Laman

Tanaman Bendi Sihat Dan Subur Guna Baja Sisa Makanan

Share

Kebelakangan ini, pelbagai ilmu berkebun dan bercucuk tanam dikongsi untuk manfaat bersama. Seperti petua yang Enkay Nik Mustaffa amalkan ini, sesuai untuk sayuran yang ditanam di rumah. Bagi memastikan tanaman bendinya mendapat nutrien yang cukup, beliau hanya gunakan sisa makanan dari dapur termasuklah nasi, kulit bawang, kentang dan lain-lain. Unik dan menjmatkan! Jom ikut petua ni;

Cara saya menggemukkan pokok bendi

1) Longgokkan sisa nasi basi, kerak nasi. Nasi yang saya gunakan ini adalah nasi yang dah 4 hari tak habis. Tak semua pokok sesuai dilonggokkan di perdu, boleh diletakkan agak jauh dari perdu pokok. Contohnya pokok yang mempunyai batang lembut seperti pudina, selom, kangkung.

2. Masukkan apa sahaja sisa yang ada didapur seperti kulit bawang, kulit kentang, sisa sayur. Kecuali bahan berbau seperti kulit ayam, perut ikan.

3. Masukkan sedikit tanah untuk menutupi sisa. Nanti takut diselerakkan oleh tikus, burung gagak.

4. Siram pokok seperti biasa. Gunakan siraman halus supaya tanah tidak dilarikan oleh aliran air. Dah makan nasi, tak minum air- risau tercekik nanti . Sebenarnya bila kita letakkan atau siram apa apa baja, kita perlu siram dengan air secukupnya, prinsip ini tak terguna pakai untuk tanaman hidroponik.

Silakan share sekiranya ia memberikan manfaat kepada sahabat kebun. Jimat belanja dapur, jimat belanja kebun.

Selamat mencuba!

IKLAN