Apa kelebihan dan kekurangan permukaan quartz stone yang ramai tak tahu. Masa kini terlalu banyak kemasan untuk permukaan kabinet dapur. Sampai rambang mata dibuatnya. Harga pun boleh tahan mahal juga kadang-kadang bajet nak buat kabinet dapur selalu lari bila masuk rumah. Siapa pernah alami masalah maca ni boleh share dengan Min pengalaman anda memilih kemasan dapur anda.
Hari ini IMPIANA nak bawa anda pelajari tentang kelebihan dan kekurangan kemasan Quartz Stone ini.
Quartz Stone adalah produk batu yang mengandungi 95% Quartz dan mineral lain, dibentuk menjadi kepingan dan terikat dengan resin.
KELEBIHAN
Quartz mempunyai ketebalan 15-18mm serta terdapat dalam pelbagai warna dan corak yang menarik. Quartz juga nampak mewah dan memberikan tuan rumah perasaan batu semula jadi. Penampilan Quartz yang cukup kontemporari menjadikannya pilihan reka bentuk dapur moden.
1. Mudah untuk dijaga
2. Boleh custom made dalam pelbagai saiz
3. Senang dibersihkan
4. Quartz stone juga boleh digunakan dibahagian dinding dapur sebagai ‘back splash’
5. Tidak mudah retak atau pecah
KEBURUKAN
Tuan rumah perlu berhati-hati ketika meletakkan periuk dan kuali yang sangat panas terus di atas table top. Ini boleh meninggalkan kesan di atas permukaan table top. Sebagai langkah berjaga-jaga, periuk atau kuali yang panas hendaklah dilapik jika hendak letak diatas pemukaan Quartz Stone.
Antara kelemahan lain:
1. Mahal
2. Tidak mempunyai rupa semula jadi seperti batu
3. Tidak mampu tahan suhu yang terlalu tinggi
4. Mempunyai rongga halus yang boleh menyerap air dan kotoran dalam jangka masa yang lama.
5. Mudah berubah warna, terutamanya jika pendedahan berterusan terhadap cahaya matahari
Jadi bolehlah buat perbandingan dan ikut kemampuan serta keperluan dapur kita, kemasan mana yang bersesuaian dengan konsep dan juga poket pemilik. ‘Tepuk dada tanya poket’.
Setahun Tanam Tak Berbuah, Letak Daun Kering 2 Minggu Dah Berputik. Menyemai benih, sudah pasti diharapkan buahnya dituai. Tapi, tak semua hasil tanaman membuahkan hasil. Ada yang tumbuh subur dan dipupuk pun masih tak ada rezeki untuk berbuah.
Melalui perkongsian Aisyah Othaman dari abu Nummuulfahm, beliau berkongsi petua yang cukup mudah untuk dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun. Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
Pokok limau Abunummuulfahm sedang membesar dan mengeluarkan hasil yang banyk selepas setahun lebih ditanam
Sepanjang 1 tahun lebih ni ada sekali letak baja. Tu pun masa awal-awal tanam. Lepas tu dah tak letak ape pun. Dalam Febuari baru-baru ni, baru teringat 1 petua daripada mak yang dilakukan pada pokok bunga kantan miliknya. Saya cuba buat teknik yang sama pada pokok limau. Seleaps dua minggu, dengan izinnya, pokok limau tu mula berputik dengan banyaknya
Kediaman ini dihiasi ikut minat, tanpa sentuhan pakar. Mengenali Puan Rozita Mohd Nor, 11 tahun lalu masih membuatkan hati tertarik dengan kejelitaan dan keayuan wanita ini. Memiliki susuk tubuh kecil molek dan ramah ini membuat sesiapa sahaja senang bersama beliau. Hati terpanggil untuk bertanya khabar sahabat lama ini dan ingin menjengahnya kediaman milik peribadinya yang terletak di Shah Alam ternyata disambut dengan baik.
Walaupun pendemik Covid masih menghatui kita semua, saya masih menjaga SOP yang ditetapkan sebelum melawat ke kediaman Puan Rozita yang mesra dengan panggilan Kak Ogy. Ternyata bila sampai di rumah beliau saya dan team IMPIANA di sambut baik dengan senyuman yang menawan di muka pintu rumah beliau. Kak Ogy ini memang tak lokek dek senyuman.
Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, halaman rumah beliau sudah menarik perhatian saya dan team. Lihat sahaja jubin laluan sebelum tiba ke dalam rumah sudah memiliki citarasa yang menakjubkan. Jubin hitam dan putih dengan susunan retro membuatkan lalaun ini nampak lebih grand. Pintu masuk terbuka luas menyambut kami team IMPIANA. Perkataan pertama masuk kedalam ruang rumah ini adalah WOW! Macam pergi resort. Tersenyum Kak Ogy bila di usik begitu. Semangnya kediaman beliau kelihatan seakan gaya resort penggunaan sofa dan kemasan dinding yang mengenakan elemen kayu berwarna gelap serta fabrik putih pada material pilihan sofa serta langsir membuatkan ruang dalam kediamannya terasa nyaman dan tenang.
