Tahukah anda terdapat beberapa spesies tanaman luar yang boleh hidup dengan subur di dalam kediaman?. Ia bukan sahaja mencantikkan ruang dalaman malahan mampu membekalkan udara segar dan mendinginkan kediaman anda. Ada di antaranya mampu menghasilkan bunga sepanjang tahun jika diletakkan di dalam kediaman. Lima tanaman luar yang mampu hidup segar di dalam kediaman adalah:
Begonia: Begonia mempunyai beberapa varieti yang menghasilkan bunga dan daun berwarna. Secara khususnya, Begonia rex adalah antara tanaman outdoor yang sesuai diletakkan di dalam kediaman kerana warna, corak dan tekstur yang unik.
Caladium: Caladium memerlukan full shade jika diletakkan di luar. Manakala jika di jadikan tanaman indoor, Caladium memerlukan sedikit cahaya. Warna, corak dan saiznya yang pelbagai memberikan pilihan kepada hiasan dalaman.
IKLAN
Coleus: Coleus gemarkan cahaya matahari dan akan merimbun jika sentiasa di pangkas. Pencahayaan sederhana diperlukan apabila coleus diletakkan di dalam rumah.
IKLAN
Tradescantia: Tanaman ini biasa ditanam luar kediaman. Kebanyakannya lebih gemar cahaya penuh, namun ada di antaranya boleh hidup di dalam rumah. Sebagai contoh, Tradescantia tricolor
IKLAN
Semua jenis tanaman herba: Kebanyakan tanaman herba hidup dengan baik di luar kediaman. Tanam herba di dalam pasu dan letakkan ia di tepi jendela, tumbuhan ini masih dapat hidup subur dengan bekalan cahaya dari luar.
Nak shopping barang laman menarik dan murah klik sini https://invol.co/clt1kp
Penanaman avocado dari biji benih lazimnya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Jangan risau, sementara menunggu pokok matang untuk menghasilkan buah, banyak manfaat daun avocado yang boleh kita ambil.
Daun avocado mengandungi dua sebatian utama iaitu quercetin(60-75%) dan polyphenols. Quercetin dipercayai dapat memelihara tubuh dari penyakit bahaya dengan cara menangkap radikal bebas dan ion-ion logam peralihan. Walaupun agak pahit, daun avocado bagus untuk mengawal penyakit kencing manis. Pengambilan teh daun avocado juga dapat menyekat pembiakan beberapa bakteria seperti species stafilokokus,pseudomonas,protektus,escherichia.
Selain daripada itu, daun Avocado juga dipercayai dapat merawat batu karang, darah tinggi dan sakit kepala.
1. Rawatan batu karang menggunakan daun Avocado
Dapatkan 5 hingga 8 helai daun Avocado yang tua ( berwarna gelap).Basuh dengan air bersih hingga tiada kotoran. Rebus daun-daun ini dengan segelas air hingga tinggal setengah gelas. Tapis dan minum setiap hari pagi dan petang selama 10 hari. Jika batu karang telah hancur dan keluar (dapat dilihat melalui air kencing) pengambilan herba ini perlu dihentikan.
2. Daun Avocado untuk melicinkan kulit.
Pucuk Avocado boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya ialah dengan menumbuk pucuk muda nya hingga hancur dan disapu pada kulit muka. Selepas 5 hingga 10 minit, bilas dengan air yang bersih. Ia dapat mengecilkan liang-liang roma pada kulit muka. Ia juga dapat membantu melembapkan kulit yang kering.
3. Daun Avocado untuk melegakan sakit pinggang dan sakit belakang (lumbago)
Cara penggunaannya ialah dengan rebus 5 helai daun Avocado dengan segelas air. rebus sehingga air tinggal separuh gelas. Minum selama 5 hari.
4. Daun Avocado untuk menghitamkan rambut
Caranya ialah dengan menyapu pucuk Avocado yang telah ditumbuk halus pada rambut. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci.
5. Daun Avocado untuk mengurangkan bengkak
Caranya ialah dengan meletakkan pucuk avocado yang telah ditumbuk lumat pada bahagian kulit yang bengkak. Balut dan biarkan selama 2 hingga 4 jam.
6. Daun Avocado untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.
Caranya dengan merebus 5 helai daun Avocado dengan 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Minum setiap hari hingga tekanan darah turun. Hentikan pengambilan apabila tekanan darah telah normal.
Ini adalah antara beberapa kelebihan daun avocado dalam perubatan herba. Jadi kalau avocado kita lambat berbuah, masih banyak lagi manfaat yang dapat kita peroleh dari pokok ini.
Ficus Carica atau dikenali dengan nama tempatannya pohon tin merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Moraceae atau mulberry. Terdapat lebih daripada 700 jenis pohon tin di seluruh dunia. Ia telah mula ditanam di sekitar Asia Barat sejak 5000 tahun lampau. Secara tidak langsung, ia menjadikan tumbuhan ini antara spesies terawal yang ditanam secara ladang di dalam sejarah pertanian.
Umum mengetahui, pohon tin tumbuh subur di Semenanjung Arab dan juga Turki selaku pengeksport terbesar. Hasil yang sering diburu dari pohon tin sudah tentulah buahnya. Buah tin terkenal sebagai buah yang mempunyai kandungan nutrisi yang cukup lengkap hingga ia dinobatkan sebagai super nutrition oleh pakar-pakar nutrisi.
