
Bila usia makin meningkat, keperluan harian yang dulunya mudah kini boleh jadi cabaran besar. Salah satu ruang paling penting dalam rumah, tapi sering diabaikan dari segi keselamatan dan keselesaan, adalah tandas. Bagi warga emas, tandas yang tidak mesra pengguna boleh membawa risiko serius terutama jatuh, tergelincir atau kesukaran bergerak.
Ramai yang tidak sedar bahawa perubahan kecil pada tandas boleh memberi impak besar terhadap kualiti hidup warga emas. Ia bukan sahaja soal keselesaan, tetapi juga keselamatan dan maruah mereka. Warga emas yang masih mahu berdikari tidak mahu bergantung pada orang lain untuk ke tandas. Jika ruang ini direka dengan betul, mereka boleh menggunakannya tanpa bantuan.
Dipasang di sebelah tandas, dinding bilik mandi dan kawasan mandi, pemegang ini sangat penting untuk memberi sokongan semasa duduk atau bangun.
Gunakan jubin atau lapisan lantai yang tidak licin walaupun basah. Ia kurangkan risiko tergelincir antara punca utama kecederaan di rumah.
Tandas duduk dengan ketinggian sesuai dan stabil memudahkan proses duduk dan bangun, tanpa memberi tekanan pada sendi.
Pastikan tandas cukup terang, terutama waktu malam. Boleh pasang sensor lampu automatik untuk elak kejatuhan dalam gelap.
Bagi warga emas yang menggunakan alat sokongan bergerak, ruang tandas perlulah cukup luas dan tidak sempit.
Untuk keselamatan, pastikan pintu tandas jenis gelongsor atau boleh dibuka dari luar sekiranya berlaku kecemasan.
Kadang-kadang hanya perlukan sedikit ubah suai sahaja, tidak perlu kos besar. Apa yang penting, keprihatinan kita terhadap keselesaan dan keselamatan ibu ayah di rumah. Tandas yang selamat boleh kurangkan kebimbangan,beri mereka ruang untuk hidup berdikari dan bermaruah.
Jangan tunggu insiden berlaku baru nak bertindak. Jika ada warga emas di rumah,tiba masa untuk ambil langkah bijak dan beri perhatian pada ruang yang satu ini. Keselesaan mereka, tanggungjawab kita.
Mesti Baca: Dinding Rumah Comot Kesan Conteng, 5 Cat Rumah Ini Senang Cuci!
Baca Lagi Di Sini:Tip Pilih Warna Cat Ideal Untuk Dinding, Tersalah Pilih Rosak Dekorasi Rumah
Artikel Menarik: Ini Cara Baiki Cat Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir
Sumber: Azlan Mohamad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.