Teringin nak buat sup makan malam ni, tapi bila fikir balik, kalau beli bahan banyak terbuang, terus lupakan hasrat. Zaman sekarang ni, tak perlu risau, pelbagai cara digunakan untuk memudahkan kerja dapur. Suri rumah ini kongsi tip mudah dan jimat cara penyimpanan bahan masakan yang ada di dapur untuk tahan lebih lama.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
SENANG SEGAR JIMAT??
Cara penyimpanan yg berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan2 masakan yg mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je?
1.Daun sup?
-Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
-Caranya..potong 2 botol minuman..masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting utk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja.Air yg banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk?
-Pokok yg disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan
2.Lengkuas? dan Serai?
– Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut
-Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan
-Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya
3.Cili api dan Lada Merah?
-Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk
-Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar
-Setiap kali menggunakan bahan ini..rajin2 kan diri utk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap2 air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah
-Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama
Bahan2 yg disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama .Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran,duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan??Selamat mencuba?
Simple tips dr suri rumah
Sumber : Suhana Mat Rasu Via (MAHN)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa sangka tingkap jenis nako yang seringkali digunakan di rumah-rumah kampung suatu masa dulu boleh menghiasi kafe moden ini! Sekiranya anda pernah menjejakkan kaki ke galeri membeli-belah Publika, Kuala Lumpur, anda pasti pernah terlihat sebuah kafe berkonsep terbuka yang dikelilingi dengan tingkap-tingkap nako. Dari luar lagi, anda dapat melihat pengunjung-pengunjung kafe Ben’s yang sedang menikmati hidangan mereka dari celahan-celahan tingkap nako yang dibiarkan terbuka.
Saat menjejakkan kaki ke dalam, anda akan terdengar alunan lagu-lagu English klasik dimainkan sebelum terlihat ruangan kaunter bakeri dengan beraneka pilihan ‘dessert’, terasing dari ruang makan utama bagi memudahkan pengunjung yang ingin membawa pulang kek mahupun manisan lain. Ruangan hadapan itu juga terlihat kemas dengan penggunaan konsep industrial yang diserikan dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
Ruangan makannya pula terbahagi kepada dua iaitu di dalam dan ruangan terbuka yang dihiasi dengan tingkap-tingkap nako. Sekiranya anda berkesempatan untuk memilih ruangan terbuka, jangan lepaskan peluang keemasan itu kerana tempat adalah terhad ketika waktu kemuncak.
Lihat sahaja betapa luas ruang makan ini dengan tingkap nako yang dibiarkan terbuka, memberikan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang banyak tanpa perlu bergantung kepada penggunaan kipas dan lampu semata-mata. Bayangkan sekiranya tingkap-tingkap tersebut digantikan dengan dinding, tentunya ia akan menjadi sempit, gelap dan perlu bergantung kepada penghawa dingin dan lampu yang banyak.
Tertarik dengan tingkap yang digunakan, saya cuba melihat dengan lebih dekat dan terlihat trademark ‘Breezway’, satu brand tingkap yang agak familiar. Berbeza dari tingkap nako yang biasa, tingkap ini lebih mudah untuk digunakan dan terlihat sangat moden, bersesuaian dengan konsep kafe.
Sama seperti ruang hadapan tadi, penggunaan tumbuh-tumbuhan hijau berjaya memberikan sedikit kontra kepada konsep industrial yang banyaknya menggunakan warna putih, hitam, kelabu dan coklat yang sekiranya tidak digunakan dengan betul, boleh memberikan mood yang mendatar.
Konsep dekorasi kafe ini yang menggabungkan tema moden dan klasik sangat sesuai dengan sajian menu yang dihidangkan. Tidak hanya terbatas kepada makanan-makanan barat seperti aneka pasta, kafe ini juga turut menyediakan makanan tempatan seperti nasi lemak, kari laksa dan juga nasi kerabu
Secara keseluruhannya, kafe ini ‘menghidangkan’ satu pengalaman makan yang menenangkan dan berjaya memberikan inspirasi kepada pengunjung dengan konsep keterbukaannya yang ‘genius’. Kepada anda para-para penggemar kafe, mungkin Ben’s café ini boleh menjadi destinasi pilihan anda seterusnya?
