Tanaman Wajib Ada Di Rumah Orang Malaysia

Share

Tanaman wajib ada di rumah orang Malaysia. Amalan menanam herba, sayuran dan tumbuhan hiasan di halaman rumah semakin digemari kerana bukan sahaja memudahkan kegunaan harian, malah menyokong gaya hidup lebih sihat.

Tanaman Wajib Ada Di Rumah Orang Malaysia

Beberapa tanaman ini sangat sesuai untuk ditanam kerana penjagaannya tidak rumit, cepat membesar serta memberikan manfaat besar untuk kesihatan dan kegunaan dapur seharian.

1. Halia

• Khasiat: Anti-radang, menyokong sistem imun, meredakan rasa loya.
• Tempoh matang/tuai: 8 – 10 bulan selepas ditanam.

2. Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

• Khasiat: Gel daunnya digunakan untuk merawat luka, penjagaan kulit, rambut, serta membantu menyejukkan badan.
• Tempoh matang/tuai: Daun boleh dipetik selepas 8 – 10 bulan, kemudian boleh dituai secara berterusan.

3. Bayam

• Khasiat: Kaya dengan zat besi, vitamin A dan C yang penting untuk kesihatan mata, kulit dan darah.
• Tempoh matang/tuai: 25 – 30 hari selepas ditanam, sesuai sebagai sayuran daun yang cepat dituai.

4. Serai

• Khasiat: Digunakan sebagai perasa masakan, mempunyai sifat anti-bakteria dan membantu pencernaan.
• Tempoh matang/tuai: 6 – 8 bulan, selepas itu boleh dituai berulang kali.

5. Daun Pandan

• Khasiat: Pewangi semula jadi, membantu tidur yang lena, mengurangkan tekanan, serta menyokong kesihatan jantung.
• Tempoh matang/tuai: 6 – 8 bulan, daunnya boleh dipetik sepanjang tahun.

Kredit foto: Cikgu Marry

6. Pudina

• Khasiat: Memberi kesegaran nafas dan membantu menenangkan minda.
• Tempoh matang/tuai: 2 – 3 bulan, boleh dituai berkali-kali dengan memotong pucuk muda.

7. Kangkung

• Khasiat: Mudah ditanam, baik untuk sistem pencernaan, dan sangat sesuai bagi mereka yang mahukan hasil pantas.
• Tempoh matang/tuai: 3 – 4 minggu sahaja sudah boleh dituai.

Tanaman seperti bayam, kangkung dan pudina sesuai untuk mereka yang mahu hasil cepat, manakala halia, serai, pandan dan lidah buaya pula memberi manfaat jangka panjang.

Dengan menanam tanaman ini, setiap rumah di Malaysia bukan sahaja dapat menikmati bahan segar dan sihat, malah dapat menjimatkan kos dapur serta mewujudkan suasana rumah yang lebih hijau dan segar.

Sumber: Facebook Jabatan Pertanian Malaysia  Kredit foto (top image): Aryati Sarah

Baca artikel lain juga: Pertama Kali Tanam Tembikai, Hasil Menjadi Hingga Buah Membesar Cantik

Tanam Kesum Guna Kaedah Tapis, Jimat Ruang, Bebas Jentik-Jentik!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Norhasliza Mohd Shafi