Dapur Impian Ala Eropah: Gabungan Gaya, Fungsi & Cahaya Semula Jadi

Share

Bayangkan masuk ke dapur yang bukan saja cantik bak majalah hiasan dalaman, tapi juga praktikal untuk setiap aktiviti harian, dari menyediakan sarapan pagi hingga memasak makan malam sekeluarga. Itulah hasil transformasi dapur berkonsepkan ala Eropah ini. Dengan kombinasi warna monokrom elegan, pencahayaan semula jadi yang melimpah dan susun atur yang bijak, pemilik bukan sahaja mencipta ruang idaman, tetapi menjadikannya nadi rumah yang benar-benar selesa dan berfungsi.

Bagi Farah dan Nizam, mereka mementingkan praktikal dan estetika, transformasi dapur bersaiz 20×8 kaki ini menjadi bukti bahawa dengan perancangan teliti dan sentuhan peribadi, ruang dapur boleh menjadi tempat yang bukan sahaja cantik tetapi juga berfungsi.

Cahaya Semula Jadi: Elemen Utama Reka Bentuk

Inspirasi utama dalam mereka bentuk dapur ini adalah pencahayaan. Pemilik rumah menekankan pentingnya cahaya semula jadi untuk mewujudkan suasana yang luas, segar dan selesa. Dengan pemasangan skyroof, dapur ini menerima cahaya matahari sepanjang hari, mengurangkan keperluan penggunaan lampu elektrik dan menjadikan ruang lebih mesra alam.

Kos Renovasi Yang Berpatutan

Pemilik bukan sekadar mementingkan rupa, tetapi juga fungsi, setiap inci dapur ini dirancang dengan teliti. Dari pemilihan material tahan lasak, pencahayaan strategik, sehinggalah ruang penyimpanan yang praktikal. Tak hairan jika dapur ini jadi ruang paling selesa dalam rumah.

Salah satu cabaran utama dalam proses renovasi adalah penggunaan Aluminium Composite Panel (ACP). Walaupun ACP menawarkan kelebihan dari segi estetika dan ketahanan, ia memerlukan pemasangan dan penebat yang betul untuk mengelakkan risiko kebocoran, terutamanya pada sambungan dan bahagian yang terdedah kepada air.

Dengan kos renovasi bawah RM20K, hasilnya memang berbaloi dan memuaskan.

Nasihat Penting Untuk Renovasi Dapur

Bagi mereka yang merancang untuk merenovasi dapur, beberapa nasihat berguna termasuk:

– Utamakan fungsi sebelum gaya.

– Pilih bahan yang tahan lasak, terutamanya untuk table top dan lantai.

– Gunakan pencahayaan yang baik, termasuk cahaya semula jadi jika boleh.

– Pastikan ruang penyimpanan mencukupi untuk mengekalkan kekemasan.

– Ambil masa untuk memilih warna dan konsep yang tidak cepat membosankan.

Tip Menjaga Kekemasan Dapur

Bagi memastikan dapur sentiasa kemas dan teratur, pemilik rumah menasihatkan agar setiap peralatan dan barang disimpan di tempat yang sepatutnya. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan kerja memasak tetapi juga mengekalkan estetika ruang dapur.

Transformasi dapur ini menunjukkan bahawa dengan perancangan yang teliti dan penekanan pada elemen penting seperti pencahayaan dan fungsi, adalah untuk mewujudkan ruang dapur yang memenuhi keperluan harian sambil mengekalkan estetika yang menarik.

INFO DAPUR PEMILIK:

Tema dapur: Ala-ala Europe Style

Luas dapur: 20 x 8 kaki persegi

Warna kabinet: SF 9015 FOSSIL

Kos untuk kabinet dan renovasi ruang dapur:

Table top kitchen & laundry RM4892

Kabinet RM2050

Awning & glass RM9500

Wiring & piping RM2500

Kredit : TikTok roomahmyragardens

Mesti Baca: NABIL AHMAD Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung, Pasang Niat Bina Madrasah
Baca Lagi Di Sini: Nabil Ahmad Labur RM500k Tukar Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Realisasikan Impian Ibu
Artikel Menarik: Bapa Bina Semula Rumah Kayu Lama Bernilai RM500k Untuk Majlis Sanding Anak

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Putri