Karya: Jay Ara
Karya penulisan dari followers IMPIANA cukup menarik lokasi dan artikel yang beliau kongsikan. Jika anda juga mempunyai bakat untuk menulis bolehlah hantar kepada IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masih ada yang membuang masa di ruang dapur atas faktor apa ya? Ini yang perlu anda tahu, perkakas dapur wajib ada kalau nak senang kerja di dapur. Artikel ini akan menerangkan beberapa perkakas dapur serta kegunaannya untuk membantu dalam aktiviti memasak anda.
Dapur merupakan bahagian rumah yang paling penting. Di situlah tempat memasak, menyediakan jamuan dan juga menjadi tempat merapatkan hubungan kekeluargaan dengan meluangkan masa bersama-sama semasa berada di dapur. Macam selalu orang kata, dapur adalah nadi sebuah rumah.
Sama ada kita tukang masak yang handal, atau pun tukang masak amatur yang menggunakan YouTube dan Google sebagai guru masakan kita, alatan-alatan ini wajib berada di dapur kita semua, bukan sahaja untuk memasak, tetapi juga memanggang, membakar dan juga mempraktiskan resepi baru yang kita pelajari.
Perkakas dapur tersebut adalah:
1. Pisau
Ada tiga jenis pisau yang wajib berada di dapur – pisau bergerigi, pisau koki sepanjang 8 hingga 10 inci dan pisau parang adalah asas yang baik patut kita semua simpan di ruang dapur kita.
2. Papan pemotong
Ada dua papan pemotong yang sesuai – satu untuk bahan mentah dan satu untuk makanan dan masakan yang telah dimasak – ini untuk mengelakkan pencemaran semasa memasak.
Untuk bahan mentah, kami lebih suka menggunakan papan pemotong plastik dengan cengkaman dan tidak licin. Untuk masakan yang sudah dimasak, papan pemotong kayu atau plastik boleh digunakan.
3. Periuk nasi
Periuk nasi automatik kini menjadi alatan biasa yang perlu ada di mana-mana dapur, dengan kemudahan teknologi yang mempunyai tiga dalam satu kelebihan. Ianya lebih mudah digunakan berbanding memasak nasi di dalam periuk biasa di atas dapur, dengan menggunakan hanya satu butang.
4. Perkakas penyediaan makanan
Mempunyai variasi peralatan adalah sangat berguna untuk mencuba pelbagai resepi dan masakan. Sekiranya anda suka memasak, perkakas mudah seperti pengupas sayur, sudu kayu, palu daging, sudu berlubang, penyepit, sendok dan non-stick spatula adalah sangat sesuai.
5. Penapis
Agak menjengkelkan apabila pasta yang sudah siap lembut direbus, sukar untuk dibawa keluar daripada periuknya dengan lebihan air yang menitik daripada pasta tersebut. Penapis memudahkan kita untuk membasuh sayur, mengangkat mee selepas siap direndam dan ada juga yang menggunakan penapis untuk menapis sisa makanan selepas makan.
6. Dapur (Stove)
Dapur juga adalah salah satu alat yang wajib ada di dapur. Jika tiada alat ini, tidak berasap lah rumah kita gamaknya. Dapur kini boleh didapati dengan dua jenis – satu dapur elektrik di mana ia tidak memerlukan api untuk memasak, cukup dengan haba dan yang kedua ialah dapur tradisional di mana kita menggunakan tong gas untuk memasak dan juga api.
7. Pengadun (mixer)
Untuk penggemar bakeri dan pastry – dan suka untuk membuatnya di rumah sendiri, pengadun elektrik ialah peralatan yang wajib ada di dapur anda. Selain sifatnya yang sangat mudah untuk mengadun bahan-bahan, ia juga menjimatkan masa berbanding menggunakan pengadun tangan. Bukan setakat itu sahaja, pengadun elektrik juga menjimatkan masa kita untuk mencampurkan semua bahan-bahan adunan sehingga sebati.
8. Pengisar
Pengisar tangan atau elektrik, kedua-duanya adalah peralatan yang mesti ada di dapur kita. Sama ada mengisar daging, atau bawang, atau apa-apa sahaja, pengisar semestinya menjadikan keperluan bahan makanan kita menjadi lebih lumat dan mudah untuk dimasak. Pengisar juga digunakan untuk membuat jus, juga terdapat set pengisar yang disediakan bersama pengisar kacang.
9. Set pinggan mangkuk
Set pinggan mangkuk dengan pelbagai jenis dan bentuk ini bukan sahaja menjadi kegemaran para wanita yang suka menjadikannya sebagai koleksi, tetapi ianya juga menjadi satu kemestian untuk dapur yang lengkap. Jika masakan semua sudah siap dimasak, di mana kita mahu letakkan semua juadah tersebut, bukan?
10. Set kuali dan periuk dan air fryer
Ya, di mana kita mahu memasak semua bahan-bahan yang kita sudah sediakan jika bukan di kuali atau periuk, bukan? Kuali biasanya digunakan untuk menggoreng manakala periuk digunakan untuk merebus atau memasak sup.
Selain itu, kini terdapat teknologi menggoreng yang lebih sihat dan efisien tanpa menggunakan minyak dan ia disebut sebagai air fryer. Teknologi terbaru ini pastinya perlu di dapur kita supaya masakan kita lebih pelbagai dan yang lebih utama adalah lebih sihat untuk diri kita dan juga keluarga.
11. Peti sejuk
Apalah gunanya dapur tanpa peti sejuk? Lagi besar dapur seseorang, lagi besar peti sejuk yang diperlukan. Bukan sahaja ia digunakan untuk menyimpan bahan-bahan mentah dan tidak tahan lama, tetapi ia juga digunakan untuk makanan sejukbeku seperti nugget dan juga frozen food lain yang kini menjadi trend penjual kuih-muih.
12. Ketuhar
Ketuhar digunakan untuk membakar dan juga memanggang. Di musim perayaan, keperluan ketuhar dilihat sebagai satu kemestian untuk membakar biskut dan juga juadah istimewa lain untuk meraikan hari yang bahagia.
13. Ketuhar gelombang mikro (microwave)
Penggunaan microwave pada masa kini seakan-akan menjadi satu kemestian lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai makanan sejukbeku pada masa kini seperti nasi goreng sejukbeku, sosej dan ada juga spageti carbonara sejukbeku. Teknologi pemanasan yang disediakan pada microwave ini menjadikan ia sebagai salah satu perkakas yang perlu ada untuk kemudahan memasak.
Karpet bukan sahaja memerangkap habuk, malah ia menjadi habitat kegemaran bakteria yang mengundang masalah kesihatan. Untuk memastikan karpet anda sentiasa bersih, vacuum setiap hari pun tidak dapat membersihkan karpet anda. Jadi, penyelesaian terbaik adalah dengan mencuci. Tapi, nak cuci pun ada masalah. Harganya bukan main mahal. Betul tak? Nak buat sendiri, tak larat lah pula.
Nrhfizah Fdzi dan suami ada cara tersendiri untuk mencuci karpet yang tidak memperuntuk tenaga dan modal yang banyak.
Assalamualikum
Tips , those yang kat rumah pakai karpet. especially rumah tepi jalan, ada kucing, dan sebagainya. Nak rekemen pakai Product ni!
efektif dan tak lencun .
saya and husband beli ni kat DIY bhagian kereta. Harga RM 8.90 something .(lupa dah)
kami try kat karpet rumah. Since masing masing kerja. Walau jarang dok area karpet ni. Tapi sebab rumah depan jalan besar. Tgk kotor nya karpet. blergh. tp lepas sental kali kedua, Alhamdulillah clear.
Anak sy pulak eczema. Kalau muka dy naik eczema. thulah krpet or alas tilam tu kne tukar dh lah. tp mostly alas tilam sy akan tukar 3 hari skli. tp habuk kan jenis halus tk nmpk. so those yg msih tercri cri slh stu bnda ajaib. hehe. Sy cdgkn beli ni. Berbelanja penuh ilmu didada (sedpkan hati). So tkde alasan org tuduh perempuan berbelanja ikut nafsu.
Cara-cara:
1. Goncang tin penyembur betul-betul
2. Semburkan sedikit-sedikit pada permukaan karpet (sebaiknya, cucian dilakukan secara segment untuk memudahkan urusan mencuci dan membersih)
3. Gunakan berus lembut can gosok bahagian berbuih secara perlahan-lahan
4. bersihkan buih yang terdapat pada karpet dengan menggunkan kain bersih
5. basah kan tuala bersih dan lap pada permukaan yang telah disental tadi untuk memastikan ia bersih sepenuhnya
6. Biarkan seketika untuk kering
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.