Daun cekur atau kencur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Daunnya merupakan pengganti yang baik bagi daun kunyit dalam masakan. Rasa dan baunya yang kuat merupakan ciri yang hampir sama dengan daun kunyit Antara hidangan yang sesuai menggunakan daun ini termasuklah ubur lambuk, singgang dan masak lemak.
Namun Tahukah anda, Cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Ia juga kaya dengan vitamin B, C, protein dan mineral, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.
Ini Khasiat Daun Cekur yang harus anda tahu :
1. Anti penuaan Kepada mereka yang mengamalkan makan kencur sebagai ulam secara berterusan, kandungan vitaminc dan mineral lain turut membantu melambatkan kesan penuaan.
2. Memecahkan angin dalam urat saraf Di antara khasiat cekur yang paling menarik ialah membuang angin dari badan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan resepi air kencur. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.
Bahan-bahan Air kencur:
2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras yang sudah dicuci dan direndam selama 3 jam
1 ketul gula Melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air
Cara penyediaan:
Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.
Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing.
Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.
Jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain.
Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.
Selain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.
Ads
3. Menguncup dan memulihkan rahim Bagi ibu yang baru bersalin atau mengalami keguguran, kencur membantu untuk menguncupkan rahim dengan cepat untuk mengelakkan masalah rahim kembang. Di samping itu ia juga membantu memulihkan rahim yang tercedera atau luka sepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.
4. Memanaskan badan wanita yang baru bersalin Masyarakat melayu menggunakan cekur untuk memanaskan badan wanita yang baru bersalin. Ambil akarnya yang berisi dan direbus dan diminum sebagai tonik. Minum setiap pagi sepanjang tempoh berpantang.
5. Membanyakkan susu ibu Cekur juga membantu membanyakkan susu ibu. Caranya, rebus pucuk dan akar cekur kemudian jadikan sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Atau boleh juga hancurkan daunnya dan tampal pada payudara si ibu.
6. Memberikan tenaga Khasiat lain cekur ialah mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.
7. Menguatkan rahim untuk mencegah keguguran Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah. Rebus pokok & akarnya, dan diminum untuk menguatkan rahim.
Ads
8. Sembelit Jika anda mengalami sembelit, petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan minum.
9. Menghilangkan gatal tekak Anda boleh hilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbi cekur
10. Menyembuhkan bengkak Cekur juga digunakan untuk menyembuhkan anggota badan yang bengkak. Caranya, tempelkan beberapa helai daun cekur yang telah digiling lumat.
11. Menyembuhkan selsema Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya.
Ads
12. Menyembuhkan demam malaria Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria.
13. Menyembuhkan penyakit resdung Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.
14. Mengurangkan penyakit asma Kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif.
15. Menghilangkan sakit gigi Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi.
16. Menghilangkan kelemumur dan kutu di kepala Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi untuk menghilangkan kelemumur dan kutu.
Itulah dia khasiat Daun Cekur yang mungkin ramai masih belum tahu. Semoga bermanfaat.
Pembasmi Semut Dan Lalat “Homemade” Guna Cuka Dan Sabun Pencuci . “DI MANA ADA GULA, DI SITU ADA SEMUT.” Peribahasa ini sangat sinonim dengan kehidupan kita seharian kan. Ini bermakna ceruk mana pun kita duduk, selagi ada sumber makanan, semut akan datang. Plastik makanan nak-nak gula yang belum buka pun semut boleh masuk.
Kita pun beli lah bekas kedap udara yang mahal-mahal untuk simpan gula. Tiba-tiba terlupa nak tutup pulak kan.. dah ada road tour baru untuk semut. Macam-macam produk dah digunakan untuk mencegah dan menghapuskan semut. tetapi masih tidak berjaya. Kenapa perkara ini berlaku?
1. Semut dapat kesan sisa makanan terutamanya gula walaupun saiz nya hanya sebesar habuk.
2. Semut akan merembeskan bahan kimia untuk satu perjalanan yang baru. Jadi apabila ada makanan yang di kesan, semut akan pulang ke sarang dan inform koloni dia. Nanti ramai-ramai semut ke tempat makanan yang baru dijumpai tadi dengan menggunakan laluan yang telah ditinggalkan kesan kimia.
3. Anda tak musnah atau ambil tindakan terhadap semut yang kelihatan berseekoran. Tahu tak, sebenarnya mereka sedang mencari makanan baru untuk dijamu koloni. lain kali. musnahkan segera.
4. Segera musnahkan koloni semut yang dijumpai. Kalau tidak, jumlah koloni bakal berkembang biak pulak kalau tindakkan segera tak diambil.
Untuk membantras semut di dalam rumah, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh yatieimra di Facebooknya
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
Cara menggunakan spray:
1. Spray di kawasan laluan semut secara kerap. Memang lepas spray, kimia yang dihasilkan oleh semut akan hilang, tapi semut akan hasilkan laluan lain.
