Laman

3 Sisa Dapur Mujarab Jadi Baja Lebatkan Bunga

Share

Pelbagai super-secret untuk melebatkan bunga telah berjaya LAMAN Impiana bongkar. Termasuklah dari segi penjagaan dan penyelengaraan yang ramai tak tahu.

Ada antara baja atau plant booster penggalak bunga yang dikongsikan LAMAN Impiana, aromanya agak menggangu terutama yang melibatkan perapan bahan seperti ikan mentah, telur dan sebagainya. Sebab itu, ramai yang tak sanggup.

Artikel berkaitan:
6 Tip Mudah Hasilkan Bunga Ros Lebat


Ini Cara Paling Mudah Hasilkan Baja Organik Penggalak Buah Dan Bunga Guna Pisang

Namun, tak bermakna tanaman anda tidak peroleh khasiat yang mencukupi bila tidak menggunkan baja-baja tersebut. Ada juga bahan lain yang boleh digunakan sebagai baja pada tanaman tanpa perlu diperap. Antaranya:

1. Kulit telur

Kulit telur merupakan sumber terbaik kalsium. Ia berupaya mempertingkatkan daya kekuatan tanaman dalam proses pertumbuhannya. Bila pokok sihat dengan pertumbuhan yang baik, ia bukan sekadar menjadikan pokok ros anda tumbuh merimbun malah mempunyai daya tahan kepada sebarang jenis serangan penyakit. Penggunaan kulit telur sebagai baja di pangkal pokok mampu mencegah penyakit seperti Black spot dan menjadikan akar lebih kuat untuk menyerap nutrien.

cracked-egg-yolk-eggs-128885

2. Kulit pisang

Kulit pisang mengandungi potasium yang diperlukan oleh pokok ros untuk tujuan merangsang penghasilan bunga. Selain dari itu juga, kulit pisang mudah terurai. Ini menjadikan, akar ros lebih mudah menyerap baja yang dibekalkan.

3. Kulit citrus

Kulit citrus atau limau seperti lemon dan oren sesuai digunakan untuk meningkatkan keasidan tanah. Oleh itu, bagi tanaman yang memerlukan kadar tanah yang berasid seperti hydrangea, orkid, azalea, begonia dan sebagainya untuk menghasilkan bunga, taburkan kulit citrus pada permukaan tanah di sekitar pokok. Selain itu juga, anda boleh keringkan kulit citrus tersebut dan kisar apabila ia betul-betul kering dan gaulkan di dalam medium tanaman untuk meningkatkan kadar asid tanah

IKLAN