Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih dikenali dengan panggilan nama Feeya Iskandar yang sentiasa tampil ceria dengan celoteh menghiburkan.
Untuk episod seterusnya segmen Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman Feeya Iskandar atau mesra disapa Cik Piah.
Hasil tinjauan IMPIANA ke lokasi kediaman selebriti berkenaan ketika sesi rakaman dijalankan secara tidak langsung turut terpegun melihat keindahan kediaman yang dimiliki oleh Cik Piah.
Apabila diajukan soal mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Cik Piah memaklumkan bahawa dia dan suami telah kata sepakat memilih konsep Inggeris Moden untuk kediaman mereka.
Ads
Katanya lagi, manakala untuk idea dekorasi hiasan ruang dalaman rumah adalah sumber ilham daripada suami tercinta, Nurashid Wahab.
Apa yang menariknya lagi mengenai tentang kediaman Cik Piah ini, jumlah keseluruhan bagi kos pembinaan telah menelan belanja anggaran sebanyak RM400,000 sahaja.
Ads
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Feeya Iskandar? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebenarnya, ada spesies strawberi yang sesuai untuk ditanam di tanah rendah Malaysia yang tidak memerlukan kaedah rumah hijau pun. Anak benihnya yang mudah didapati secara online juga menyebabkan tanaman ini kian menjadi popular. Namun anda perlu pastikan perkara-perkara tersebut perlu dipatuhi bagi menjadi habitat sempurna untuk tanaman ini:
Strawberi memerlukan medium tanaman yang peroi dan bersaliran baik. Yang menjadi keutaman ialah medium tersebut mampu memegang kelembapan dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan nurseri menggunakan sabut kelapa yang telah dirawat sebagai medium tanaman tanpa tambahan bahan lain. Ini kerana sifat sabut kelapa yang ringan serta mampu mengekalkan kelembapan amat sesuai dengan kondisi pokok strawberi. Secara tidak langsung sabut tersebut berupaya menjadi baja kompos.
Pokok strawberi memerlukan pH yang seimbang dengan keperluannya. Untuk mendapatkan saiz buah yang optimum, pH ideal untuk tanaman ini adalah antara 5.5 hingga 7.
Pokok strawberi memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk iklim malaysia. Berbanding di negara beriklim sejuk, strawberi perlukan pengamatan cahaya minimum 6 jam sehari. Namun tidak terlalu terus. Letakkan di kawasan separa teduhan. Oleh itu, strawberi sesuai ditanam di ruang anjung kediaman.
Pokok strawberi tidak suka tumbuh secara berhimpit. Ia akan mengakibatkan kesukaran penghasilan bunga dan secara tidak langsung memberi kesan kepada hasil buah. Hal ini terjadi disebabkan apabila pokok terlalu berhimpit, bahagian bawah atau pangkal pokok yang menghasilkan kudup bunga mengalami kesukaran menerima cahaya matahari. Oleh itu, jarak bagi setiap tanaman perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 20 inci setiap satu.
Jika anda menggunakan sabut kelapa sebagai medium tanaman, penyiraman boleh dilakukan apabila medium kelihatan kering atau jika perlu. Perlu diingat,strawberi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap bukan basah tau. Jika terlalu banyak air, ia akan merosakkan akar serta menggalakkan pertumbuhan kulat. Siraman paling perlu dijaga ketika buah sedia dipetik. 3-5 hari sebelum dipetik, penyiraman perlu dikurangkan untuk mengelak buah masam.
Pokok strawberi paling sesuai dengan baja cecair kerana ia lebih mudah diserap. Tambahan pula, sistem akar strawberi yang terlalu pendek sukar menyerap atau mencapai baja jenis slow release. Baja kimia yang sesuai digunakan untuk strawberi adalah larutan 12:12:12 untuk tujuan tumbesaran pokok manakala larutan 15:15:15 digunakan untuk penggalak buah. Pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Namun AWAS! Baja kimia bersifat panas dan mudah merosakkan akar pokok. Oleh itu, penggunaan baja dan racun kimia perlu minima.
