BERPERANG DENGAN RUANG ITU, BERONTAK DALAM GAYA…

Share

 

Segalanya mahu kita letak dalam sebuah ruang. Impian , cita-cita dan kehendak serta selera. Apakah mentera yang diberi? Diri seakan-akan sukar menerima yang dibentang di hadapan mata tidaklah seindah mimpi. Ruang dapur kediaman seperti apartmen mahu pun pangsapuri, apalah sangat ruang yang dberi. Sedangkan kita mahu dapur, nadi kepada sebuah kediaman cukup luas bagi menyediakan segala bagai juadah sekeluarga.


Namun itu bukanlah jalan penamat. Buka minda dan canai idea kreatif untuk menjadikan ruang sendat itu cukup cantik dan menyenangkan. Malah memberi inspirasi kepada yang lain untuk mewujudkan syurga kecil di dapur masing-masing. Pendek kata, kita berperang dengan penuh gaya! Kata orang memasak, membakar kek atau puding umpama terapi. Aroma yang ada, memberi tenaga positif kepada diri kita.


Ubah perancangan anda. Buka kembali majalah IMPIANA dan mula mencari idea ruang kecil yang bergaya dan ‘fun’. Ruang sempit yang mempunyai karakter ceria selaras dengan anak kecil . Bukan elemen lagak mewah yang sinonim dengan ruang dapur luas. Kita laraskan kembali idea dan ruang yang ada. Senaraikan apa yang kita perlu dan tidak. Jadi realistik!


Dapur kompak kini bukan sahaja menarik. Malah pereka menjadikan ruang yang ada cukup -cukup untuk memenuhi tuntutanmemasak anda. Buang atau jual on line yang tidak perlu, dan tempatkan hanya yang lazim anda pakai. Rona pastel antara rona yang sangat sesuai di samping putih dan rona kayu terang seperti ramin. Ia bukan sahaja memberi keceriaan, mengembalikan semangat anda. Jiwa kanak-kanak kita yang ceria , yang telah lama hilang dalam sanubari kita dek kehidupan yang mencabar.


Jangan lupa pencahayaan, pengudaraan dan sistem keselamatan juga perlu kita titik beratkan. Maklumlah ruang kecil. Jadi semua elemen boleh kita rasa atau dapat tahu dengan segera. Malah pastikan dapur dijaga dengan baik, bersih sentiasa dan terjaga. Alah kecil jekan bukan besar pun. Ok punya. Simple-simple di IMPIANA.

IKLAN