Tahi lalat tidak kira pada baju lama ataupun pakaian baru, Ia disebabkan kadar kelembapan yang lama. Memang sakit mata kalau tengok baju ada tahi lalat ni. Menyental Bukanlah penyelesaian terbaik. Untuk tangani masalah ni, IMPIANA cadangkan 3 bahan dapur yang boleh menghilangkan tahi lalat pada baju

1. CUKA
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.

Caranya, campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.

Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.

2. BAKING SODA
Selain menggunakan cuka, anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.

Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.

Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan pada pakaia spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!

3. JUS LEMON DAN GARAM
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.

Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.