
Bulan Ramadhan penuh barakah pasti ramai menumpukan perhatian kepada amal ibadah ibarat tiada lagi ramadhan untuknya akan datang. Sudah pasti, ramai yang akan memperlahankan aktiviti duniawi. Tidak kurang juga yang mengelak melakukan sesuatu yang mampu menjejas prestasi harian mereka untuk kekal bertenaga sehingga tibanya waktu berbuka.
Namun itu bukan alasan untuk anda tidak berkebun. Kebiasaanya, laman dan kebun di abaikan dan tidak diperhatikan kerana khuatir badan cepat terhidrat. Sebenarnya ada cara untuk pastikan anda kekal bertenaga dan masih boleh berkebun walaupun di bulan puasa.
Tips untuk kekal bertenaga:
1. Minumlah air yang cukup waktu berbuka hingga ke sahur
2. Elakkan makanan yang berlemak-lemak
3. Makan cara berkhasiat dan sederhana
4. Sahur dan berbuka dengan kurma
Tenaga dah cukup, apa lagi boleh lah langsung berkebun. Tapi sebelum berkebun persiapan lain perlu disediakan dan diperhatikan:
1. Waktu yang sesuai untuk berkebun di bulan puasa adalah di awal pagi. Sebaiknya, selesai solat subuh terus bersiap untuk berkebun. Awal pagi badan masih rasa segar dan bertanaga.