
Kali pertama IMPIANA datang ke rumah Puan Siti Nordiana Samsam atau lebih mesra dipanggil ‘Kak Di’ yang terletak di Semenyih hanyalah untuk ‘house tour’ interior rumah miliknya. Namun siapa sangka, kami ‘jatuh cinta’ pandang pertama dengan landskap laman rumah pemilik kediaman yang cantik dan subur menghijau, sekaligus boleh dijadikan inspirasi buat pencinta Contemporary Courtyard yang lain.
Kak Di sangat meminati kehijauan pokok-pokok dan tanaman. Tak hairanlah pelbagai jenis tanaman dan pokok-pokok banyak yang ditanam sendiri dan dijadikan hiasan landskap dalam menyerikan laman rumah.
Antara pokok-pokok yang ada di laman ini seperti Heliconia, Monstera, Ros Jepun, Red Button Ginger, Pokok Pakis, Fiddle Figs, Calathea Lutea dan banyak lagi. Disamping tanaman dapur ‘edible garden’ seperti Pokok Ketumbar Jawa, Pokok Limau Kasturi, Cili Padi, Pokok Kari dan sebagainya.
“Kak Di memang suka pokok-pokok ni. Sebab itulah Kak Di request dengan ID untuk letak pokok-pokok yang Kak Di suka. Semasa dekor untuk interior rumah, buat sekali untuk hiasan landskap di laman,”
jelas Kak Di membuka bicara.Bukan itu sahaja, ‘kecintaan’ Kak Di pada tanaman dan pokok-pokok ini juga sepenuh hati. Malah turut mempunyai pembantu rumah khas yang bertanggungjawab hanya menjaga bahagian landskap laman rumahnya sahaja supaya kekal terjaga rapi, subur, sihat dan menghijau.
Setiap pemilik laman pastinya mempunyai keutamaan yang tersendiri sewaktu membina landskap impian. Berkongsi keutamaan ketika membina taman landskap di rumahnya yang mengambil masa hanya dua minggu untuk disiapkan, Kak Di mengutamakan ketenangan dengan pilihan pokok-pokok yang bersesuaian serta binaan kolam ikan di laman rumah.
“Bagi Kak Di, keutamaan ketika membina landskap rumah perlu nampak lebih tenang, tidak serabut dengan rimbunan pokok yang terlalu banyak dan paling penting kena ada ‘fish pond’ iaitu kolam ikan, untuk memberi elemen tenang apabila dengar bunyi air,” ujarnya.
Ternyata deruan air di kolam ikan sebagai ‘water feature’ dan hayunan buaian gantung kayu pula dapat memberi ketenangan diri dan terapi jiwa sewaktu berada di laman ini. Ia benar-benar menyerlahkan aura Contemporary Courtyard
yang moden dan santai. Membuatkan Kak Di meluangkan masa di laman ini ketika awal pagi mahupun sejurus pulang dari kerja.Bahagian patio juga diletakkan kerusi laman yang selesa sebagai tempat lepak kegemaran seisi keluarga disamping pemilihan ‘glass roof’ sebagai pencahayaan semulajadi di laman dan lengkapi dengan ‘smart curtain’ sebagai pelindung dari panas dan tempias hujan.
“Bahagian ‘roof’ Kak Di pilih ‘glass roof’ sebab nak ‘natural lighting’. Jadi bila duduk tu feel dekat bawah cahaya matahari. Namun bila panas sangat atau hujan, Kak Di ada pasang ‘smart curtain’ ini sebagai pelindung yang boleh ditutup sampai ke lantai,”
“Ruang ini juga merupakan tempat favorite Kak Di untuk lepak-lepak dan minum petang,” jelasnya lagi.
Berkongsi impian dan perancangan masa hadapan terhadap laman kesayangan, Kak Di berharap dapat menambah ‘barbeque area’ di kawasan rumahnya.
“Kak Di rasa nak tambah area barbeque, sebab kadang-kadang bila family datang tiada tempat, jadi Kak Di rasa itulah next planning nanti,” jelasnya.
IMPIANA doakan semoga segala impian dan perancangan terlaksana nanti. Semoga laman rumah ini dapat menjadi inspirasi buat pemilik kediaman lain juga yang ingin membina suasana Contemporary Courtyard
yang menenangkan dan penuh terapi.INFO LAMAN:
Nama Pemilik: Siti Nordiana Samsam
Pereka Landskap: ADS Interior Design
Konsep Landskap: Contemporary Courtyard
Jenis Kediaman: Semi D Teres (End Lot)
Usia Landskap: Mac 2024
Keluasan Taman Landskap: 143 Kps
Spesifikasi Ruang Landskap: Kolam Ikan, meja taman, edible garden, buaian gantung
Mesti Baca: LAMAN Indah Konsep Tropical Garden Retreat, Jadi ‘Spot Healing’ Suami Isteri!
Baca Lagi Di Sini: 3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Artikel Menarik: Landskap Halaman Rumah Yang Tenang, Barulah Seronok Lepak Minum Kopi
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.