Terdapat beberapa faktor kerja-kerja pengubahsuaian rumah mengambil masa yang terlalu lama ataupun melebihi bajet yang telah ditentukan. Salah satunya ialah, kesilapan merancang pemilik itu sendiri.
Kadangkala ianya terjadi tanpa anda sedari. Dengan mengelakkan daripada melakukan kesilapan ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan sebahagian besar masa tetapi juga dapat memastikan segala perbelanjaan selaras dengan bajet anda. Dan paling penting, rumah impian anda bakal menjadi kenyataan dengan proses ubah suai yang berjalan lancar.
Berikut adalah LIMA kesilapan yang sering pemilik lakukan dan bagaimana untuk mengelaknya:
1. Mengupah Orang Yang Salah
Ramai pemilik rumah terburu-buru dan terus memilih pereka atau kontraktor pertama yang mereka jumpa. Ataupun terus saja menggunakan khidmat berdasarkan cadangan dari rakan-rakan. Anda mungkin akan menyesali perbuatan ini kerana perkara yang dilakukan tanpa perancangan dan penyelidikan selalunya akan membawa kepada kehancuran.
Untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan ini, pastikan anda mencari beberapa calon dalam tempoh 6 bulan lebih awal. Dengan ini anda akan mempunyai banyak masa untuk interview atau periksa latar belakang dan kredibiliti kontraktor tersebut. Anda juga tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan selain dapat memberikan masa yang secukupnya buat kontraktor yang dipilih untuk membuat perancangan yang sepatutnya.
Ads
2. Setuju Dengan Harga Yang Murah
Harga yang murah memang kedengaran menarik dan megujakan para pengguna, tambahan pula dalam ekonomi yang tidak menentu ini. Tetapi anda perlu ingat, tawaran yang paling rendah tidak semestinya tawaran yang terbaik. Sesetengah pihak tidak bertanggungjawab akan berikan harga yang rendah kemudian memasang produk yang tidak berkualiti dengan kerja-kerja yang tidak kemas. Sakit hati kan? Ataupun akan ada charge tambahan mengejut untuk anda apabila kerja sudah dimulakan.
Jadi, pastikan anda meminta sebutan harga daripada beberapa calon kemudian pilih yang anda paling selesa dan yang anda rasakan paling amanah menjalankan tugas. Dua kriteria ini amat penting untuk anda pertimbangkan sebelum memilih pereka atau kontraktor untuk mengubahsuai kediaman impian anda.
3. Tidak Menetapkan Jangka Masa
Ads
Kerja-kerja renovasi boleh mengambil masa berbulan-bulan bergantung pada saiz dan berapa banyak kerja yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan kediaman yang sempurna. Tetapi, tidak menetapkan garis masa yang realistik untuk menyiapkan segalanya merupakan salah satu kesilapan besar yang boleh anda lakukan.
Duduk dengan pereka dalaman anda dan buatkan jadual kerja sebelum proses ubahsuai dimulakan. Dengan cara ini anda akan dapat lihat sendiri progress dan juga kualiti kerja dengan lebih teratur. Memang tidak dinafikan pasti akan ada sedikit kelewatan jadi anda perlu lebih fleksibel dan berikan sedikit kelonggaran agar pekerja mempunyai masa untuk balik ke landasan kerja yang telah ditetapkan.
4. Tiada Konsep Atau Tema
Ads
Tidak membentangkan sebarang konsep atau tema tertentu sebelum memulakan sesi ubahsuai kediaman ini ibarat perbuatan yang sia-sia. Dengan mempunyai konsep pilihan, ia akan memberikan anda lebih idea tentang apa yang patut dilakukan dan material apa yang sesuai untuk digunakan. selain itu, konsep juga memberi peluang buat tuan rumah menyerlahkan personaliti kedalam seni hiasan dalaman. Rancang dengan teliti dan dapatkan pendapat dan nasihat pereka tentang konsep yang paling sesuai untuk kediaman anda.
5. Memandang Remeh Kos Ubah Suai
Ttidak menetapkan bajet yang realistik juga merupakan kesalah biasa yang dilakukan oleh sesetengah pemilik rumah. Dan perkara ini pasti akan mempengaruhi keseluruhan proses ubah suai. Ambil kira tentang perkara-perkara seperti keluasan ruang, material yang sesuai, upah pertukangan serta kerja-kerja elektrikal supaya segala bayaran adalah setimpal dengan kualiti hasil. Sebaik-baiknya, anda perlu meletakkan extra 20% daripada bajet sebenar sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Pilih karpet/permaidaini yang tepat, barulah lantai kediaman nampak ‘berseri.’ Antara langkah yang paling mudah untuk anda ‘menambah seri’ permukaan lantai kediaman adalah dengan membentangkan permaidani atau karpet.
Selain itu, penggunaan karpet juga dilihat mampu mengubah persekitaran serta mood sesebuah ruang kediaman.
Karpet berkualiti tinggi merupakan pelaburan yang baik kerana biasanya ia tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Tetapi perlu diingat, terdapat perbagai aspek perlu anda pertimbangkan sebelum membeli karpet.
Berikut disenaraikan checklist untuk anda semak sebelum membuat pilihan.
RUANG
Karpet berbeza, untuk ruang yang berbeza. Anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti aktiviti ruang dan cara penggunaannya. Pastikan karpet yang dibeli bersesuaian dengan ruang di kediaman.