Seeloknya, pokok strawberi sesuai menggunakan baja organik. Walaupun produktivitinya tidak optimum, jangka hayat tanaman lebih tahan lama berbanding penggunaan baja kimia.
Daun pokok strawberi perlu dipangkas setiap bulan. Sebaiknya, 7-9 daun sahaja yang dibenarkan bagi setiap pokok. Ini kerana, jika daunnya terlalu banyak penghasilan buah akan terganggu. Ia disebabkan oleh permukaan bawah batang pokok yang menghasilkan daun, sulur dan bunga terlindung dari cahaya matahari. Lebih kerap anda memangkas, lebih banyak sulur dan buah yang dapat anda hasilkan. Selain itu juga, bilangan sulur perlu dikurangkan untuk membolehkan hasil buah lebih banyak.
Bagi anda yang sememangnya hari-hari memasak di dapur, mesti ada perkakas dapur seperti bekas atau balang rempah yang sudah lama, rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Sekiranya anda sudah berasa bosan dengan perkakas yang sedia ada di rumah dan sedang masih mencari bekas atau balang rempah baharu dengan rekaan yang lebih moden, anda boleh mendapatkan balang rempah Bumbu Series keluaran jenama dari Kayangan Living.
Apa yang menariknya mengenai balang rempah Bumbu Series ini, ia diperbuat daripada kaca borosilikat lutsinar dan didatangkan sekali dengan penutup kedap udara yang diperbuat daripada kayu buluh.
Dengan dua pilihan saiz kapasiti 300ml dan 450ml, sememangnya amat sesuai untuk diisi pelbagai jenis rempah-ratus seperti serbuk kari, biji lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang dan banyak lagi.
Sekiranya anda mahu ia tampak lebih estetik dan menarik, anda juga boleh menampal pelekat label pada balang rempah anda!
Anda boleh mendapatkan balang rempah Bumbu Series ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara mencuci baju yang salah antara punca pakaian cepat rosak. Mesti ramai tak sedar perkara ni. Nak basuh baju, bukan pakai humban je ye. Ada beberapa tertip yang perlu anda lakukan. Berikut 13 kesalahan yang dilakukan ketika mencuci pakaian.
Selaian pengasingan mengikut warna, jenis fabrik juga perlu diperhatikan.
Jika terdapat kotoran degil seperti minyak, cat dan sebagainya, bersihkan sisa otoran tersebut terlebih dahulu sebelum di cuci. Khuatir nanti ia merebak ke pakaian lain
Bahaya guna sabun serbuk ni. Nanti tinggal debu-debu putih melekat pada pakaian. Dah kene cuci semula. Nak selamat, buat air sabun terlebih dahulu. Baru masukkan pakaian.
Ini antara punca zip pada pakaian cepat rosak. Sebaiknya, tutup zip sebelum pakaiana dibasuh. Jika dibiarkan zip terbuka ketika basuh, ia akan menyebabkan giginya rosak
Berbeza pula bagi butang, ia perlu dibuka atau dileraikan daripadanan. Jika tidak, butang mudah tercabut
Penggunaan peluntur yang berlebihan dan secara kerap akan menyebabkan pakaian akan mudah mereput dan fabrik menajdi keras
Ni mesti ramai yang buat kan? campak sahaja semua pakaian dalam mesin basuh. Walaupun anda menggunakan bekas atau beg khas untuk mencuci pakaian dalam ia tetap akan merosakkan bentuk asal. Sebaiknya, ia menggunakan teknik rendaman dan cucian ringan
Kandungan kimia di dalam pelembut pakaian akan menyebabkan tuala mempunyai daya resapan yang kurang.
Untuk penjimatan dan kecekapan tenaga, pastikan cucian yang dilakukan secara maksimum. Namun, tidak terlalu padat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.