Ada atau tidak di kalangan anda yang sememangnya pencinta bunga Tulip yang mudah didapati kawasan selatan Eropah ini? Mesti anda teringin untuk menanam tumbuhan ini di kawasan laman dan ruang dalam kediaman anda, betul tak?
Meski tumbuhan ini sukar untuk membiak dengan ekosistem di kawasan Asia, kini tidak lagi kerana sudah ada cara yang mudah untuk menanam tumbuhan cantik ini di kediaman anda.
Apa yang cuma perlukan adalah benih pokok Tulip dan kemudian di tanam dalam pasu atau bekas yang berisi air sahaja. Memang mudah kan?
Ads
Lihat lah hasilnya, memang sangat menakjubkan dan anda tidak perlu risau kerana anda boleh sahaja benih pokok Tulip ini dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Ramai beranggapan cara selamat menyedia dan menguruskan keperluan harian di dapur adalah dengan memastikan bahan kering seperti tepung, gula, bawang, dan sebagainya sentiasa mencukupi. Sebab itu, ada antara kita akan beli stok yang berlebihan dari keperluan. Lebih-lebih lagi kalau nampak harga produk tersebut murah
Tapi, ada beberapa barang yang kita tidak digalakkan untuk dibuat stok. Ini kerana dalam tempoh simpanan, kualiti bahan tersebut akan berkurangan walaupun belum tiba tarikh luput yang tertera pada bungkusan. Antara barangan yang tidak sesuai untuk dibuat stok adalah:
Menurut NutritionFacts.org, minyak goreng mudah teroksidasi dan akan menyebabkan ia mulai berbau tengik walaupun belum tiba waktu luput.
Tepung merupakan bahan yang mudah menyerap kelembapan. Ini bermakna, ia juga mudah menarik kelembapan dari udara. Walaupun tersimpan di dalam plastik, masih terdapat banyak masalah pembungkusan terhadap tepung gandum lebih-lebih lagi yang jenis subsidi.
Ini antara bahan WAJIB ada di dapur. tapi kalau beli 10, belum tentu ia akan habis sebelum tiba tarikh luput. Kualiti telur yang dibeli hanya mampu bertahan paling lama 1 minggu. Walaupun ada yang menyimpan telur di dalam peti sejuk, ia hanya akan merosakkan tekstur dan kualiti telur tersebut
Walaupun kopi masih dalam kondisi baik dalam tempoh 3-5 bulan selepas tarikh lupu. Jika tidak di simpan rapi, ia akan mengeras. Tambahan, kesegaran kopi akan berkurangan jika disimpan daam tempoh yang lama walaupun belum tiba tarikh luput
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Siapa sahaja yang suka atau berasa gembira jika barangan elektrik kelengkapan rumah seperti mesin basuh pakaian yang dibeli cepat rosak dan jangka hayatnya tidak tahan lama, betul tak?
Baru-baru ini, ada seorang wargamaya yang pernah menceburi bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan pembinaan telah berkongsi tip bagaimana untuk menjaga mesin basuh pakaian supaya jangka hayatnya lebih tahan lama.
Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana caranya, boleh mengikuti tip dan kaedah yang perlu anda lakukan seperti yang tertera di bawah:
1. Jangan bebankan mesin basuh dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Kalau boleh, ikut saranan yang telah ditetapkan oleh pengeluar mesin tersebut.
2. Sesekali matikan suis soket lepas guna sebab risau jika terlalu lama mesin basuh berada dalam keadaan standby, computer board akan menjadi semakin panas. Maka oleh itu, selepas habis menggunakan mesin, sebaiknya suis soket ditutup.
3. Dalam sebulan sekali masukkan air panas kira-kira selepas 5 minit dijerang kedalam tub mesin. Kemudian, ON kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Ini bagi mengelakkan tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Andai kata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai, anda gunakan spanar kemudian tegangkan dibahagian bawah mesin. Jika anda tidak mahir, maka upahlah sesiapa yang lebih mahir untuk membaikinya. Kos upah biasanya sekitar dalam RM10-20 sahaja.
5. Andai kata aliran air masuk mesin basuh semakin perlahan, sila buka bahagian paip air masuk, berkemungkinan filter anda mungkin sudah tersumbat.
6. Jika aliran air masuk okey tetapi air tidak keluar bermakna valve buang air tersekat atau mungkin tersangkut dengan objek keras seperti duit syiling dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda semua, dan diharapkan anda lebih cermat menggunakan peralatan elektrik supaya dapat memanjangkan lagi jangka hayat peralatan tersebut untuk diguna pakai.
Musim durian dah tiba. Bagi peminat tegar, pemburuan durian perlu dilakukan segera. Sebab nanti dah lewat musim, durian mula rasa tak sedap. Buah pula biasanya pada hujung-hujung musim kurang mengancam. Biasanya buah pada kitaran pertama musim sentiasa terbaik.
Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian
Tapi agak mengecewakan jika buah yang dibeli tidak memuaskan apabila dimakan, kurang nikmat durian. Biasa nya peniaga akan bagitahu semua buah terbaik jadi bagi mengatasi masalah terbeli buah yang tidak sedap ini, jadikan 8 tip ini sebagai panduan
1. Tangkai
Pertama sekali ketika memilih durian perlu lihat pada bahagian tangkainya. Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian. Durian kalau dah masak ia akan jatuh sendiri kan. Jika durian yang jatuh sendiri, tangkainya kelihatan bergigi. Manakala yang licin itu, maknanya belum masak lagi tapi telah dipetik.
Tangkai yang masih segar, bermakna ia baru gugur. Ini menunjukkan buah masih segar dan kandungan gas dalam buah pun tak banyak dan isinya enak.
Cungkil sikit pada bahagian kulit tangkai. Kalau kulitnya tebal, ia bermaksud isinya pun tebal. Kalau bahagian dalam kulit nya kuning, ini bermakna isi dalamnya kuning.
2. Pilih yang ringan
Jangan sibuk nak ambil durian yang berat. Ini antara salah satu kesalahan yang kerap dilakukan oleh pembeli. Bila berat, dia ingat isinya banyak. Buah berat tak bermaksud isinya banyak. Ia menunjukkan ia masih mentah atau terlalu berair dan kemungkinan busuk.
3. Goncang
Perasan tak kalau kita nak beli durian, penjual tua akan ketuk-ketuk dan goncang? Baik anda buat sendiri. Kot-kot ditipu. Kalau kedengaran benda bergoncang dalam tu, ia menunjukkan isinya kering dan sudah masak. Isi kering tak bermakna kering kontang. Ia bermakna enak dimakan lah tu.
4. Bentuk fizikalnya bulat
Orang kata kalau jenis bulat ini isi nya tebal. Tapi sebanrnya bergantung kepada jenis. Tapi kalau boleh, berusaha ambil yang bulat lah ya.. durian bukit banyak bulat. Itu yang sodap.. makan seulas pun dah kenyang
5. Tengok kulit
Durian dengan durinya halus dan rapat, ia menunjukkan isi dagingnya jenis yang lembik. Kalau yang durinya besar-besar dan jarang, ini menunjukkan isinya padat. Bila makan tu tak susah nak kemas. Isinya boleh kita makan sampai nampak biji bersih suci.
6. Tepuk manja
Tepuk-tepuk manja pada permukaan kulit durian. Jangan kuat-kuat, nanti tembus pula durinya. Kalau boleh gunakan sesuatu yang solid. Kalau peniaga, dia guna parang untuk belah durian tu. Kalau dengar bunyi merdu “buk-buk” maksudnya durian dah matang. Kalau bunyinya macam pantul cepat “kedepek” bermakna durian masih muda
7. Tampok/juring lima
Macam manggis, nak tentukan isi di dalam ada berapa kita akan tengok tampuk. Sama seperti durian. Anda perlu pilih yang ada tampuk lima di bahagian bawah durian. Kalu 6 atau lebih, jangan ambil. Ini bermakna isinya tak banyak. Pastikan juring atau tampuk tersebut jelas sampai ke sisi kulit durian.
8. Aroma yang menawan
Selesai ketujuh-tujuh tip, barulah tip ke-8 dilakukan. Bau durian sedekat yang boleh. Kalau boleh, biar durinya betul-betul terkena sedikit pada hidung. Kalau baunya harum manis, ini bermakna durian masih optimum. Kalau tidak berbau, ini bermakna durian sudah masuk angin. Durian yang dah masuk angin rasanya hambar.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.