Tempat Simpan Baju Dan Keperluan Sekolah Anak Dari Rak RM 9.99

Share

Ha… Lagi seminggu je dah nak naik sekolah. Dah siap belum beli semua keperluan anak untuk ke sekolah? Ada yang dah beli lepas tu jadi pening nak letak kat mana kan. Nak beli almari duit dah surut sangat sebab dah beli kelengkapan sekolah, nak simpan untuk beli buku pulak naik nanti.

Apa kata kita buat sendiri je ikut kaedah yang telah dikongsikan oleh puan Naqibah Nukman Abdullah ni. Hanya guna rak beli kat tesco, giant atau mydin dan yang paling penting tak perlu perkakas dan kemahiran tinggi.

Beli waktu ada offer ya.Kadang-kadang boleh dapat 9.99 untuk 1 rak .Masa kami beli ada pelbagai warna. Oleh sebab nak perabot semua putih.Maka suami mengecat semula bagi warna putih. Kami tak paku pun rak ke dinding.Jadi rak boleh diubah tempat jika perlu. Setakat ni dah 2 tahun rak itu dibina. Masih kukuh seperti asal sebab ia agak berat.Cuma untuk anak-anak yang lasak. Mungkin boleh lekatkan rak pada dinding rumah.

1. Rak dicat semula berwarna putih

2. Pemasangan rak

3. Rak melintang lebih besar daripada rak di tepi-tepi sebab kami hendak letak beg anak-anak.

4. Besi penghubung beli di hardware. Untuk menggantung baju sekolah anak-anak.

5. Besi penghubung antara 2 rak yang di tepi-tepi.(rak kiri n kanan).Beli di hardware.

6. Besi untuk menampung rak melintang. Letak di bawah rak melintang. Beli di hardware.

7. Tadddaaaa…hasilnya..

 

IKLAN