
Sebelum ini, LAMAN impiana pernah memaparkan kaedah cantuman dewasa pokok durian untuk mendapatkan baka dan buah yang berkualiti (untuk artikel lanjut, klik sini), Kali ini kita belajar pula cara untuk cantuman anak pokok durian. Kaedah ini juga tujuan nya untuk mendapatkan baka dan kualiti buah yang lebih baik. Namun kebiasaannya di gunakan untuk tanaman sulam atau pada mereka yang baru nak cuba tanam durian.
Ikuti langkah-langkah yang telah disediakan untuk memastikan cantuman anak pokok durian yang dilakukan berjaya.
Wanita Ini Berani Pilih Tembok Dinding Warna Gelap, Tapi Ini Hasilnya

Profil taman
Pemilik: Scarlette Lee Suyin
Lokas: Subang Jaya
Jenis kediaman: Semi-D
Keluasan taman: 1,800 kaki persegi
Konsep taman: Tropika
Tempoh taman: 4 tahun
Dinding atau tembok pagar yang menggunakan batu bata merah memang menjadi idaman ramai. Namun tidak bagi pemilik kediaman yang terletak di Subang Jaya. Ilmu dan kemahiran seni yang dimiliki diguna pakai untuk menata hias laman.
Untuk mengurangkan kerja-kerja penyelenggaraan, pemilik lebih gemar memilih gabungan harmoni pelbagai tekstur tanaman hijau pelbagai tekstur menghias latar kediaman. Rugi besar apabila paduan kehijauan tidak dapat dilihat denagn sempurna.
Jadi pemilik mengambil langkah berani untuk mengecat tembok pagar batu bata merah yang berukuran 2.5 meter ini dengan warna gelap untuk menonjolkan lagi rona hijau dan tekstur tanaman. Warna yang dipilih adalah blue night atau ada yang sinonim dengan nama night sky.
Kenapa dalam banyak-banyak warna gelap, biru kekelabuan ini menjadi pilihan? Sebaiknya hitam adalah padanan terbaik. Namun pemilik khuatir, warna hitam akan meninggalkan kesan capukkan atau watermark. Jadi, laman pemilik lebih mudah kelihatan kotor.
Panduan Lengkap Tanam Kelapa Matag Untuk Hasil Yang Lumayan

Kelapa MATAG antara tanaman yang dikategorikan sebagai viral lah juga sebab ramai yang sibuk nak cari benih kelapa matag ni. Kenapa nama dia kelapa matag? Nama matag berasal dari pada “MA” (Malayan) dan “TAG” (Tangnan). Ia merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.
Pokok ini menjadi buruan disebabkan oleh saiznya rendah dan hasilnya banyak. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1.
Keperluan Asas Tanaman
- Suhu: 27-28 oC
- Taburan hujan: 1300-2300 mm/tahun.
- Kelembapan relatif: 80-90%
- Altitud: kurang dari 100 meter daripada aras laut.
- Jenis tanah: Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.
Penyediaan Kawasan
- Kawasan terbuka yang telah dibersihkan.
- Menanam kekacang penutup bumi. Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens.
- Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar 2m di antara tiap baris anak benih kelapa.
Penyediaan Induk
- Kriteria penting dalam memilih pokok induk Tagnanan (jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam.
- Pemilihan pokok induk MRD (betina) mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti.
- Pendebungaan dibuat dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya.
- Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma berwarna hitam.
Penyediaan Anak Benih
Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid.
Penyediaan Anak Benih di Tapak Semaian
- Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian.
- Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar.
- Kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau jadi seperti MRD/MYD atau Tagnanan.
- Anak benih terpilih mestilah mempunyai warna sama pada pangkal pelepah dan lidi daun (hijau, keemasan, jingga kemerahan).
- Proses pengeluaran benih kelapa hibrid MATAG yang bermula daripada proses pendebungaan, semaian dan mencapai standard anak benih memakan masa sekurang-kurangnya 1 tahun 4 bulan.
Penanaman di Ladang
Anak benih kelapa hibrid MATAG yang berusia 4-12 bulan boleh dipindahkan ke ladang untuk penanaman.
Cara menanam:
1. Saiz lubang tanaman kelapa berukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m perlu disediakan. Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah.
2. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.
3. Padatkan tanah dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.
Jarak Tanaman:
Sistem penanaman tiga segi sama (8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha) atau sistem empat segi (152 pokok/ha).
Pengurusan Air
- Siram anak pokok sebelum di tanam di ladang.
Pengurusan Perosak
- Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)
Simptom: Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.
Kawalan kimia: Monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok kecil 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok
2. Rama-rama Artona (Artona catoxantha)
Simptom: Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.
Kawalan kimia: Racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok.
3. Ulat Beluncas (Setora nitens)
Simptom: Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus
Kawalan kimia : monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok
Pembajaan
Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.
Kutipan Hasil
- Mula berbuah seawal berumur 3 tahun.
- Buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun.
- Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.
- Sepohon pokok boleh terjual RM 25-50.
Sumber: https://harizamrry.com
Ibu Wanita Ini Amalkan Air Rebusan Dukung Anak Untuk Elak Ambil Ubat Darah Tinggi Dan Ini Kesannya

Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak/ dukung anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida (India)
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat Indonesia , tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.
Ramai beranggapan ia adalah tanaman liar atau rumpai. Sebenarnya, tanaman ini mempunyai pelbagai khasiat menakjubkan. Antaranya mampu mengubati jaundice (Hepatitis), merawat buah pinggang dan batu karang serta pelbagai lagi.
Ada juga berpendapat, bagi wanita yang sedang berusaha untuk hamil, digalakkan untuk mengamalkan minum air rebusan pokok dukung anak ini. Tapi yang ini LAMAN Impiana tidak pasti kesahihannya kerana belum disertakan bukti secara ujian klinikal.
Tapi melalui perkongsian seorang wanita di dalam blognya, Ibunya seorang pengidap darah tinggi yang dikira kronik kerana perlu mengambil ubat dengan dos tinggi iaitu 1 1/2 biji setiap kali pengambilan.
Tapi dengan pengambilan air rebusan pokok dukung anak ini ibunya berjaya menurunkan pengambilan dos ubat darah tinggi. Nak tahu macam mana? jom ikuti perkongsian nya.
Asalnya dulu orang banyak ceritakan kegunaan daun pokok dukung anak ini untuk kes bayi yang mengalami demam kuning atau jaundice. Cara yang digunakan adalah memandikan bayi yang kena demam tersebut dengan air rebusan pokok dukung anak ini. Aku sendiri tak pernah cuba jadi tak tahu la menjadi ke tak.
Banyak juga rupanya khasiat pokok yang cuma tumbuh melata dan selalunya orang tak perasan pun kewujudannya dan hari ni aku nak cuba kongsikan khasiat yang mungkin masih ada yang orang yang tak tau.
Khasiat pokok dukung anak dalam merawat penyakit darah tinggi
Yang ini sebenarnya hasil dari percubaan mak aku sendiri la. Yang mana kalau korang nak tahu mak aku adalah pengidap penyakit 3 serangkai yang amat popular di Malaysia. Dah puas juga berulang alik ke hospital. Penyakit 3 serangkai yang mak aku tanggung adalah kencing manis, darah tinggi dan jugak sakit jantung. Buat masa ni mak memang kena makan semua ubatan mengikut jadual.
Sejak tahun lepas mak dah mula rasa tak sedap badan akibat penggunaan ubat yang banyak. Jadi mak aku cuba cara perubatan lain yang boleh. Antaranya mak pernah minum susu ‘mahal’, pati delima dan berbagai herba lain. Yang terbaru mak cuba cadangan dari kawan dia yang suruh dia cuba minum air rebusan dari pokok dukung anak.
Resepi ramuan pokok dukung anak bagi penyakit darah tinggi yang mak aku cuba ni sangat senang sebenarnya. Ambil je pokok dukung anak tu sepokok dengan akar-akarnya sekali, cuci bersih dan kemudiannya rebus bersama 2 gelas air. rebus sehingga air tu jadi segelas air dan minum la air tu selepas disejukkan. Tapi ada pesanan dari mak aku. Cik Jemah pesan yang air rebusan ni cuma boleh diminum setiap 2 minggu sekali sahaja. Bukan apa, risau nanti darah turun terlampau pula. |
Setakat ni alhamdulillah lepas mak cuba darah tinggi mak dah kurang banyak dari sebelum ni. Kalau dulu doktor suruh mak makan ubat darah tinggi sampai 1 1/2 biji sekali makan. Sekarang ni cuma tinggal 1/2 biji je sekali makan. Nampak berkesan dan bagus untuk mak. Alhamdulillah, setelah sekian lama mak mencari penawar.
Sumber:www.ceritaita.com