7 coffee table Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak “Wow”. Sebuah meja kopi merupakan fokus utama yang dapat membentuk ataupun memecahkan rekaan konsep sesebuah ruang. Pada awalnya,coffee table ini hanya dilihat sebagai tempat meletak kopi dan hidangan ringan apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah tapi kini tidak lagi. Meja kopi moden boleh dijadikan ruang simpanan tambahan, ruang kerja pop-up, malah menjadi tempat untuk menyimpan buku atau majalah kegemaran anda. Dari pelbagai fungsi mahupun hanya untuk bergaya, mari kita sama sama lihat koleksi meja kopi moden yang IMPIANA kumpulkan khas untuk para pembaca.
Sekali pandang, nampak macam kerusi tapi jangan terpedaya kerana ini adalah sebuah meja kopi ottoman yang mana bahagian kayu itu boleh dilaras ke kiri dan kanan. Sesuai buat mereka yang sukakan gaya kontemporari unik.
Ads
Hanya dengan satu pergerakan, meja kopi yang diperbuat daripada kayu dan besi ini boleh bertukar menjadi meja kerja bagi memudahkan pemilik menyelesaikan tugasan pejabat dirumah dengan selesa. Meja dwi fungsi sebegini kini sudah banyak terdapat di pasaran.
Set meja kopi berpermukaan ala marble dengan reka bentuk yang sama tetapi berbeza saiz dipadankan dengan karpet ‘black and white’ kelihatan begitu sempurna dan menawan.
Ads
Meja kopi bulat yang diperrbuat daripada kayu ‘solid’ ini juga mempunyai bahagian khusus untuk kita letakkan buku atau majalah. Nampak sempurna hasil gabungan earth tone dengan padanan warna krim dengan coklat.
Dengan rekabentuk organik dan minimalis, meja kopi walnut ini bukan saja menyediakan permukaan yang luas malah mempunyai tempat susun majalah yang lain dari yang lain. Rekabentuk sleek menambah seri ruang.
Ads
Coffee Table ini menyediakan ruang khas untuk menyusun majalah, buku atau surat khabar dibawah permukaan kacanya. Kelebihan kaca ialah ia mampu membuatkan sesuatu rekaan nampak lebih elegant dan menarik.
Tidak tahu dimana ingin menyimpan barangan anda? Usah risau kerana meja kopi ini mempunyai empat ruangan menyimpan apabila dibuka. Rekabentuk menarik dengan ciri penjimatan ruang.
Elak Si Manja Dijangkiti Bakteria Kerana Permaidani. Permaidani atau karpet merupakan elemen pelengkap dekorasi sesebuah kediaman. Bukan sekadar ia melindungi dan memberi keselesaan tapak kaki anda ketika memijak lantai, ia juga menjadi tempat berkumpul, bersantai buat seisi keluarga. Namun sedarkah anda, permaidani mudah dicemar dan sentiasa tercemar walaupun zahirnya nampak bersih?
Permaidani menjadi habitat terbaik pembiakkan kuman, bakteria, tungau dan paling gerun adalah hama. Paling risau, jika anda mempunyai anak bayi yang sedang merangkak. Sistem pernafasannya mudah tercemar jika terhidu habuk dari karpet. Jadi, untuk memastikan permaidani atau karpet anda sentiasa kemas, ini yang perlu anda lakukan.
