Laman

10 Bahan Mudah Jumpa Di Dapur Ini Mujarab Atasi Masalah Kesihatan Ringan

Share

Ramai di antara kita yang ada ketika nya diserang penyakit ringan seperti demam, batuk, sakit perut dan sebagainya. Tahukah anda nenek moyang kita dahulu hanya menggunakan bahan-bahan di dapur untuk merawat penyakit ringan. IMPIANA bawakan 10 herba dan rempah mudah jumpa di rumah yang boleh anda amalkan seisi keluarga.

Rosemary

Sesuai untuk melegakan batuk. Daun rosmary segar mempunyai kandungan eycalyptol  

dan tannin yang berkualiti di mana ia dapat membantu melegakan radang paru-paru dan tekak.

Mint

40% keradangan perut dapat di kurangkan apabila beberapa helai daun mint di kunyah secara segar.

Oregano

Ambil dua sudu teh serbuk daun oregano untuk mengurangkan senggugut. Oregano mempunyai thymol dan carvacrol yang membantu mengurangkan kekejangan dan merehatkan otot rahim

Serbuk kari

Serbuk kari mengandungi curcumin di mana ia membantu mencegah badan dari menghasilkan Prostaglandin E2 yang boleh menyebabkan keradangan sendi

Dill

Kandungan limonene yang terdapat di dalam dill dapat membantu membunuh bakteria yang boleh mengancam kesihatan seperti E. Coli.

Ketumbar

Daun ketumbar mampu mengurangkan masalah kekembungan setiap kali selepas anda menikmati makanan. Selain itu juga, bahan semula jadi diuretik yang terdapat pada daun tersebut berupaya menghalang  garam dari terus diserap badan.

Halia

Mengalami masalah loya? Halia adalah penyelesaiannya. Halia mampu melegakan sistem penghadaman .

Buah pelaga

Herba aromatik ini dapat membantu merangsang metabolisma badan dan meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak

Kayu manis

Kayu manis berupaya membantu meningkatkan kadar metabolisma badan dan secara tidak langsung ia boleh mengawal kadar gula dalam darah.

Cengkih 

Cengkih mengandungi anti oksida yang tinggi. Ia kerap digunakan sebagai bahan untuk membuat ubat tahan sakit dan ubat gigi.

IKLAN