Tikus Masuk Rumah? Ini Cara Elak & Halau Tikus Tanpa Perlu Guna Racun Bahaya!

Share

Tikus dalam rumah bukan sekadar menjijikkan, tapi juga membawa pelbagai risiko kesihatan dan kerosakan harta benda. Dari najis yang mengundang penyakit, hinggalah gigi tajamnya yang boleh merosakkan kabel, perabot atau makanan, kehadirannya memang tak dialu-alukan langsung.

Lebih membimbangkan, jika dibiarkan, tikus boleh membiak dengan sangat cepat dan menukar rumah anda jadi ‘sarang’ tanpa anda sedar. Jadi, penting untuk bertindak awal sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Berikut adalah langkah bijak untuk mengelakkan tikus masuk ke rumah dan cara menghalaunya dengan selamat:

  1. Tutup Semua Lubang & Ruang Masuk

Periksa celah pintu, tingkap, lubang paip, rekahan dinding dan sebarang bukaan kecil. Tikus boleh masuk walaupun melalui ruang sebesar syiling 50 sen.

✔️ Gunakan jaring besi, simen, atau silikon penutup lubang kecil.

✔️ Pasang penapis longkang dan pelapik pintu bawah (door seal).

  1. Jaga Kebersihan Rumah

Tikus tertarik pada makanan dan tempat gelap yang lembap.

✔️ Jangan biarkan sisa makanan terdedah.

✔️ Simpan makanan dalam bekas kedap udara.

✔️ Bersihkan dapur dan tempat makan setiap hari.

✔️ Jangan biarkan tong sampah terbuka semalaman.

  1. Guna Bahan Dapur Untuk Halau Tikus

✔️ Cuka & Lada Hitam – Campur dan sembur di kawasan tikus selalu lalu. Bau pedas dan masam kuat sangat tidak disukai tikus.

✔️ Daun Pudina / Minyak Peppermint – Tikus tak tahan bau menyengat ni. Titiskan minyak peppermint pada kapas dan letakkan di penjuru rumah.

✔️ Serbuk Kopi – Tabur serbuk kopi di tempat tikus masuk, ia boleh mengganggu deria bau tikus.

✔️ Kulit Limau Purut/Kering – Tikus kurang gemar bau sitrus yang tajam.

  1. Guna Perangkap Tikus (Tanpa Racun)

✔️ Gunakan perangkap live-trap atau glue trap. Letak umpan seperti mentega kacang, pisang, atau biskut.

✔️ Elakkan perangkap racun kerana ia boleh menyebabkan tikus mati di tempat tersembunyi dan mengeluarkan bau busuk.

  1. Kurangkan Kawasan Sarang Tikus

✔️ Buang timbunan kotak, surat khabar lama dan pakaian tak terpakai.

✔️ Potong pokok rimbun yang bersentuhan dengan rumah.

✔️ Elak kawasan stor terlalu bersepah dan gelap.

Kesimpulannya, untuk halau tikus tak semestinya guna racun. Dengan kaedah semula jadi dan kawalan kebersihan yang konsisten, anda boleh cegah rumah daripada jadi ‘hotel’ untuk tetamu yang tak diundang ini.

Jangan tunggu sampai ada bunyi “ciap-ciap” waktu malam atau jumpa najis kecil atas meja dapur baru nak bertindak!

Mulakan langkah pencegahan hari ini, demi keselesaan dan keselamatan rumah anda.

Mesti Baca: Singapura WAJIBKAN Lesen & Tanam Mikrocip Bela Kucing Di Kediaman

Baca Lagi Di Sini: Atasi Bau Kucing Di Rumah Guna Bahan Dapur Ini, Berkesan & Mudah

Artikel Menarik: Cara Mudah ‘Tangkap’ Kutu Kucing, Guna Dua Bahan Je

Follow kami di  WEBSITE,  TELEGRAM,  INSTAGRAM,  TIKTOK,  FACEBOOK  dan YOUTUBE   untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

>

Published by
Putri