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak.
3. Jadikan semburan untuk mencuci dapur selepas masak
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Pada waktu dahulu, lantai di rumah hanyalah lantai yang kayu biasa kerana kebanyakkan dulu rumah kampung dan jika ada rumah modern sekali pun, lantai tetap kayu jugak. Kini, sudah tidak lagi sama. Ada banyak jenis-jenis lantai yang kita boleh pilih untuk letakkan dalam rumah kita. Antara pilihan yang terbaik untuk memilih jenis lantai di rumah adalah lantai jenis bambu. Lantai jenis bambu ini semakin popular pada zaman sekarang kerana ia memberi sama penglihatan seperti lantai kayu. Jika ada orang-orang otai atau orang-orang lama yang inginkan rumahnya kelihatan nostalgia tetapi mahukan kualiti yang bagus, pemilihan jenis lantai bambu adalah pilih yang terbaik mereka. Kini, saya akan menunjukkan atau menerangkan apa kelebihan-kelebihan lantai jenis bambu.
Kelebihan lantai bambu yang pertama adalah DAYA TAHAN YANG KUAT.
Lantia jenis bambu ini, mempunyai daya tahan yang sangat kuat. Ini kerana lantai bambu ini mempunyai kualiti yang tinggi dan ia tahan lama. Jika lebih baik, lantai bambu yang dipilih tidak dikarbon kerana lantai bambu yang tidak dikarbon memiliki kekerasan yang ketahanan yang sangat luar biasa.
Kelebihan yang kedua adalah KALIS AIR ATAU TAHAN AIR.
Kalau kita boleh lihat, lantai jenis kayu yang lama atau lantai tradisional, ia akan mudah meresap air dan akan membuatkan lantai menjadi rekah. Oleh sebab itu, keselamatan rumah akan terjejas. Tetapi, ia tidak berlaku kepada lantai bambu. Lantai jenis bambu ini menjaminkan keselamatan dari air lebih dari lantai tradisional kerana lantai jenis bambu lebih tahan dengan kerosakkan air dan tidak akan mudah rekah. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna lantai bambu akan menjamin keselamatan seratus peratus. Cuma, ia lebih selamat dari lantai kayu tradisional.
Secara kesimpulannnya, lantai jenis bambu ini amatlah pemilihan yang terbaik untuk kita letakkan dalam rumah kita. Bukan sahaja dari segi daya ketahanan dan kalis air, tetapi ia juga ada macam-macam kelebihan lain seperti banyak jenis corak yang boleh menceriakan rumah dan harganya pun lebih murah. Jadi, PILIHLAH LANTAI JENIS BAMBU!
Rumah kayu kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan perubahan era, masa dan tahun banyak rumah-rumah kayu ini kian ‘pupus’ di makan masa dan anai-anai.
Seorang pemilik syarikat kontraktor yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan telah berkongsi di laman Facebooknya tentang bagaimana beliau berjaya merealisasikan impian pasangan guru pencen iaitu Pn Nik Patanah Binti Nik Muhammad untuk mendiami rumah kampung versi moden di Kampung Laut, Tumpat Kelantan.
Menurut En Aqwa Mustofa selaku kontraktor, beliau bertanggungjawab untuk menyiapkan segala pembinaan mengikut idea dan pandangan yang diutarakan oleh pelangannya seperti mahu membina rumah bertiang tinggi kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanaknya dahulu. Rumah kampung moden ini berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur, 3 tandas, 2 ruang tamu dan 1 dapur. Manakala kos keseluruhan pembinaan menelan belanja sebanyak RM350,000.
Ambil Masa 8 Bulan
“Rumah ini disiapkan bersama kakitangan saya selama 8 bulan berikutan terdapat penangguhan dari segi faktor cuaca di pantai timur kerana apabila masuk sahaja musim tengkujuh, hujan turun tanpa henti dan mengakibatkan banjir sehingga menyukarkan projek ini disiapkan dalam tempoh yang pendek.”ujarnya.
Selain itu, senibina tiang tinggi ini bermanfaat untuk seisi keluarga kerana jika diperhatikan di sebelah bawah rumah, banyak ruang parkir yang tersedia. Pada pandangan penulis, jika tuan rumah mengadakan kenduri doa selamat, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Di bawah ini adalah beberapa koleksi gambar yang dikongsikan oleh En Aqwa Mustofa untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA di luar sana. Mana tahu anda mendapat idea baru untuk renovasi kediaman ibu bapa anda di kampung. Jangan lupa Tag Facebok page IMPIANA ye!
IMPIANA: Menariknya seni bina rumah ini, sebiji macam rumah kampung tapi versi moden .
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!