(VIDEO) DIY Bekas Tanaman Bertingkat Dari Botol Terpakai

Share

Berkebun kini bukan sekadar perlu tahu teknik untuk tanam, buat baja dan pelbagai lagi. Untuk jadikan kebun anda lebih menarik dan unik, anda perlu lebih kreatif.

Kreatif dari segala aspek termasuklah cara penyusunan, material yang digunakan dan kini menjadi tranding apabila bahan terbuang digunakan untuk berkebun.

Seperti yang dilakukan oleh akak ni dari Indonesia. Kebanyakkan bekas, rak atau wadah untuk berkebun di ambil dari persekitarannya sahaja. Tak perlu nak beli pasu mahal. Seperti video DIY yang ditunjukkan, kakak ini menggunakan botol susu untuk menjadi bekas tanaman bertingkat. MENARIK…

Nak tahu cara-cara atau perincian untuk membina bekas tanaman bertingkat dari botol susu ini? boleh tengok video yang disertakan.

1. Botol susu terpakai yang telah dikumpulkan dicuci bersih termasuk membuang label yang melekat pada botol. 

2. Gunakan soldering untuk membuat lubang sebagai tempat mengikat dawai.

3. Cantumkan botol-botol yang telah dibuat lubang dengan mengunakan dawai dan diikat ketat untuk membentuk gelung. 

4. Sedaiakan 3 gelung botol dengan saiz yang berbeza setiap satu. 

5. Masukan medium tanaman kedalam setiap botol yang telah diikat tadi. 

6. Letakkan medium tanaman di dalam gelung botol pertama dan tekan kan sedikit supaya padat 

7. Lakukan perkara yang sama untuk tingkat ke-2 dan ke-3 

8. Tanam atau semai biji benih di permukaan emdium untuk setiap tingkat 


IKLAN