Sihir. Perkataan yang kerap dikaitkan sebagai ikhtiar halus terutamanya untuk mencelakakan orang. Sihir telah wujud sejak zaman sebelum nabi lagi. Namun tidak semuanya berhasil di pulihkan dan ada juga tujuannya adalah untuk membunuh. Seram dengar kan.

Tapi, tahukah Sahabat LAMAN bahawa terdapat beberapa jenis tanaman yang dijadikan atau digunakan sebagai ikhtiar menangkis dan merawat sihir. Antaranya ialah:

Kurma Ajwah
Buah ini sangat ditakuti syaitan dan Jin hal ini sebagaimana dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, diriwayatkan hadits dari Sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa beliau pernah bersabda:

“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu dia tidak akan terkena racun mahupun sihir” (HR Al-Bukhari no. 5769 dan Muslim no. 2047

Lalu apakah yang membuat buah kurma Ajwah dapat mengubati ilmu sihir? Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani mengutip perkataan imam Al-Khotobi tentang keistimewaan kurma ajwah iaitu:

“Kurma ajwah bermanfaat untuk mencegah racun dan sihir dikeranakan doa keberkahan dari Rasulullah SAW terhadap kurma Madinah bukan kerana zat kurma itu sendiri” (Fathul bari syarah al-bukhari oleh Al Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolany X/239)

5 Jenis Tanaman Yang Digunakan Sebagai Ikhtiar Merawat Sihir

Daun Bidara
Pernahkah anda mendengar tentang daun bidara, atau widara dengan nama latin Ziziphus mauritiana. Ia adalah sejenis pohon yang banyak tumbuh di kawasan kering atau gurun. Bidara juga dikenali dengan nama sidir.

IKLAN

Wanita yang baru lepas datang haid di galakkan mandi air rendaman daun bidara. Ini kerana ketika wanita dalam kondisi tersebut, ia dalam keadaan hadas besar dan hanyir hingga suka didampinggi oleh syaitan. Untuk merawat sihir, Imam Al Qurtubi telah mengeluarkan satu rumusan khas iaitu dengan mengambil 7 helai daun bidara kemudian ditumbuk halus. Kemudian, daun tersebut dicampurkan air dan dibacakan ayat kursi. Air tersebut perlu diminum oleh orang yang terkena sihir sebanyak tiga teguk. Selebihnya dijadikan sebagai mandian.

Namun, bidara yang banyak ditanam di Malaysia bukan lah bidara yang disebutkan oleh sunnah. nak tahu jenis bedara yang betul [klik sini] 

Minyak Zaitun
Minyak zaitun di gunakan bagi tujuan rawatan luar mereka yang terkena sihir. Kebiasaannya, ada teknik perawatan sihir melalui urutan. Jadi, minyak zaitun adalah pilihan terbaik kerana menurut HR. Ahmad Dan Tirmidzi yang disahihkan oleh Syaijh Albani dalam silsilah no 379:

IKLAN

“Makanlah minyak zaitun sesungguhnya ia diberkati, berlakulah dengannya dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya ia keluar dari pohon yang diberkati”

 

5 Jenis Tanaman Yang Digunakan Sebagai Ikhtiar Merawat Sihir

Mawar merah
Selain menjadi symbol cinta, bunga ini ternyata mampu menjadi salah satu tumbuhan yang mampu menangkal pukau dan sihir. Mawar secara khusus dikurniakan Allah memiliki khasiat menangkap energi negatif yang dikirim ke rumah anda. Energi ini kemudian akan disalurkan oleh tanaman menuju tanah.

IKLAN

5 Jenis Tanaman Yang Digunakan Sebagai Ikhtiar Merawat Sihir

Kaktus
Tanaman yang biasa tumbuh di wilayah gurun ini, selain tidak memakan banyak ruang dan tak memerlukan perhatian bila di tanam. Kaktus juga memiliki kemampuan yang mirip dengan mawar. Tumbuhan berduri ini dapat meneutralkan serangan sihir dan menarik energi rezeki.

5 Jenis Tanaman Yang Digunakan Sebagai Ikhtiar Merawat Sihir

Buluh kuning
Tidak seperti tanaman buluh yang lain, Buluh kuning mempunyai rumpun yang lebih kecil dan kemas. Ia kebiasaanya dijadikan sebagai tanaman pagaran. Masyarakat terdahulu memeprcayai bahawa atas rahmat Allah, tanaman ini mampu mencegah atau menjadi penghadang kepada ilmu sihir. Ia juga berupaya mencegah niat jahat seseorang yang hendak mencuri atau merompak. Sebab itu, kalau anda perasan tanaman ini akan di tanam di pintu atau laluan masuk ke kediaman masyarakat dahulu kala.

5 Jenis Tanaman Yang Digunakan Sebagai Ikhtiar Merawat Sihir

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI