BILA DUA CINTA MENJADI SATU….

Peach adalah warna yang cukup popular dan digemari ramai. Namun tidak ramai yang sedar bahawa peach adalah warna yang agak payah untuk disuai padan dengan rona lain. Malah peach sendiri hasil kombinasi jingga dan merah jambu. Jadi  dua rona yang cukup berpengaruh ini adakala membuat kita keliru. Adakah ia sesuai dipadankan dengan rona perak atau emas? Begitu juga dengan rona yang lain, adakah ia sesuai di padankan dengan rona lembut atau terang?

BILA DUA CINTA MENJADI SATU….

IKLAN

Peach dilihat antara rona romantis yang unik. Tidak terlalu feminin malah elegan dan matang. Selalunya pereka akan mengenakan rona selamat seperti putih gading atau putih asli sebagai padanan untuk hiasan. Jika biasannya agak gelap sedikit, disamakan dengan  perabot kayu seperti ala Sepanyol, Bali dan perabot jati. Ia dilihat mampu memberi keseimbangan pada ruang agar tidak gelap dan membosankan. Malah ruang nampak lebih warm dengan kemasan yang sesuai seperti terracota dan kemasan mewah seperti papan jalur.

BILA DUA CINTA MENJADI SATU….

IKLAN

Tidak salah jika anda mahu memilih gaya romantis dengan memilih rona peach yang lebih lembut. Rona pastel selalunya dapat digandingkan dengan baik dan cantik jika kita bijak memilih apa yang sesuai dengan ruang mahu pun konsep yang mahu kita serlahkan. Jika mahu tampil harmoni, anda boleh memilih jingga pastel dan merah samar sebagai satu gandingan yang indah. Jika mahukan sentuhan kontra yang indah mungkin hijau samar dan unggu pudar dilihat lebih menyerlah. Malah yang menariknya rona ini cukup sesuai untuk kamar kanak-kanak, kamar pengantin dan kamar untuk warga emas. Apa yang anda perlu lakukan, pilih biasan yang sesuai.

BILA DUA CINTA MENJADI SATU….

IKLAN

SIMPLE-SIMPLE JE DI IMPIANA.

BILA DUA CINTA MENJADI SATU….

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI