Urban farming atau kebun bandar kini bagai satu trend. Selari dengan itu, peniaga-peniaga online pun tumbuh macam cendawan membekalkan pelbagai keperluan berkebun sama ada dari penjualan anak pokok, baja hinggalah keperluan peralatan lain. Ada yang jual di dalam page atau muka buka dan ada juga yang betul-betul serius buat website untuk jual.

Min. sendiri pun nak dapat keperluan berkebun beli secara online je la ni walaupun sungai buloh tue belakang pintu rumah. Ianya berlaku disebabkan kekangan masa. Nanti kalau tak berkebun terus, laman yang diusahakan walaupun sekangkang kera boleh terabai. Jadi bagi mengatasi masalah ini pembeli barang keperluan secara online ada lah terbaik. Memang lah mahal sikit, tapi boleh lah dari tak ada langsung kan. kalau anda rajin geledah-geledah kat FB tu, kadang-kadang anda akan jumpa harga yang lebih murah dari pasaran.

BERIKUT ADALAH ANTARA PENJUAL PRODUK BERKEBUN ONLINE YANG BOLEH ANDA CUBA:
(P/S: Klik terus pada nama online shop yang anda berkenan untuk ke website atau page mereka) 

Nursery Kebun Bandar
Website nie banyak jual anak pokok buah-buahan. Nak cari pokok buah eksotik seperti mango Irwin, finger limes dan pelbagai lagi pon ada.

Joe Jalil Diy Gardening
Bagi yang nak cari bekas hygrowpot atau NFT yang terbring? berdiri? plbagai saiz? boleh tempah kat brother nie.

Umam Agro
kalau nak cari stock baja A,B boleh beli dekat umam Agro nie. Die orang pun mudah kite dapat melalui Shopee.

Tyagro
Anak pokok herba Rm 10 untuk 3 pokok boleh beli kat tyagroni. Pokoknya saiz comel-comel, jadi risiko untuk pos tu lebih mudah.

ATKC E-Warehouse
ATKC nie konsep macam warehouse. macam-macam peralatan menukang die ada jual termasuklah untuk berkebun. Tapi taka da lah jual anak pokok. Lebih kepada peralatan seperti apsu, baja dan lain-lain.

 

Agro Mazz Hidroponik
Kalau ada yang nak berkebun tapi ada kekangan masa tu, boleh cuba sistem hidroponik yang dibekalkan oleh agro mazz. Kalau kata nak lebih mudah penjagaan, tempah sekali lah dengan rumah hujau dia. Selesai cerita.

MelurDotCom
MelurDotCom ada jual macam-macam jenis anak pokok buah-buahan jugak. Yang bestnya kalau anda nak beli secara borong pun boleh. Selain itu juga, dalam MelurDotCom pon ada blog yang memberi tip atau info berkebun

 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: