Angkat tangan siapa yang ada isu ruang almari yang tidak mencukupi. Mesti ramai kan lebih-lebih lagi bagi bilik berukuran kompak. Kali ni IMPIANA nak kongsi trik menyimpan untuk almari bersaiz kecil
1. GANTUNG BAJU
Berbanding dilipat, kaedah simpanan gantung baju untuk almari sempit lebih pratikal dan menjimatkan ruang. Anda boleh gantung 2-3 helai baju dalam satu penyangkut yang sama.
2. RUANG SIMPANAN DI BAHAGIAN BAWAH ALMARI
Kebiasaanya, bahagian bawah baju yang telah disangkut mesti ada ruang masih kosong kan? Jadikan ia sebagai ruang simpanan tambahan dengan menggunkan kotak lutsinar
Ads
3. PINTU GELONGSORAN
Pemilihan pintu almari gelongsoran sangat praktikal bagi bilik berukuran kompak. tambahan, ia lebih memudahkan anda mengambil barang
Ads
4. SEDIAKAN PEMBAHAGI RAK
Untuk memudahkan barang tidak bersepah dan mudah diambil, sediakan pembahagi ruang. Baru lah senang nak tentuan barang apa yang nak disimpan
Ads
5. SUSUN BARANG MENGIKUT JENIS DAN WARNA
Almari yang kecil memang agak sukar untuk kita cari barang yang diperlukan lebih-lebih lagi isinya padat. Untuk jimat masa mencari dan elak bersepah, susun barang dalam almari ikut jenis
6. GANTUNG AKSESORI
“overdoor hoock” Adalah item praktikal untuk anda gunakan sebagai ruang menyimpan aksesori secara gantung. Bukan sahaja anda boleh simpan aksesori banyak-banyak tu, malah mumudahkan anda mengambilnya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pernah tak kalau korang berjalan atas lantai kat rumah, tetiba tapak kaki rasa melekit-lekit? Rimaskan? Tambah segan pula bila tetamu nak berkunjung ke rumah! Bukan tuan rumah malas, tapi dah berkali-kali mop masih rasa melekit. Benda ni boleh menjadi punca stress sebenarnya! Yelah, dah lantai tak sedap nak dipijak, terpaksa fikir cara lain pulak untuk bersihkan. IMPIANA nak share tip mudah untuk bersihkan lantai anda dengan cara DIY yang sangat simple. Jangan risau pasti jimat!
Air panas dan cuka adalah rahsia utama untuk pastikan lantai tidak melekit. Bancuhkan air panas bersama cuka, kemudian mop seperti biasa. Orang kata cuka ni juga boleh membunuh bakteria jugak. Ala-ala 2 in 1 lah.
Siapa sangka cecair peluntur yang biasa digunakan untuk basuh baju ini boleh dijadikan bahan untuk bersihkan lantai? Tambahkan sedikit cecair peluntur ni kedalam air bancuhan mop korang.
Tapi ingat! jumlah yang sikit je sebab peluntur ni baunya agak kuat dan boleh memedihkan mata. Pelembut pakaian juga sebenarnya digunakan untuk lantai berkilat macam cermin! Tambah pula, harum semerbak satu rumah bau pelembut pakaian.
Boleh guna apa-apa sahaja jenama, mengikut citarasa bau anda sendiri. Campur sedikit bersama bancuhan air bersih dan cuka. Sifat baking soda adalah berasid. Jadi ia akan memudahkan ada untuk hilangkan kesan melekit dengan mudah! Cuba tambahkan 1-2 sudu kecil baking soda ni ke dalam air bancuhan cucian lantai anda.
Baking soda ni selalu je kan ada kat rumah? Yelah selalunya lebihan buat kek dan biskut hari raya lepas. Biasanya kalau mop lantai, akan biarkan terus sampai kering kan? Apa kata kalini cuba bilas sekali lagi lantai tersebut dengan menggunakan air kosong tanpa apa-apa pencuci. Bak kata orang double cleaning!
Cara ni korang boleh guna kalau time tu korang extra rajin.
Pening kan kalau nak cari bahan tu bahan ni, campur tu campur ni. Renyah! Banyak kerja lain lagi nak buat. Sekiranya korang guna pencuci lantai Kleenso Serai Wangi ini, hanya 1 langkah sahaja, tinggal nak mop lantai je! Bukan setakat murah dan mudah, lantai pun tak melekit kandungan pencuci lantai Kleenso Serai Wangi diperbuat dari bahan semulajadi dan menggunakan serai wangi sebagai bahan utama. Selain dari menyebarkan aroma wangi serai di sekeliling rumah, lantai pun tak melekit. Amboiii, seronok la si kecil bermain-main atas lantai nanti!
Bukan setakat wangi dan tak melekit, kini tiada lagi penghuni tak diundang! Bukan pencuri, bukan penyamun. Tapi lipas, cicak, nyamuk, semut antara penghuni yang tak diundang, kan?Annoying weh! Tapi, dengan bahan kandungan khas Kleenso Serai Wangi, ia mampu untuk menghalau serangga-serangga yang annoying-kan hidup korang. Dan yang paling best, pencuci lantai ini sesuai digunakan untuk semua jenis lantai. Tapi tak kisah lah apa jenis pencuci yang anda suka yang ada di pasaran tu. Paling penting anda haruslah cuci lantai rumah anda setiap hari terutama pada ruang dapur. Kenalah rajin sikit ye.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bunga pampass ni memang tengah “in”. Nak beli yang berkualiti, harganya boleh tahan mahal juga. Kalau nak beli yang tak berkualiti pula, bulu pampass nya cepat luruh dan rosak. Apa kata buat sendiri macam Saiful Hifzudeen buat. Jauh lebih murah, cantik dan berkualiti. Hanya dengan menggunakan benang sahaja. Nak tahu caranya, apa kata tonton video yang saiful dah sediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Terdapat pelbagai jenama penapis di pasaran. Dari yang murah, hinggalah yang mahal. Ramai fikir, beli mahal pun fungsinya sama. Betul tak? tapi ramai tak fikir kualiti air yang ditapis dan yang paling penting adakah ianya halal atau pun tidak.
Kenapa pentingnya sijil halal pada sistem penapis air? Walhal, tujuannya hanyalah untuk menapis air kosong sahaja. Sekali lagi, IMPIANA kongsikan penerangan lanjut dari DR. Hafiz Sulaiman
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!