Ukur, ukur, dan ukur sekali lagi, jangan main agak-agak je. Dengan mengukur dahulu saiz ruang sebelum membeli, anda akan dapat memastikan dimensi yang sesuai untuk ruang tersebut. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar.
BENTUK
Anda tidak semestinya perlu beli karpet segi empat yang standard. Sebenarnya ada lagi bentuk karpet yang boleh disesuaikan mengikup ruang. Sebagai contoh, jika anda mempunyai meja makan bulat anda mungkin mahu karpet bulat yang lebih besar untuk diletakkan di kawasan itu.
WARNA DAN CORAK
Pertimbangkan kawasan permaidani dan persekitarannya. Permaidani adalah cara yang baik untuk menambah sedikit warna dalam sesebuah ruang selain mampu memberi personaliti kepada ruang tanpa ia kelihatan keterlaluan.
Terdapat material atau bahan berbeza untuk permaidani di setiap ruang berbeza. Semak penggunaan ruang dan pastikan ia selari dengan apapun material karpet yang anda pilih.
Jika anda seorang penggemar teh, pasti sudah sedia maklum dengan kebaikan meminum teh. Tetapi tahukah anda, uncang teh yang telah dipakai juga mempunyai kegunaannya yang tersendiri.
Jadi, jangan buang dulu uncang tersebut! Terdapat banyak lagi kegunaannya yang bermanfaat untuk anda sekeluarga.
1. Menghilangkan bau kaki
Letakkan uncang teh terpakai kedalam baldi berisi air suam kemudian rendam kaki selama 15 minit. Selepas itu, bilas dan bersihkan kaki anda.
2. Mengurangkan “eye bag”
Rendam uncang yang dah diguna ke dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika tidur.
3. Hapuskan bau tidak menyenangkan
Bau peti sejuk kadang-kadang boleh buat kita sesak nafas jadi ambil uncang teh dan letakkan saja di dalampeti sejuk.
4. Atasi masalah jerawat
Gosok kan perlahan-lahan uncang teh yang telah digunakan pada muka dan kawasan yang berjerawat.
5. Mencuci peralatan
Rendam peralatan dapur dengan kotoran degil dalam air panas bersama uncang teh. Biarkan beberapa ketika sebelum mencuci seperti biasa.
6. Menjadi baja tanaman
Hampas teh sangat berguna untuk tanaman. Ia bertindak sebagai baja organik sekaligus menyuburkan lagi tanaman anda.
7. Hilangkan “sunburn”
Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.
8. Pembersih permaidani
Gunakan hampas atau sebuk teh yang sudah dikeringkan dan tabur pada permaidani 15 minit sebelum divakum. Bau hapak permaidani pasti akan hilang!
9. Hilangkan kesan minyak
Sental uncang teh pada sekeliling sinki yang berminyak selepa
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terdapat 3 jenis kerosakan geran tanah iaitu, geran tanah hilang, geran tanah rosak, geran tanah hancur. Siapa pernah alamai masalah begini. Mesti susah hatikan.
Menurut portal Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, permohonan Hakmilik Hilang merujuk pada situasi geran tanah yang dipegang oleh tuan tanah atau pihak yang berkepentingan telah hilang daripada simpanan mereka sama ada disebabkan kecurian atau kecuaian (miss place).
Permohonan hak milik tanah yang hilang terbahagi kepada dua iaitu Hak Milik Sementara (HS(D)) dan Hak Milik Kekal (GRN dan PN). Difahamkan, tempoh masa yang diperlukan untuk penggantian geran tanah yang hilang adalah tiga bulan untuk penggantian hak milikan tanah sementara (HS(D)), manakala enam bulan untuk hak milikan tanah kekal (GRN dan PN).
Berikut adalah 12 senarai dokumen yang diperlukan mengikut pecahan bagi permohonan individu:
1.Salinan asal laporan polis (disahkan oleh balai polis berkenaan) dan nyatakan nombor hakmilik yang hilang dengan lengkap di dalam laporan polis.
2.Salinan kad pengenalan pengadu laporan polis.
3.Surat akuan sumpah pemilik / pemilik-pemilik bersama yang disetemkan (RM10.00).
4.Salinan kad pengenalan pemilik / pemilik-pemilik Bersama.
5.Sijil carian rasmi (tempoh sah laku 2 minggu).
6.Salinan sijil kematian / salinan will @ wasiat & surat akuan sumpah waris yang disetemkan (RM10.00) sekiranya pemilik / pemilik-pemilik bersama telah meninggal dunia
7.Salinan resit cukai tanah dan cukai taksiran terkini yang telah dibayar.
8.Surat akuan sumpah dari pihak-pihak yang berkepentingan berdaftar ke atas hakmilik dan salinan kad pengenalannya serta disetemkan (RM10.00)
9.Surat kebenaran dari pemilik kepada wakil serta surat akuan sumpah wakil dan disetemkan (RM10.00) serta kad pengenalan
10.Sekiranya melalui peguam, salinan kad pengenalan peguam dan akuan sumpah peguam yang menguruskan permohonan.
11.Bayaran permohonan proses RM 430.00 (Hakmilik Sementara) atau RM 440.00 (Hakmilik Kekal).
12.Sila bawa kad pengenalan penyerah dokumen semasa membuat perserahan dan perserahan melalui proses biometrik.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!