Kandungan nutrisi alami yang lengkap di dalam buah tin antaranya ialah magnesium, fosforus, omega3, omega6 dan fenol. Pelbagai penyakit dapat dihindari dan diatasi jika mengamalkan pengambilan buah tin setiap pagi antaranya mencegah hipertensi, menghalang penyempitan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan sakit jantung, mengurangi kadar kolesterol dalam badan secara semula jadi, perawatan untuk penyakit diabetes, mencegah kanser, menguatkan tulang, mengatasi insomnia dan anemia, mempercepatkan penyembuhan luka dan sebagainya.
Sedar akan khasiat yang terkandung di dalam buah tin, ia mula mendapat tempat di dalam bidang pertanian dan ditanam secara meluas di seluruh dunia. Bagaikan satu fenomena, pohon tin bukan sekadar ditanam secara komersial malah ia menjadi pelengkap gaya dekorasi laman bagi peminat tegar untuk dijadikan sebagai edible plant.
Kini Kaedah Fertigasi Mudahkan Penanaman Pohon Tin
Umum mengetahui, pohon tin berasal dari Semenanjung Arab di mana iklimnya panas dan kering. Oleh itu, melalui penanaman fertigasi kadar kelembapan yang diperlukan oleh pohon tin dapat dikawal. Pohon tin juga memerlukan pembajaan di tahap minima untuk menjadi pokok yang sihat.
Selain itu juga, melalui kaedah fertigasi pembajaan pohon tin dapat dilakukan secara berkala dan teratur. Tambahan pula baja yang digunakan adalah dari jenis campuran yang dijadikan cecair. Ini secara tidak langsung dapat memastikan baja yang disalirkan dapat diagihkan ke seluruh bahagian akar pokok. Ia penting untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Pohon yang ditanam secara fertigasi juga lebih cepat matang dan kurang serangan penyakit.
Untuk membina sebuah sistem fertigasi penyediaan tapak amatlah penting. Tapak yang dipilih perlulah rata dan tidak mempunyai risiko untuk dinaiki air atau air bertakung kerana sistem fertigasi mementingkan amalan kebersihan yang teliti. Selain itu juga, pastikan tapak tersebut mempunyai sumber utiliti seperti bekalan air dan elektrik.
Bagi mereka yang serius dan ingin mengusahakan tanaman tin secara komersial, anda digalakkan untuk membina sebuah rumah perlindungan hujan untuk menempatkan pokok. Secara tidak langsung ia membantu mengawal kadar kelembapan medium tanaman secara menyeluruh untuk penghasilan optimum.
Perkara utama yang paling penting adalah sistem pam dan saliran automatik yang digunakan untuk penyiraman dan pembajaan. Keperluan sistem pam bergantung kepada jumlah pokok yang ditanam. Jika jumlah pokok yang ditanam hanya 5 hingga 10 batang pokok, sebuah pam ikan bersaiz kecil sudah memadai.
Untuk memastikan sistem saliran berjalan secara automatik, pastikan 1 unit digital timer di gunakan untuk melengkapi keseluruhan sistem automatik yang dibina. Jika tanaman secara komersil sudah pasti keperluan setiap pam dan tangki makin bertambah dan berskala besar. Bagi memudahkan pengurusan, anda di saran untuk membina sebuah bangsal khas untuk menjadi sebuah bilik operasi sistem atau bilik pam.
Untuk makluman lanjut hubungi Aman Agrobase yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang untuk bertemu dengan pakar fertigasi En. Marzuki.
Terdapat pelbagai penyakit yang dihidapi oleh pokok cili. Kebanyakkan penyakit yang menyerang berpunca daripada virus, bakteria dan fungus. Sedar-sedar je pokok sudah bermasalah dan kritikal. Jadi, langkah untuk membasmi dari sebarang serangan penyakit perlu dilakukan dari peringkat awal penyediaan tapak tanaman.
Walaubagaimanapun, itu bukan jaminan pokok cili anda tidak diserang penyakit langsung. Antara penyakit yang menyerang tampa kita perasan dengan mata kasar adalah Choanephora cucurbitanum. Nak tahu cara untuk mengawal dan merawatnya, jom kita baca artikel yang telah dikongsi oleh Nur Amirul Nur Azmi.
Kali nie saya nak share tentang penyakit hawar pucuk (Choanephora cucurbitanum).. Penyakit pokok ni kena dekat rakan fb saya yg bertanyakkan tentang penyakit ini..
Tanda tanda serangan hawar:
Pucuk reput dan lembap.
Pucuk berwarna hitam.
Kadangkala kulat tumbuh seperti bulu.
Jika jangkitan teruk, kulat akan merebak ke seluruh PUCUK
dan seterusnya ke seluruh pokok.
Kaedah kawalan:
Buang bahagian dijangkiti (bahagian yg dibuang nijgn buang merata rata, seeloknya bakar)
Cara organik boleh sembur dgn bawang putih.
Jaga kebersihan ladang dan pastikan pokok mendapat baja yg cukup supaya rintang penyakit
Sebolehnya amalkan tanaman bergilir.
Kalau cara penggunaan racun kulat kimia saya boleh cadangkan beberapa jenis. Tapi terpulang pada anda nak ikut atau pun tidak.
Propineb (ANTRACOL 70 WP, MOMENTO 70 WP, BM ANTRA)
Jika di Malaysia, laman Instagram milik Nur Syamimi jadi perhatian kerana beliau menampilkan sisi kreatif menghias kediaman flat miliknya. Di Indonesia pula, nama Tiranissya...