+INFO KEDIAMAN
Nama Pereka: AL Decodesign
Jenis Kediaman: Apartment
Keluasan : 1000 kaki persegi
Konsep: Moden Kontemporari
Makeover Kediaman Apartment Menakjubkan!
Siapa sangka inilah hasil sentuhan idea kreativiti pereka dari AL Decodesign . Mereka mengubah keseluruhan kediaman ini menjadi lebih berkarakter, cantik, selesa untuk client mereka.
+ Ruang Tamu
+Bilik Tidur
Ads
+Dapur
Ads
+Bilik Air
Ads
Pasti ramai yang tertanya berapa anggaran kos keseluruhan untuk renovasi serta dekorasi ini? Di sini AL Decodesign kongsikan kepada anda kos bagi projek apartment ini.
Loose Furniture & Deco item: +-rm18k ( sofa, meja kopi, katil, bingkai gambar dan sebagainya)
Built in furniture : +-rm18k (kitchen cabinet & wardrobe setiap bilik)
Renovation : +-rm30k (termasuk toilet, plaster ceiling, flooring, lighting)
*harga dan workmanship renovation bergantung kepada kontraktor masing-masing.
Walaubagaimanapun, harga yang dinyatakan ini bergantung kepada saiz sesebuah rumah dan bajet pelanggan.
Sumber: Muhammad Arif Arif
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Biasanya jika kita cerita tentang deko kediaman, kebanyakkannya adalah rumah orang yang telah berkeluarga dan rata-rata nya kaum wanita. Kalau orang yang masih bujang, lelaki pula tu, memang jarang sekali. Mungkin bagi mereka tidak perlulah bersungguh sangat nak menghias, tunggu nanti dah beristeri baru fikir. Tapi tidak bagi pemilik akaun fb, EeMy Ismail yang baru sahaja 9 bulan menyewa rumah bujang nya di Flat Perumahan Jalan Kasawari, Larkin.
Dengan ukuran lebih kurang 650 kaki persegi, rumah ini dilengkapi dengan 3 buah bilik dan 2 buah tandas. Warna hitam, putih dan kelabu gelap menjadi pilihan pemilik, sesuai dengan status bujang yang sentiasa mahu nampak ranggi dan moden. Berbekalkan idea dan ilham dari grup-grup deko di fb, Encik Eemy membeli barangan dan perabot secara berperingkat di IKEA, Kaison serta SSF di sekitar Johor. Minat menghias rumah dipupuk bermula apabila sering menemani ibunya membeli barangan rumah.
Jom kita scroll ke bawah untuk lihat tempat tinggal pemuda ini yang mampu menepis persepsi orang ramai tentang rumah bujang. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Apartment yang didiaminya berkeluasan 960 kaki persegi berkapasiti sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering serta balkoni dan memilih konsep skandinavia sebagai tema utama dekorasi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar mengemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga. Menurut Fatin, suaminya Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat mengemas rumah. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka kekemasan pada kediaman Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang teratur dan bersih. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali. Sifat mereka ini mungkin kerana sudah terbiasa melihat bagaimana saya menguruskan rumah.
“Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringkas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak lebih cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimalis. Secara keseluruhan tampak lebih menarik apabila saya gandingkan dengan cermin. Agar cermin ini lebih menyerlah, saya gunakan pita pelekat murah untuk membuat bingkai.
Apabila memfokuskan setiap ruang di kediamannya, untuk ruang makan, dia memilih meja makan berkonsepkan Scandinavia, walaupun ringkas namun nampak menarik.Pada masa yang sama, ruang tamunya cukup selesa, walaupun hanya menempatkan satu sofa panjang namun tetap menarik malah mereka sekeluarga sangat seronok menonton TV di sudut ini. Akhir sekali, bilik tidurnya ditekap dengan rona ungu agar tampak ceria ditambah dengan bingkai gambar anak-anak pemilik menambahkan keunikan ruangan ini.
Dia mengakhiri perbicaraan dengan berkongsi beberapa tip dekorasi untuk kemudahan pembaca IMPIANA di luar sana.
-Pilihan perabot biarlah bersesuaian dengan saiz kediaman dan ia perlu disusun mengikut peranan ruang.
-Pentingkan keselesaan, jangan terlalu ikutkan trend sehingga lari dari tema asal.
-Tidak perlu berbelanja dengan banyak, anda boleh hasilkan apa jua produk hiasan dengan teknik diy.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Siapa yang menyangka luar pangsapuri dalam dengan dekorasi seperti sebuah kondominium mewah. Tiada apa yang menghalang kita dari untuk mendekorasi kediaman milik peribadi.
Di mana ada kemahu di situ ada sinar… ewahhh! Tapi ternyata pemilik ini memang minat menghias kediamannya. Lihat sahaja rumah beliau setiap sudut tidak di biarkan kosong tanpa sentuhan.
Pemilihan warna hijau emerald ini memang sesuai dengan sentuhan dan juga konsep yang ingin diketengahkan oleh pemilik.
Perkongsian beliau di dalam Facebook membuatkan IMPIANA tertarik dengan seni hiasan yang pemilik ini. Luar pangsapuri dalam sentuhan kondominium.
Sudah pasti keluasan yang terhad untuk kediaman ini, langsung tidak menjejaskannya menghias kediaman jenis pangsapuri ini menjadikan sebuah rumah idaman ala kondominium mewah.
Kombinasi dengan perabot moden membuatkan suasana dalam rumah ini lebih cozy. Mood ceria dalam setiap perincian membuatkan tidak jemu mata memandang dekorasi yang dikenakan.
Ruang makan yang dilengkapi dengan set meja makan untuk empat ini sudah melengkapi ruang yang tidak terlalu besar ini dengan pemilihan lampu gantung loket memberikan suasana elegan.
Melihat ruang dapur yang mengenakan warna yang agak gelap jauh sekali terasa sempit atau tidak selesa. Malahan ia memberi satu rasa seakan berada di ruang dapur kondo mewah. Manakan tidak lihat sahaja pemilihan jubin pada kemasan dinding dapurnya. Ha! Gigit jarikan, cantik bukan. Sepadan dengan pemilihan sinki warna gelap padanan kemasan kabinet berwarna coklat menaikkan lagi aura moden kontemporari dalam ruang dapur ini.
Ruang membasuh yang terletak bersebelahan ruang dapur ini tidak dibiarkan. Turut dijadikan ruang yang cukup menarik dengan gantung bidai menjadi penghalang dari terus nampak kelaluan luar membuatkan ruang ini lebih privacy dan menarik. Sudah pastinya susun atur yang bijak membuatkan ruang ini lebih selesa.
Wow… bilik air pun diberi nafas segar. Pemilihan cermin bulat konsep moden dengan kabinet yang comel sesuai dengan saiz bilik air ini. Membuatkan ruang kamar ini tetap selesa dan cantik.
Baca artikel lain untuk inspirasi anda: https://www.impiana.my/bosan-tengok-ruang-dalam-rumah-jom-tukar-feature-wall/
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!