
Seorang wanita warga emas cedera selepas berlaku letupan kecil di bahagian dapur sebuah rumah di Lebuhraya Muhibbah, Taman Alma pada petang Sabtu. Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada letupan gas memasak akibat kebocoran hos.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.52 petang itu, letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran hos tong gas memasak (LPG) di rumah berkenaan.
Menurut beliau, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di lokasi pada jam 5.11 petang, pasukan bomba mendapati berlaku letupan kecil di bahagian dapur yang menyebabkan sebahagian kecil struktur perabot dapur mengalami kerosakan.
“Terdapat seorang mangsa perempuan berusia lingkungan 70-an mengalami kecederaan melecur tahap satu dan telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, operasi berjaya dikawal pada jam 5.17 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 5.35 petang. Lokasi kejadian kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran untuk tindakan lanjut.
“Seramai lima anggota termasuk seorang penyelia terlibat dalam operasi tersebut dengan bantuan pihak polis,” ujarnya.
Kejadian seperti letupan gas memasak ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa memeriksa keadaan saluran hos gas dan kepala silinder bagi mengelakkan kebocoran. Disarankan supaya menggunakan hos getah berkualiti serta memastikan dapur mempunyai pengudaraan yang baik bagi mengelakkan pengumpulan gas mudah terbakar.
Orang ramai juga digalakkan untuk menutup injap gas selepas memasak dan segera hubungi pihak bomba jika mengesan bau gas yang kuat di rumah.
Seorang wanita warga emas cedera selepas berlaku letupan kecil di bahagian dapur sebuah rumah di Lebuhraya Muhibbah, Taman Alma pada petang Sabtu. Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada letupan gas memasak akibat kebocoran hos.
Bagi mengurangkan risiko letupan gas memasak, berikut beberapa langkah keselamatan penting yang disarankan oleh pihak bomba:
Langkah-langkah ini bukan sahaja dapat mencegah kebocoran, tetapi juga membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada risiko letupan gas memasak.
Sumber: Sinar Harian
Artikel lain: Dapur Kaca: Jenis, Cara Guna Selamat Tip Cuci Supaya Tak Pecah Atau Meletup!
Dapur Kaca Meletup, Elak Lakukan Perkara Ini Untuk Keselamatan Diri
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.