Bagi beliau konsep “evergreen” konsep yang tak lapuk dek zaman ini adalah konsep pilihan beliau dan suami. Pasangan ini cukup romatik jika anda follow Instagram beliau di @rztmhdnr, Kak Ogy adalah seorang gemar melancong sebelum musim pendemik ini semerata negara beliau akan jelajah. Di sinilah mulanya inspirasi menghias kediaman tercipta. ” Bila pergi melancong negara orang ini lah saat terindah, Kak Ogy akan bayangkan konsep yang mana akak suka dan boleh buat dekat rumah. Bila balik Malaysia projek dekor dan hias rumah pun mula la, cerita Kak Ogy”.
Baginya biarlah berdikit-dikit berbelanja untuk menghias ini, tidak perlu membeli barang yang mahal pun kalau nak rumah yang cantik kena pandai dan bijak memilih perhiasan sahaja. Kak Ogy adalah seorang yang pentingkan kualiti dan praktikaliti dalam menghias. Jika dilihat set sofa rumahnya ini sudah tahu pasti cukup berkualiti tinggi. Manakan tidak usia sofa ini sudah lebih 5 tahun bersamanya dan masih cantik dan tersergam indah dalam ruang tamunya.
Sebalik ruang tamu utama terdapar ruang makan yang dibina seperti glass house, ruang makan ini terus melihat halaman rumahnya cukup indah. terdapat juga pintu yang boleh menembusi ruang dapur.
Menyusuri ruang santai yang terletak bersebelahan ruang tamu ini membawa rasa yang lebih tenang pemilihan kemasan dinding wainscoting dikenakan pada ruang tamu utama dan santai sahaja. Ini sudah memberi elemen kalsik Eropah dalam tema sentuhan kediaman beliau. Laluan ruang santai ini membawa terus ke ruang dapur Kak Ogy.
Setiba ke ruang dapurnya pula, perkataan pertama yang terkeluar adalah WOW! Cukup luas dengan susunan kabinet dapur yang teratur dan cukup mengena dengan konsep Klasik Eropah. Tidak terlalu old school dalam sentuhan tetapi ia menyuntik rasa harmoni dan elegan dalam setiap sentuhan dalam ruang dapur beliau. Terdapat satu sudut yang dicipta seakan berada di sebuah cafe hipster dengan rimbunan juntaian pokok money plant yang menghiasi ruang itu membuatkan ia rasa di ruang yang lain.
Kediaman jenis Banglo ini dihiasi dengan cukup sempurna tanpa mengunakan khidmat pakar. Bagi Kak Ogy menghias rumah dengan citarasa dan sentuhan sendiri ini lebih puas berbanding memberi orang lain berkarya di dalam rumah milik peribadinya. Tambahnya lagi, ia lebih suka buat sikit-sikit baru la dapat menikmati keseluruhan dalam kediaman rumah, dan pastinya setiap ruang akan mempunyai keperluan yang betul.
Naik ke tingkat atas pula yang terletak bilik tidur. Kami team IMPIANA sempat merakam kamar utama beliau. Acap kali kita melihat walk in wardrobe akan berada di dalam bilik atau di bilik yang berlainan bukan. Lain pula dengan gaya dan rekaan yang di buat oleh Kak Ogy ini. Sebalik pintu bilik tidur kamarnya adalah binaan kabinet yang berkonsep terbuka untuk walk in wardrobe beliau dan suami dan kemudia barulah ke kamar utama mereka.
Menariknya rekaan binaan banglo ini ia mempunyai tingkap dari aras atas iaitu dari arah kamar utama untuk melihat terus ke ruang tamu di bawah. Rekaan tingkap kayu ini adalah elemen tradisional yang cukup menarik dalam senibina rumah banglo ini.
Jom lihat VIDEO kediaman milik Kak Ogy ini untuk tatapan anda semua.
Tak Sesuai Letak Barang Atas Mesin Basuh, Cepat Rosak. Hari tu, Impiana kongsikan isu laranagan meletakkan barang atas peti sejuk. Kali ni, kita cakap pula kesalahan meletakkan barang atas mesin basuh terutamanya yang dari jenis front load.
Ruang di atas mesin basuh yang rata terutamanya bagi jenis front load memang peluang terbaik untuk anda jadikan ia ruang untuk meletakkan barang. Lebih-lebih lagi, bagi anda yang mempunyai ruang yang sangat terhad, ruang-ruang seperti inilah yang diperlukan.
Tapi, tahukah anda ada barang yang boleh dan tak boleh diletakkan di atas mesin basuh?
Ketika mesin basuh sedang beroperasi atau berfungsi, anda dilarang sama sekali meletakkan barangan jenis berat di atasnya. Ia termasuklah bakul pakaian kotor, botol pencuci dan seumpamanya.
Jika anda meletakkan barangan berat di atas mesin basuh, ia akan dikhuatiri akan menggaun putaran.
Hanya barang yang ringan sahaja boleh diletakkan di atas mesin basuh. Itu pun, ia hanya boleh diletakkan ketika mesin basuh tidak beroperasi. Selain itu juga, anda boleh letakkan barang di aats mesin basuh jika terdapat alas tergantung yang tidak terus menyentuh permukaan atas mesin basuh. Seperti kabinet khas atau rak dinding
IMPIANA cadangkan anda untuk menggunakan rak ni. Murah dan mudah. Tak sampai RM 50 pun harganya. Boleh klik link ni https://invol.co/cl9clf8
Apa pun, sebaiknya Impaian sarankan supaya anda tidak meletakkan barang di atas mesin basuh. Barulah ia tahan lama dan berfungsi dengan baik
Tak Sesuai Letak Barang Atas Mesin Basuh, Cepat Rosak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.