Bedak bayi ibarat belerang yang mempunyai pelbagai kegunaanya sama ada untuk bersukan, menyelenggara perkakasan dan termasuklah sebagai remedi untuk kediaman. Bahan yang mudah diperoleh ini juga berupaya membantu tugas-tugas di kebun mahupun ladang anda. Berikut, 9 kegunaan bedak bayi yang perlu anda praktikkan.

1. Membasmi kehadiran semut di kebun

Taburkan bedak bayi di kawasan laluan semut dan bahagian yang kerap mendapat serangan semut. Semut tidak suka akan tekstur bedak yang berdebu.

2. Lindungi akar pokok

Masalah reput akar antara silent killer tanaman. Sedar tak sedar, tanaman anda mati secara perlahan-lahan. Untuk mengatasi masalah ini, anda salutkan keseluruhan akar pokok dengan badak bayi. Namun kaedah ini mudah di implimenkan untuk tanaman yang masih di peringkat anak pokok kerana ia tidak mempunyai akar yang banyak.

3. Membersihkan haiwan kesayangan

Si comel anda kerap menghabiskan masa di laman mahupun kebun. Hal ini akan menyebabkan adanya kekotoran dari kebun yang akan melekat di bulu si comel anda. Cara paling mudah untuk memastikan ia bersih semula adalah dengan melumurkan keseluruhan badan si comel dengan bedak bayi dan sikatkan bulunya ke bawah. Bukan sekadar bersih, bau nya pun macam nak bawa tidur je.

IKLAN

4. Penyelamat sarung tangan

Pernah tak alami masalah kesakitan atau sukar untuk menanggalkan sarung tangan selepas selesai berkebun? Lain kali, salut keseluruhan tangan anda sehingga di celah-celah jari dengan bedak bayi. Nanti anda tidak mengalami sebarang masalah untuk menanggalkan sarung tangan lagi.

9 Kegunaan Bedak Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu

5. Segarkan But atau kasut kebun

IKLAN

Jika kasut atau but berkebun anda sudah mula mengeluarkan haruman kurang enak, cuci dan keringkan di bawah teduhan. Kemudian letakkan sedikit bedak bayi di dalamnya. Nanti bila anda hendak memulakan tugas berkebun lagi, salut kaki dengan bedak bayi kemudian sarung kan stokin dan baru pakai but anda. Wanginyeeeeee.

6. Elak ancaman anak pokok

Anak pokok kerap mendapat ancaman haiwan perosak terutamanya siput. Mengatasi masalah ini, taburkan sedikit bedak pada pangkal dan bahagian daun anak pokok. Jangan terlalu banyak light-light sahaja. Tekstur bedak tersebut akan mengganggu pergerakan siput. Namun kaedah ini perlu diulang apabila bedak bayi yang ditaburkan mula hilang.

7. Lindungi biji benih

IKLAN

Untuk tujuan keselamatan melindungi biji benih yang baru disemai dari sebarang ancaman, salut biji benih dengan sedikit bedak bayi sebelum disemai. Aroma dan teksturnya tidak digemari oleh serangga perosak.

8. Penyelamat di waktu malam

Laman dan kebun anda kerap dikunjungi oleh haiwan yang aktif di waktu malam seperti musang dan memerang? Taburkan bedak bayi pada laluan yang berpotensi dan tanaman-tanaman yang kerap mendapat ancaman. Mereka tidak gemarkan tekstur bedak yang melekat pada tapak kaki mereka.

9. Elak perkakas berkebun anda dari mudah berkarat

Masalah perkakas berkebun berkarat akan berlaku jika penjagaan dan penyimpanan baik tidak dilakukan. Dah berkarat mesti nak beli yang baru kan. Apa kata selesai penggunaan, anda basuh perkakas tersebut dan keringkan sepenuhnya. Sebelum simpan, sapu permukaan besi yang berpotensi untuk karat dengan bedak bayi.

9 Kegunaan Bedak Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI