Tanam Pokok ‘Golden Pear’ Dalam Pasu, Boleh Sangat Berbuah Di Malaysia!

Share

Tanam Pokok ‘Golden Pear’ Dalam Pasu, Boleh Sangat Berbuah Di Malaysia! Dengan teknologi baru dan variety pokok yang sesuai, siapa sangka pokok ‘Golden Pear’ kini dapat ditanam dan berbuah dengan cuaca di Malaysia.

Golden pear (pir emas) merupakan jenis Pear Asia (juga dikenali sebagai Nashi, Singo Pear atau Korean pear). Buah ini mempunyai rasa yang manis dan tekstur yang rangup seperti buah epal berbeza dengan pir biasanya lebih lembut apabila telah masak ranum.

Jika sebelum ini ramai yang hanya kenal buah pear sahaja dan suka makan buah ini, sebenarnya boleh cuba cari anak pokok ‘golden pear’ ini dan cuba tanam sendiri di laman rumah. Menariknya hanya perlu tanam dalam pasu dan tetap dapat membuahkan hasil.

Memang seronok dapat tanam dan lihat pokok pear tumbuh subur dan berbuah lebat di halaman rumah. Boleh petik dan makan buahan segar bebas dari racun.

Tanam Pokok ‘Golden Pear’ Dalam Pasu

Perkongsian daripada Puan Jazlin Hanie ini boleh dijadikan rujukan, bagi yang nak cuba tanam pokok ‘Golden Pear’ ini di laman rumah. Kurang 6 bulan pokok dah mula berbunga dan berbuah.

Ramai yang tertanya-tanya… “Dekat Malaysia ke ni?”


Ya, betul dekat Malaysia.
Saya sendiri di Seremban, Negeri Sembilan.
Golden Pear memang boleh berbuah di sini, in sha Allah.

Kurang 6 Bulan Pokok ‘Golden Pear’ Berbunga

Saya tanam dalam pasu saja, beli anak pokok sekitar September tahun lepas.
Seawal kurang 6 bulan tanam pokok ni dah start belajar berbunga dan dah 2 kali berjaya lekat buah. Tahun lepas cuma sebiji, tapi kali ini Alhamdulillah lekat dalam 10 biji.
Bukan sebab “tangan sejuk”, tapi semua dengan izin-Nya…
Dan memang pokok ini boleh sangat berbuah di Malaysia, in sha Allah.

Selamat sampai 14 September 2024. Ini anak-anak pokok saya. Saya beli dari Indonesia.
Costing mahal sebab pokok memang mahal & postage pun mahal.

6 Jan 2025

1 Dec 2025
Buahnya tak besar mana. Tapi Alhamdulillah.
Banyak kali berbunga..Belum rasa, buahnya masih dekat pokok.

IMPIANA: Seronoknya boleh tanam pokok ‘golden pear’ dalam pasu sendiri di laman rumah. Boleh petik sendiri dan lebih organik.

Sumber: Jazlin Hanie

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab