Transformasi Apartmen Ini Pasti Buat Anda Kagum. Macam Hotel!

Share

Sebuah kediaman yang telah ditatarias dengan baik, menarik dan selesa sudah tentunya menjadi idaman bagi setiap orang. Tetapi tidak semua berpeluang mengecapi nikmat ini. Kadangkala, apa yang digambarkan kita mungkin tidak sesuai dengan keadaan sebenar di runag. Jadi adalah amat penting untuk anda tidak tergesa-gesa dalam membuat pemilihan.

Jika anda mempunyai bajet dan tidak kisah berbelanja demi kediaman impian, kerjasama dengan golongan profesional seperti pereka hiasan dalaman bertauliah adalah sangat membantu. Dengan ini, anda dapat lihat kediaman dari mata orang luar yang berpengalaman.

Seperti pemilik apartmen 1200 kaki persegi ini yang telah mendapatkan khidmat interior designer Muhammad Arif untuk mengubahsuai kediamannya di Subang Perdana. Dengan berkonsepkan moden geometri yang berinspirasikan tema morocco, kos keseluruhan renovasi rumah ini hanya menelan belanja sebanyak RM70k sahaja.

Jom lihat keadaan rumah sebelum dan selepas ubahsuai :

SEBELUM

SELEPAS

IKLAN