbahaya buat manusia dan persekitaran.
Jadi, bukankah lebih baik untuk menggunakan racun organik yang lebih terjamin dan juga menjimatkan kerana anda boleh buat sendiri racun organik mengikut resepi ini. Selamat Mencuba!
Cuma sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang melaporkan apabila sembur ramuan racun organik ini pada pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus siram dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.
Kredit : kebunbandar.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Vakum ibarat salah satu kelengkapan yang menjadi keperluan di zaman moden dan serba padat kini. Ia bukan sahaja mumudahkan tugasan mengemas malah segalanya dapat dilakukan dengan cepat dan menjimatkan tenaga anda.
Banyak kebaikkan vakum ini sebenarnya. Namun, anda perlu tahu juga keburukkannya kerana ia memberi impak yang besar kepada kehidupan dan tugasan anda. Antara keburukkannya ialah:
1. Vakum membebaskan bakteria dan habuk ke udara
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Science & Technology menguji 21 vakum yang berbeza-beza mengikut jenama, harga dan usia mendapati bahawa setiap satu mengeluarkan habuk, bakteria ke udara. Lebih berusia atau lama sebuah vakum, lebih banyak bakteria yang dibebaskan
Untuk mengatasi masalah ini, pastikan anda menggunakan vakum yang dilengkapi penapis high-efficiency particulate air (HEPA) filter dan cuci setiap kali selesai digunakan. Berikut 2 jenis vakum harga berpatutan yang dilengkapi HEPA
2. Vakum berat dan makan ruang untuk simpan
Walupun menggunakan upright vacuum, ia tetap memerlukan ruang khas untuk simpanan. Tambahan, ianya antara kelengkapan yang agak berat. Cuba bayangkan, anda perlu mengangkat vakum ke bahagian atas kediaman. Akhirnya, penyapu juga menjadi pilihan
3. Bil elektrik meningkat
Penggunaan vakum yang mempunyai kuasa sedutan yang tinggi atau heavy duty lebih kuat menggunakan tanaga elektrik beroperasi. Sebaiknya, gunakan vakum untuk tujuan-tujuan atau waktu tertentu sahaja. Tambahan, periksa berapa bintang yang diberikan oleh Suruhan Jaya Tenaga dan cop sirim pada produk tersebut. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 3 binatang dan ke atas untuk kategori produk energy efficient
4. Akses ruang yang terhad
Anda tidak boleh melakukan tugas-tugas membersih kediaman 100% dengan hanya menggunakana vakum. Ada ruang dan bahagian terutamanya yang sempit dan mempunyai halangan yang tidak dapat ditempuh. Jadi perlu ingat, vakum yang anda beli tu hanya sesuai untuk ruang tanpa halangan sahaja
5. Susah cari barang ganti
Vakum yang anda beli bila tiba masa rosak ware and tear ada bahagian yang perlu diganti. paling tidak, beg sampah atau penapis habuk. Tidak semua produk ada mengeluarkan gantian bagi bahagian yang rosak. Kalau ada pun sangat terhad dan tertentu sahaja
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.