1.Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan percikkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6. Jika bau lebih teruk disebabkan sisa makanan atau cecair, larutkan 20 bahagian cuka di dalam 80 bahagian air. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
7. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
8. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Pasti permaidani atau karpet anda pernah menjadi mangsa terkena kesan gula getah. Apa yang selalu anda lakukan? ada yang guna minyak lah, cuci dengan sabun dan sebagainya. Namun untuk penyelesaian yang lebih mudah dan cepat untuk tanggalkan gula getah yang melekat pada permaidani adalah dengan menggunakan ketulan ais. Nak tahu macam mana [klik sini]
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berkebun secara organik kian popular di Malaysia. Tapi ramai tak tahu cara mudah mengawal serangga perosak di kebun atau taman adalah dengan mebggunakan sabun. Terdapat banyak produk Pencegah Serangga Perosak Dari Sabun. Namun ia amat mudah untuk dihasilkan sendiri. Semburan pencegah serangga perosak dari sabun ini tidak memberi kesan kepad tanaman kerana ia tidak menyerap atau kekal lama di permukaan pokok . Ini bermakna, ia selamat dan tidak akan merubah rasa dan tekstur tanaman sama sekali
Tiada kajian terperinci terhadap keberkesanan sabun ini kepada serangga perosak. Namun, semburan sabun ini efektif untuk mencegah serangga perosak seperti aphids, mealybugs, psyllids dan lain-lain lagi. Apabila semburan cecair sabun terkena pada badan serangga, ia akan merosakkan permukan perlindungan yang menutupi keseluruhan badan perosak ini. Akhirnya ia menyebabkan badan serangga yang terkena semburan sabun tadi cepat mengering dan akhirnya mat!
Terdapat banyak resepi pencegah serangga berasaskan sabun. Namun, 2 resepi ini paling mujarab dan banyak digunakan:
Resepi 1:
2 sudu besar syampu
1 sudu besar minyak masak
1 gallon air bersih
Resepi 2:
2.5 sudu besar sabun pencuci pinggan
2.5 sudu besar minyak sayuran (boleh gantikan dengan minyak sawit atau kelapa)
1 gallon air
1. Lakukan semburan pada keseluruhan tanaman. Pastikan bahagian bawah daun dan batang yang terlindung
2. Lakukan semburan setiap 4-7 hari sekali
3. Pastikan iklim tidak panas terik ketika semburan dilakukan atau lebih tepat bawah 90 darjah
4. Selepas beberapa jam, segera siram tanaman untuk membersihkan sabun yang melekat. Ia dapat meamstikan sabun yang disembur dapat bertindak sempurna pada serangga perosak namun tidak sempat merosakkan tanaman
5. Campurna ini tidak sesuai pada tanaman yang mempunyai daun berbulu seperti terung kerana sabun tadi akan merosakan tanaman
Ruang laundry separa terbuka ini cukup menarik untuk mana-mana rumah. Dengan binaan ruang membasuh separa terbuka ini, banyak memberi keistimewaan pada pemilik. Memudahan kerja-kerja membasuh, ruang membasuh juga nampak lebih kemas dan teratur. Tidaklah semak di dalam rumah. Mesin basuh juga perlu dijaga. Jika anda letak di ruang yang terbuka ini akan membuatkan mesin basuh anda cepat rosak.
Harga mesin basuh bukanlah RM100, RM200. Jadi hargailah mesin basuh anda. IMPIANA nak kongsikan gambar yang di kongsikan oleh Siti Amimah di dalam Facebook Kaki Deko Bajet tentang ruang laundry separa terbuka ini, yang boleh dijadikan inspirasi bersama. Rancang susun atur dalam ruang rumah anda jika ingi kan rumah yang terbaik. Keselesaan amatlah penting untuk anda jika anda inginkan sebuah kediaman yang sempurna.
Kerja harian tidak perlu membosankan seperti pada masa lepas dengan adanya ruang sempurna seperti bilik laundry atau bilik dobi ini. Rak tempat meletak bekas sabun, pelembut pakaian dan pewangi pakaian semuanya lengkap membuatkan anda akan berasa selesa tatkala berada di ruang ini.
Ruang yang dibina separa terbuka ini akan memberi pengudaraan yang lebih baik dan sempurna untuk anda bila melakukan kerja-kerja mencuci pakaian di sini.
Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju. Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan.
Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik?
Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian. Selain itu, point lain yang perlu kita ambil kisah ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!