Bilik tidur sempit bukan alasan buat tidak menghias. Banyak benda sebenarnya kita boleh hias melalui D.I.Y. Impiana cuba bantu anda dengan mencari solusi mencantikkan bilik tidur sempit.
Ads
Ads
Ads
1) Buat ‘headboard’ menggunakan lebihan kain. Jimat!
2) Kerusi lama yang rosak jangan buang, cipta kelainan dengan jadikan sebagai penghias dinding.
3) Simple! Nak mudah, anda boleh gunakan paip plastik sebagai penyangkut baju.
4) Ruang bawah kita jadikan ruang bekerja, manakala bahagian atas, kita jadikan ruang beristirehat. Paling sesuai buat bilik anak-anak.
5) Buat yang kreatif, mereka pasti suka ‘headboard’ macamni. Impiana pon suka!
6) Jimat ruang dengan menyimpan barang-barang di bawah katil sebegini.
7) Cipta shelf bertingkat bagi memudahkan penggantungan baju.
8) Bina shelf mini pada sisi katil.
9) Jimat ruang dengan menggunakan lampu dinding gaya ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sangat menjengkelkan apabila baju yang baru saja keluar dari mesin basuh dipenuhi cebisan tisu atau kertas yang melekat. Isu ini bukan lah sesuatu yang asing lagi. Memang rata-rata pengguna pasti pernah mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dan ia amat menyusahkan!
Apabila hal ini terjadi, membasuh semula pakaian tersebut tidak akan dapat memberikan kepuasan yang sama. Tisu-tisu kecil masih juga akan melekat seterusnya menyusahkan proses penyidaian. Jenuh lah nak tanggalkan satu…satu…
Tapi, baru-baru ini seorang pengguna Twitter dari Jepun yang menghadapi masalah yang sama telah berkongsi solusi pada isu berpanjangan ini.
SEBELUM
SELEPAS
Menurutnya, anda hanya perlu tambahkan satu penutup cecair pelembut fabrik kedalam cucian dan bilas sekali lagi. Cebisan tisu yang melekat akan tertanggal dengan mudah. Selain pelembut fabrik, anda juga boleh gantikannya dengan cuka.
Pelembut fabrik dan cuka berkesan menghapuskan tisu melekat kerana mereka dikatakan mempunyai keupayaan untuk menghalang kesan elektrik statik.
Sudahkah anda mencuba teknik ini untuk tanggalkan cebisan tisu pada pakaian? Ceritalah pada kami!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Build-in wardrobe adalah idea bijak untuk penyediaan ruang penyimpanan di dalam bilik. Bukan sahaja cantik, ia kelihatan lebih kemas dan teratur. Kebiasaannya, pemilik rumah akan menggunakan khidmat kontraktor untuk membina build in wardrobe ni. Bila dah panggil kontraktor, pastinya harga boleh buat kita pengsan.
Bagi anda yang rajin dan suka buat DIY, Shariful Fadhli Haji Johari tunjukkan step-by-step lengkap untuk membina sebuah build in wardrobe berukuran 1600mm x 2600mm
Assalamualaikum..nak share 80% DIY wardrobe anak saya size 1600mmX2600mm ,saya tanya kedai buat perabot dengan custom full height build-in wardrobe kedai quote dalam RM 2600 keatas( mdf atau chipboard).
So saya decide buat sendiri je. Guna plywood dengan kayu 2×1 untuk body.sliding door guna aluminium frame. plywood besar saya potong siap dikedai. Boleh la untuk kegunaan sendiri. dalam perancangan nak tampal formica. Nampak sikit macam beli kat kedai. Tapi kekurangan bajet. so saya cat je la buat masa ni. lagipun kerja nk pasang formica ni rumit sikit.semua gambar2 tu masih kayu asal. blom syalek, cat atau tampal formica.
Bahan-bahan:
Body:
– plywood 3mm ( body ) 2 keping – RM20 sekeping (RM40)
– kayu 2×1 (2 ikat 20 btg )- RM75 seikat -(RM150 )
– aluminium alang gantung baju 16′ sebatang rm16buat rangka terus fixed ke dinding
sliding door
– antijump aluminium kiri kanan – 2 batang sbtg RM40 (RM80)
– centre and top aluminium – 1 btg – RM25
– bottom aluminium utk roda – 1 btg – rm40
– track atas bawah – set RM70
– roda full set RM9.50aluminium frame dgn plywood utk sliding door
plywood 3mm 2 keping rm40
kayu kayu beli di hardware furniture.mmg khas kayu utk perabot.jgn beli dkt hardware biasa.boleh pakai.tp kurang cantik
lain-lain screw ,gam mmg ada lebih dari DIY yg sebelum ni.
kedai kedai yg selalu sy beli brg
aikta furniture hardware sungai chua ( kayu kayu )
teamstar sungai chua ( brg2 accessories furniture )
dragon city / yikloong ( kedai aluminium ) sungai chua
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memang sudah menjadi kebiasaan kita untuk menyimpan lebihan lauk atau nasi untuk dimakan lagi nanti. Tidaklah membazir kalau dibuang begitu saja.
Tetapi tahukah anda, nasi yang disimpan lebih 4 jam didalam suhu bilik kemudian dipanaskan untuk dimakan lagi boleh menyebabkan keracunan makanan?
Menurut status yang dimuat naik dalam Twitter milik KKM Putrajaya, nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan kerana nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yang terdapat pada nasi itu kembali aktif. Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.
Tahukah anda nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan makanan.
Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan.
Nasi yang ditinggalkan dlm suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yg ada dlm nasi itu aktif semula. pic.twitter.com/zUjtZdxL9L
Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yang telah dimasak pula mesti disimpan dalam bekas yang tertutup sebelum dimasukkan ke peti sejuk.
Tambah pihak KKM lagi, mesej yang disampaikan ini merupakan langkah pencegahan awal yang ditekankan untuk menjamin kesihatan orang ramai. Prevention is better than cure.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.