
Tanda-Tanda Banjir Besar Bakal Melanda Kawasan Rumah, Jangan Abaikan Petanda Ini! Tanda-tanda kawasan rumah bakal dinaiki air atau banjir besar memang sering dikongsi oleh mangsa-mangsa terdahulu. Meskipun perkongsian ini bukanlah berasaskan kajian saintifik, namun ramai penduduk yang pernah melalui pengalaman sama menyedari bahawa tanda-tanda tersebut muncul sebelum banjir besar melanda.
Info daripada Ommar Abdul Aziz ini boleh dijadikan panduan berguna supaya kita lebih bersedia untuk menyelamatkan diri dan harta benda sebelum berlakunya kejadian tidak diingini. Menyedari tanda-tanda banjir besar lebih awal dapat membantu kita bertindak segera.
Berikut antara petanda awal yang sering dilihat oleh penduduk sebelum banjir besar melanda kawasan rumah:
Ini tanda awal yang sering diabaikan. Jika paras air di longkang atau halaman mula naik walaupun hujan sudah berhenti, besar kemungkinan sistem saliran sudah tidak mampu menampung aliran air dari kawasan lebih tinggi.
Pada peringkat awal, air yang mengalir kelihatan jernih seperti anak sungai. Ramai yang terpesona dan membiarkan anak-anak bermain air. Namun inilah tanda awal bahawa banjir besar mungkin sedang terbentuk.
Selepas beberapa jam, air yang jernih akan bertukar menjadi keruh. Ketika ini, anda perlu bersiap sedia untuk berpindah kerana keadaan mungkin semakin buruk.
Apabila air berubah menjadi kuning dan membawa sampah-sarap, itu tanda jelas bahawa banjir besar
sedang berlaku berhampiran kawasan anda. Segeralah keluar dari rumah dan berpindah ke tempat yang lebih tinggi.Setiap kawasan mempunyai kadar kenaikan air yang berbeza. Ada tempat yang naik satu inci dalam masa sejam, dan ada pula yang naik sekaki dalam tempoh yang sama. Jangan tunggu hingga air mencecah lantai rumah sebelum bertindak.
Rasa sayang terhadap rumah atau harta benda sering membuatkan ramai menunggu hingga saat akhir. Abaikan perasaan itu kerana keselamatan diri lebih utama. Jika tidak, mungkin anda terpaksa menunggu pihak penyelamat seperti JPAM datang membantu di saat genting.
Sebelum keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri, pastikan langkah-langkah keselamatan berikut dilakukan:
Dengan mengenal pasti tanda-tanda banjir besar lebih awal, kita boleh bertindak dengan cepat dan mengelakkan diri daripada terperangkap dalam keadaan bahaya. Semoga perkongsian ini membantu kita semua lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.
Semoga Bermanfaat!
Sumber: Ommar Abdul Aziz
Sumber: Ommar Abdul Aziz
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.