Laman

6 Jenis Tanaman Air Berbunga Yang Cantik, Buat Kolam Di Laman Anda Lebih Menarik

Share

Selain daripada struktur penting untuk pembinaan kolan atau air terjun, tanaman air juga perlu bagi menyerlahkan water feature tersebut. Terdapat banyak kebaikan tumbuhan akuatik beroksigen (oxygenated), tanaman berlumpur (bog plants), tanaman air pinggiran (marginal plants) dan tanaman terapung (floating plant) ini.

Jenis tanaman ini telah terbukti berfungsi secara biologi untuk mengimbangi ekosistem kolam. Bagaimanapun, kebanyakan tanaman akuatik ini tidak menghasilkan bunga lalu menjadikan taman kurang menyerlah.

Jadi kali ini, IMPIANA akan senaraikan beberapa pilihan tanaman air pinggiran berbunga yang dapat membantu mengimbangi ekosistem sedia ada disamping menceriakan air terjun di halaman anda.

1. CANNA GLAUCA
Canna glauca menghasilkan bunga berbentuk rama-rama rona kuning dan kebiruan dengan sedikit palitan warna putih pada daunnya. Begitu juga spesies Canna yang lain, Canna glauca turut memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Cuma kelebihan Canna spesies ini adalah keupayaannya untuk hidup di dalam air. Daunnya yang lebar dapat dijadikan perlindungan buat ikan peliharaan di dalam kolam serta warna bunganya yang menarik menjadikan persekitaran taman lebih indah.

2. PONTEDERIA CORDATA

3. EICHHORNIA CRASSIPES

4.THALIA DEALBATA
antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh hidup di dalam air. Penggunaan container adalah digalakkan ketika penanaman invasive Thali dealbata kerana ia dapat mengelakkan akarnya mengganggu liner

kolam.

5.LOBELIA CARDINALIS
Warna merah bunga Lobelia cardinalis dapat mengurangkan warna hijau senada pada taman air serta melembutkan struktur air terjun. Uniknya tanaman ini selain warna merah menyala bunga yang mencetuskan kelainan pada taman air, ia juga dapat menyingkirkan nitrogen, ammonia, nitrat dan mineral lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan alga pada kolam melalui sistem biologi yang terdapat pada akarnya. Tanaman ini amat diperlukan untuk mengekalkan ekosistem pada taman air supaya rantaian ekologi di dalam kolam tidak terganggu serta menghasilkan pemandangan semula jadi di taman anda.

6. BACOPPA MONNIERI
Bagi melembutkan suasana taman air yang sedikit meriah dengan warna-warna terang bunga, kehadiran Bacopa monnieri dengan bunga halus berwarna putih menjadikannya lebih sejuk mata memandang. Bacopa monnieri

ini mempunyai dedaun lebat berwarna hijau pekat memudahkan anda mengadunkannya bersama tanaman air yang lain. Berbeza dengan Canna, Pontederia dan Thalia yang bersaiz tinggi, Bacopa akan menjalar dan merimbun mengikut platform yang menanggungnya.

Secara keseluruhannya, kehadiran tanaman airyang berbunga dikawasan halaman merupakan suatu elemen yang sangat baik dari segi visual dan penggunaannya. Selain mewujudkan pemandangan dramatik ia juga memainkan peranan penting membantu memberikan keseimbangan kepada ekosistem landskap.

SUMBER GAMBAR : HASIL CARIAN GOOGLE

IKLAN