Tengok “IKEA Hack” Meja Kanak Biasa-Biasa Menjadi Sesuatu Serbaguna dan Mahal

Share

Rimasnya tengok permaianan anak yang kecil-kecil bersepah. Nah, Impiana nak kongsikan idea yang dikongsikan oleh seorang ibu cantik Puan  Ira Syafira   . Meja Latt IKEA yang dibeli untuk kegunaan si cilik diubah seperti meja Flisat IKEA lengkap dengan ruang penyimpnan di bahagian bawah meja. Kalau nak beli sebiji Meja Flisat ni, harganya mau RM 260++ apa kata kita buat je sindiri. Nampak macam mudah je langkah-langkah yang dilakukan oleh puan Ira. Bila dah siap, simpan permainan-permainan kecil seperti lego di dalam bekas tu. Bila tak nak pakai, boleh tutup dan jadikan meja menulis

Ira nak share macam mana hack meja LATT IKEA menjadi Flisat. Sebenarnya, dah lama aim tapi memandangkan harga pun boleh tahan untuk sebiji meja, sebab tu ambil keputusan hack. Lagi pun set meja ni dah lama.

Bahan-bahan:

Sebiji Meja Latt IKEA
2 biji Trofast storage bos (42x30x10cm)
Dril
Kertas pasir
Gergji
Pensel
pita pengukur

Cara-cara:

  1. Sediakan 3 batang kayu berukuran seperti berikut:– Kayu paling kiri: 43.5 cm panjang, 1.5 cm tebal dan 2 cm lebar– Kayu tengah: 44.5 cm panjang, 1 inci tebal dan 2 inci lebar (Kalau beli di kedai hardware,
    orang kata kayu 1:2)

    – Kayu paling kanan: 43.5 cm panjang, 1.5 cm tebal dan 2 cm lebar. Sama macam kayu kiri.

    Jarak antara kayu tengah dengan kedua2 bahagian adalah 30 cm setiap satu.

 

  1. Utk kayu paling kiri, sebelum drill dan lekatkan pada meja, ukurkan kedalaman sebanyak 2 cm mengikut dalam gambar.

 

  1. Bagi kayu paling kiri dan kayu kanan. Tebuk dan pasangkn skru mengikut gambar. Kalau nak pakai tukul pun boleh seba kayu meja Latt ni lembut cuma ukurla dulu paku tu takut terlebih Panjang nanti terjojol

 

  1. Untuk lekatkan kayu tambahan di bahagian tengah, boleh gunkan kaedah kayu sumbat ni. Buat lubang terlebih dahulu, baru sumbat pada bingkai meja dan kayu tambahan

 

  1. Dah siap bahagian simpanan, boleh buat penutup meja. Gunakan sekeping card board, lepas tu potong dua dan jadikan penutup atas bahagian atas kotak simpanan

IKLAN