
Ramai yang beranggapan lebih mudah dan murah beli saja sayur di pasar atau supermarket. Betul juga, seikat sayur baru RM1. Tapi bila difikir semula, kalau setiap hari beli sayur—RM1 x 30 hari, dah jadi RM30 sebulan. Itu belum masuk lagi duit minyak nak keluar beli barang atau bawa anak berjalan.
Namun, bagi mereka yang pernah menanam sendiri, aktiviti berkebun ini bukan semata-mata untuk jimat duit semata. Kepuasan sebenar ialah apabila benih kecil yang kita semai mula tumbuh subur, dan akhirnya dapat dituai hasilnya sendiri. Rasa seronok itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula, sayur yang kita tanam sendiri lebih diyakini kebersihannya. Kita tahu apa baja digunakan, tiada bahan kimia atau racun berbahaya—lebih selamat untuk keluarga.
Menariknya, penulis kaedah ini menggunakan sistem sayur hidroponik takung yang sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang tinggal di rumah bertingkat atau ruang terhad. Tak perlu pasang paip panjang-panjang, tak perlu pam air pun. Cukup sekadar menyediakan takung berisi air baja dan tempat yang mendapat cahaya matahari.
Dengan kaedah ini, tanaman seperti bayam dan kucai boleh mula dituai selepas sebulan. Malah, dalam masa tiga minggu pun sudah boleh dijadikan sayur tumis untuk hidangan seharian. Kaedah tanam sayur hidroponik takung
ini membolehkan anda menikmati hasil segar tanpa perlu bergantung kepada tanah yang luas.Ringkas, jimat masa dan tenaga — sesuai sangat untuk mereka yang nak mula bercucuk tanam tanpa perlu tanah luas. Selain jimat belanja dapur, dapat juga terapi minda dan kepuasan melihat tanaman subur depan mata. Sayur yang dihasilkan dengan teknik hidroponik takung ini juga lebih bersih dan selamat dimakan kerana bebas racun kimia.
Jika anda baru nak mula, cuba tanam sayur seperti bayam, kangkung, sawi atau kucai menggunakan sistem ini. Anda pasti teruja melihat hasilnya dalam masa singkat dan yakin untuk teruskan hobi berkebun sendiri di rumah.
Sumber: Syukor Roze Kebun Tepi Rumah
Artikel lain: Tanam Kangkung Guna Kaedah Hidroponik, Modal RM17 Sahaja
Sistem Hidroponik Ringkas Tanpa Racun, Praktikal Untuk Semua Sampai Pekebun Sayur
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.