Ambil Tahu Punca Ruang Tamu Tidak Selesa Ini 5 Sebabnya

Share

Apabila memasuki ruang tamu yang direka dengan penuh ketelitian, mudah saja untuk tetamu merasakan aura kesempurnaan yang tersemadi dalam ruang berkenaan. Saiz dan rekabentuk sofa yang menarik dan selesa, pencahayaan yang mendamaikan serta keempukan kusyen membuatkan ruang tamu sebagai tempat yang ideal untuk beristirehat sambil melakukan aktiviti harian dengan aman. Ibarat sebuah poster filem yang diterjemah dengan baik, ruang tamu yang dihias cantik sekali gus akan menjadi daya menarik utama buat sesebuah kediaman. Tetamu secara spontan akan membayangkan ruang-ruang lain yang mungkin sama menarik dan mewah.

Setiap perincian yang diberi perhatian akan mendatangkan hasil sempurna tetapi ini merupakan cabaran yang kadangkala sukar untuk dizahirkan. Pereka dalaman atau tuan rumah perlu berhati-hati memilih dan menyuai padan perabot di ruang tamu. Begitu juga dengan warna cat dinding serta aksesori pelengkap yang diletakkan perlu lah seiring dengan konsep dan gaya ruang. Ingat, setiap butir perincian akan mempengaruhi rupa keseluruhan ruang tamu anda.

Bagi mendapatkan ruang impian anda mungkin tidak semudah yang disangkakan, jadi IMPIANA telah mengumpulkan beberapa kesilapan major yang patut anda elak agar anda dapat menikmati ruang baru tanpa sebarang cela.

Kesilapan #1 : Memilih Sofa Yang Salah

Semua orang setuju, sebuah ruang yang sempurna bemula dari pemilihan sofa yang tepat. Ramai pemilik yang tdak mahu menggantikan sofa apabila mengubahsuai kediaman. Alasan mereka, sofa masih nampak elok ataupun sofa tersebut masih baru lagi dibeli. Apa yang mereka tidak tahu ialah, dengan mengekalkan sofa lama itu, mereka tidak akan dapat ruang tamu yang mereka inginkan. Jadi, bertolak ansur lah dan fikir sedalam-dalamnya sebelum membeli sofa untuk diletakkan di ruang tamu anda.

Selain itu, keselesaan sofa juga merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang yang sempurna. Saiz, ketinggi dan material sofa perlulah seiring dan besepadanan dengan ruang yang ada. Jangan tergesa-gesa membeli sof atanpa mempertimbangkan faktor-faktor penting tersebut. Bagi mengelakkan memilih sofa yang salah, beli sesuatu yang simple

dan mudah. Jauhi sofa dengan detailing yang keterlaluan kerana sofa sebegini sukar untuk digayakan dan perlu selalu diganti.

Kesilapan #2 : Membeli Karpet Yang Terlalu Kecil

Menurut pakar, salah satu kesalahan biasa yang paling tidak patut dilakukan adalah membeli permaidani atau karpet dengan saiz yang salah. Perkara yang nampak remeh dan amat mudah dielak tetapi masih ramai lagi yang seperti tidak hirau jika mereka dihiasi dengan karpet lebih kecil daripada sepatutnya. Pastikan saiz ruang tamu dan tolong jauhi karpet kecil yang langsung tidak sesuai untuk ruang anda.

Kesilapan #3 : Susun Atur Yang Tidak Sesuai

Walaupun anda rasa sofa yang ditolak rapat ke dinding mengadap TV akan nampak menarik, tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Anda perlu letakkan lebih effort dan pemerhatian untuk mendapatkan ruang tamu idaman. Adalah penting untuk mempertimbangkan dan membuat perbincangan menyeluruh lebih-lebih lagi jika ruang yang ada terhad dan sempit.

Kesilapan #4 : Mewajibkan TV Pada Ruang Tamu

Kebanyakan kediaman sekarang mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah TV. Dan tempat yan gpaling senang untuk diletakkan ialah di ruang tamu. Tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana anda tidak semestinya WAJIB meletakkan TV jika tiada keperluan. Dengan ini, anda boleh meletakkan perabot yang lebih bermakna seperti rak buku atau meja konsol pada ruang yang kosong tersebut.

Kesilapan #5 : Kesilapan Ketika Menggantung Lukisan Dinding

Lukisan yang digantung pada dinding menggambarkan kesungguhan anda dalam menghias ruang tamu. Jika ia diletakkan pada pada ketinggian yang tidak sesuai, selain menyakitkan mata, ia juga membuat tetamu fikir yang anda tidak kisah tentang penampilan ruang. Kerana perbuatan tersebut nampak seperti tidak ikhlas dan sambil lewa. Ruang juga akan kelihatan pelik dan tidak menyakinkan.

BACA: {VIDEO} Lukisan Mural Mula Jadi Tarikan. Betul Ke?

 

IKLAN