“Twinkle, twinkle, little star, how I wonder what you are, up above the world so high, like a diamond in the sky..” Jom hasilkan diy bantal bintang ini, ia amat sesuai dijadikan sebagai dekorasi di dalam bilik si kecil, bilik bacaan atau di hias di ruang tamu. Lebih besar saiz bintang lebih menarik hasilnya.
Anda Perlukan:
Fabrik cotton
Gunting
Pola bentuk bintang
Pen
Jarum menjahit
Jarum peniti
Benang
Loose polyester fiberfill
+Kos/Masa: RM20 / 1 Jam
Ambil fabrik cotton dan lipat dua secara terbalik. Lukiskan pola bentuk bintang di atas fabrik.
2. Pinkan kedua-dua lapis fabrik dengan jarum peniti supaya fabrik tidak bergerak ketika digunting.
3. Gunting mengikut bentuk dengan menganggar jarak sebanyak 1 cm sebagai basi jahitan. Bintang yang telah siap digunting.
IKLAN
4. Garisan yang dilukis tadi akan dijadikan panduan semasa menjahit nanti. Ini akan memudahkan proses menjahit.
5. Jahit sekeliling fabrik dengan jahitan lurus. Jahit mengikut garisan yang dilukis. Tinggalkan jarak sebanyak 10sm tanpa perlu dijahit sebagai ruang untuk diisi dengan loose polyester fiberfill. Nota: Gunting disetiap lekuk basi fabrik dengan bentuk V untuk memastikan bentuk bintang terhasil dengan cantik.
6. Terbalikkan fabrik dan kemaskan. Bentuk bintang akan elok kelihatan.
8. Jahit bahagian yang terbuka dengan jahitan sembat atau jahitan sorok.
IKLAN
9. Bantal bintang sudah pun siap.
TIP IMPIANA
Anda boleh jadikan bantal bintang ini sebagai arca mobil, di mana anda hanya perlu hasilkan lebih banyak bantal bintang ini dengan saiz yang kecil dan gantungkan ia di bilik tidur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tahap: ** (Perlu dilakukan oleh orang dewasa namun kemasan boleh diakhiri oleh kanak-kanak)
Taman bersaiz kecil memerlukan pagaran ringkas yang tidak menyebabkan taman mini menjadi janggal. Bagi mengurangkan kos pembinaan pagaran ini, LAMAN menggunakan sumber sedia ada untuk menggalakkan kitar semula. Kayu yang digunakan untuk membuat projek ini merupakan kayu pada cangkul yang telah rosak. Bahagian besi pada cangkul dibuang dan kayunya dijadikan pagaran. Ikuti DIY ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Bahan-bahan:
Batang kayu pada cangkul yang tidak digunakan lagi
Dawai bersalut plastik
Mesin mnggerudi/grill
Langkah pertama adalah mengukur kayu tersebut dengan beberapa panjang yang berlainan untuk mewujudkan kepelbagaian. Potong menggunakan gergaji kayu. Pastikan permukaan yang dipotong adalah rata.
Seterusnya, buatkan lubang menggunakan grill pada bahagian bawah dan atas dengan jarak dan kedudukan yang sama bagi setiap kayu untuk tujuan memasukkan dawai mengikat kayu-kayu tersebut.
Kemudian, masukkan dawai tadi ke dalam lubang yang telah disediakan tadi. Ikat pada bahagian hujung untuk merapatkan pagaran ini.
Langkah terakhir adalah letakkan pagaran kayu mini ini pada perimeter tanaman ataupun gunakan ia sebagai ornamen taman.
Nota:
Semasa mengendalikan cangkul yang usang, mungkin terdapat bahagian berkarat dan tajam, anda perlu berhati-hati.
Mesin grill memerlukan orang dewasa yang berpengalaman menggunakannnya.
Binaan ini sesuai untuk taman bersaiz kecil kerana sumber kayu yang terhad.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Orang perempuan biasa lah, tak banyak aksesorisnya tak sah. Tudung, brooch, kasut dan beg bagaikan satu koleksi dan hobi. Tapi, pening juga nak simpan dan pilih tudung yang banyak ni Kalau ditimbun memang lah susan nak di cari. Cuba ikut idea kreatif Erna Chan. Beli barang dari kedai bajet, dah boleh hasilkan satu penggantung khas untuk susun koleksi tudung miliknya.
Bukan sahaja lebih kemas dan mudah untuk di cari, malah boleh jimat ruang tau.
Cara-cara:
Ikat penyepit baju pada penyangkut dengan menggunakan cable tight dan potong lebihan ikatan. Tak sampai 5 minit dah siap. Mudah dan jimat kan?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Risau tikar getah asyik menggelembung dan koyak. Apa kata kita tukar guna cat epoxy. Ramai kata, cat epoxy ni perlu upah kontraktor untuk dapatkan hasil yang kemas. Sebab jenis cat ni bukan boleh pakai sapu je. Perlu tertib dan tak boleh salah langkah.
Sebenarnya, kalau ikut arahan yang tertera pada bekas produk tak jadi masalah. Tapi, kadang-kadang dah baca pun masih tak faham. Betul tak? Tak apa, jom kita tengok video yang disediakan oleh Ijoy Rudies. Lepas tengok video ni rasanya semua orang boleh buat sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.