Pokok Cili antara tanaman yang ‘cerewet’ untuk dijaga dan mudah terdedah dengan serangan serangga perosak. Sukar untuk pokok cili terus bertahan hidup dan mengeluarkan buah jika tidak mengikut cara penjagaan yang betul.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Ila Garden ini supaya pokok cili kekal subur, hidup subur dan kekal berbuah.
Tanam dalam pasu? Nak Pokok Cili Tahan Lama & Terus Berbuah:
40% tanah hitam organik
30% sabut kelapa (cocopeat) – mengekalkan kelembapan & ringan
20% kompos/baja organik matang – sumber nutrien utama
10% pasir sungai / perlite / sekam bakar – untuk saliran air yang baik
Campur semuanya rata sebelum dimasukkan ke dalam pasu.
Pokok cili boleh hidup agak lama dalam pasu, bergantung kepada penjagaan, jenis cili, dan persekitaran:
✅ Petik buah selalu – Jangan biar buah tua terlalu lama di pokok.
✂️ Pangkas ranting tua – Supaya pokok tumbuh tunas baru.
🌱 Tambah tanah/baja baru setiap bulan – Medium dalam pasu cepat miskin nutrien.
🪴 Tukar pasu bila akar terlalu padat
Cili jenis biasa (cili padi, cili besar, cili kampung):
🤔Apa akan berlaku?
📝Tip Bonus 📝
Pokok cili jenis kampung dan cili padi sangat sesuai untuk teknik ini, sebab tahan lasak.
Jangan terlalu potong semua sekali, biar pokok masih ada “tenaga” sikit nak pulih.
📌 Tip Tambahan:
✅ Tambahan berguna untuk kesuburan jangka panjang:
1.Kulit telur hancur
Guna 1 hingga 2 biji kulit telur setiap 2 minggu
Hancurkan sampai halus → tabur di atas tanah atau campur ke dalam media
Sumber kalsium yang bagus – bantu elakkan buah cili busuk hujung (blossom end rot)
⚠️Jemur kulit telur dulu supaya kering sepenuhnya & bebas bau.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi bagi yang ada tanam pokok cili di rumah, ikut tip yang dikongsikan ini supaya dapat tahan lama dan terus berbuah.
Mesti Baca: Rahsia POKOK CILI Berbunga & Berbuah Lebat, Letak Baja Air Rendaman KULIT PISANG
Baca Lagi Di Sini: Tip Jaga Pokok CILI BARA Menjadi, Cara Mudah Bagi Yang Baru Mula Belajar Tanam
Artikel Menarik: CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!
Sumber: Ila Garden
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.