Laman

Ini Teknik Pasti Menjadi Untuk Hasilkan Pokok Kemboja Pelbagai Warna

Share

Kita biasa dengar pokok bunga kertas di kahwinkan untuk menghasilkan pelbagai rona bunga dalam satu pokok. Tapi, jarang sekali kita dengar pokok kemboja atau frangipani melakukan proses yang sama kan. Silap-silap ada yang langsung tak pernah dengar. cantuman atau grafting bagi pokok kemboja banyak dilakukan di negara-negara sub-tropika. Selain menghasilkan bunga yang berwarna warni di dalam satu pokok, ia berupaya mempercepatkan penghasilan bunga. Sebab itu, ada yang kita nampak pokok yang masih muda menghasilkan bunga yang awal.

Terdapat pelbagai teknik sebenarnya untuk cantuman kemboja. Namun, bagi Brendon teknik wedges cut graft 

yang dicadangkan lebih mudah dan 90% berjaya. Nak tahu macam mana? jom kita belajar dari perkongsian Brandon’s di akaun Youtubenya Brandon’s Plumerias.

Bahan dan peralatan

Pokok penanti
Sebatang pokok cantuman yang bersesuaian
Papan untuk memudahkan potongan
Pisau pemotong betul-betul tajam dan bersih
Tisu
Cable tight
Rubbing alcohol
Medical tape
Duct tape


Cara-cara:

1. Pilih batang yang akan dijadikan cantuman. Pastikan ia bebas dari penyakit, sihat dan mempunyai saiz yang hampir sama dengan batang penanti

2. Lap pada batang penanti dan dahan cantuman dengan rubbing alcohol untuk memastikan ia bebas dari sebarang bakteria dan penyakit dengan menggunakan tisu

3. Suai padan batang cantuman dengan penanti untuk mendapatkan ukuran yang bertepatan untuk cantuman

4. Gunakan blok kayu untuk memudahkan anda memotong batang penanti yang akan dilakukan cantuman. Pastikan potongan yang dilakukan tegak.

5. Sediakan pula tempat cantuman dibatang penanti dengan membuang separuh dari bahagian cantuman seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Panjang batang yang perlu dibuang adalah 2.5-3 inci dari potongan asal


Tip: Melalui potongan ini, cantuman bukan sekadar bersentuh di bahagian sisi, malah di dasar batang. Secara tidak langsung ia menjadikan cantuman lebih stabil dan cepat bercantum 


6. Lakukan keratan yang sama pada batang cantuman

7. Gunakan cable tight untuk mengukuhkan kedudukan cantuman buat sementara waktu dan balutkan dengan medical tape pada sekitar kawasan cantuman.

8. Buang ikatan cable tight semantara tadi dan sambung dengan melekatkan medical tape  pada bahagian cantuman yang lain.

9. Balutkan keseluruhan bahagian cantuman yang telah ditutupi oleh medical tape dengan duct tape bagi mengelak hidrasi dan basah. Kemudian diikat semula dengan cable tight untuk mengukuhkan cantuman. Akhir sekali, tutup cantuman dengan plastik untuk mengekalkan kelembapan.

10. Setelah 10 hari, plastik yang membalut cantuman, cable tight dan duct tape perlu di buka untuk memberi ruang bahagian cantuman bernafas. Kebiasaannya, jika duct tape dan cable tight di biarkan terus, ia akan merosakkan bahagian cantuman dan akan mengakibatkan kegagalan.

 

IKLAN