(VIDEO) Remaja Ini Tunjuk Cara Buat Bekas Hidroponik Dari Pasu Daiso RM 5.00

Share

Sistem tanaman Hidroponik adalah pilihan terbaik bagi mereka yang tidak ada masa yang banyak, tapi nak berkebun. Ini disebabkan oleh dengan penggunaan sistem ini, tugas menyiram dan membaja dianggap selesai sebab air yang ditakungkan di bahagian bawah berfungsi sebagai medium tumbesaran. Hanya sekali sekala sahaja anda perlu top-up 

air atau baja AB bila berkurangan.

Tapi untuk dapatkan set hidroponik ni, harga dia boleh tahan juga harganya. Kalau bertuah, boleh lah dapat RM 25 satu bekas dan ada juga yang menjualnya sampai RM 70. Tapi, remaja ini bijak. dia boleh olah sendiri pasu daiso RM 5.30 menjadi sebuah bekas hidroponik yang lebih menarik.

Bahan yang diperlukan 

1 biji pasu dari Daiso
1 keping Styrofoam
10 cawan hidroponik atau boleh gunakan cawan minuman

Peralatan untuk membina hidroponik 

Pembaris
Pisau pemotong
dawai yang telah dibulatkan untuk menebuk lubang

Cara-cara: 

1. Ukur mulut pasu untuk menentukan saiz  Styrofoam yang diperlukan sebagai penutup dan pemegang cawan hidroponik

2. Buat ukuran pada  Styrofoam saiz yang telah di tentukan tadi dan potong.

3. Tentukan kedudukan cawan hidroponik dan pastikan ia bersesuaian dengan besi pemanas yang akan digunakan untuk tujuan menebuk lubang.

4. Panaskan besi penebuk dan tebuk terus lubang sebagai pemegang pasu mengikut lakaran saiz yang telah disediakan

5. Potong bucu  Styrofoamuntuk mudah muat pada mulut pasu.

6. Letakkan  Styrofoam pada mulut pasu dan susun cawan hidroponik. Sedia untuk digunakan

Sumber: Anggi nosaffri

IKLAN