Tanam Bunga Kobis Dalam Plastik Beras, Kurang 3 Bulan Dah Boleh Tuai

Share

Tanam Bunga Kobis Dalam Plastik Beras, Kurang 3 Bulan Dah Boleh Tuai. Kobis memang ramai suka tanam tapi tidak bagi bunga kobis. Mungkin disebabkan waktu tuainya yang memakan masa 3 hingga 6 bulan bergantung kepada spesies. Tapi wanita ini kongsi cara tanam pokok kobis bunga yang boleh dituai tak sampai 3 bulan. Nak tahu macam mana? jom baca perkongsian Ann dalam blog nya.

Kalau di Malaysia panggil bunga kobis, orang Indonesia panggil bunga kol dan orang putih pula panggil cauliflower.
Suka makan bunga kobis tak? Kalau suka, apa kata tanam sendiri di rumah anda. Tanam sendiri lagi best. Sah-sah tak guna racun atau bahan kimia yang terlarang. Mudah sahaja, mari saya tunjukkan kepada anda cara-cara menanam bunga kobis.

1. Beli biji benih bunga kobis. Saya gunakan brand Green World. Brand ni memang dipercayai. Insyaallah, kalau semai pasti hidup. RM3.50 sahaja sepeket dan ada 200 biji benih

2. Semaikan biji benih bunga kobis dalam bekas semaian atau pasu dan letakkan di tempat yang teduh. Siram apabila tanah kering sahaja. (Saya cuma menggunakan medium semaian yang ada didepan mata).

Gambar rajah1 – 7 Oktober 2009, biji benih bunga kobis disemai
Gambar rajah 2 – 9 Oktober 2009, biji benih mulai bercambah
Gambar rajah 3 – 11 Oktober 2009, Anak pokok Kobis telah jelas kelihatan (letakkan di tempat yang panas)

3. Setelah anak pokok bunga kobis berusia seminggu, alihkan anak pokok bunga kobis ke dalam polybag yang besar ataupun guni beras. Nak guna pasu pun boleh asalkan pasunya besar dan dalam. Saya cuma gunakan guni beras. Recycle

benda yang sedia ada tak perlu membazir.
Siram anak pokok dengan dengan baja fertigasi 3 kali sehari (pagi, petang & malam)

4. Anak pokok bunga kobis yang berusia sebulan lebih

5. 16 Disember 2009 – Pokok bunga kobis telah membesar

6. Dan akhirnya, saat-saat yang paling ditunggu. Pokok bunga kobis menampakkan hasilnya.

7. 19 Januari 2010, bunga kobis telah matang dan sedia untuk dituai

8. Setelah bunga kobis dituai, jangan biarkan pokoknya mati. Jaga dan siram seperti biasa. Kerana pokok induk ini akan mengeluarkan anak pokok di batangnya. Cantas anak pokok itu dan tanam nya serta merta di tempat lain. Tak perlu menyemai dari biji benih dan pokok lebih cepat membesar.

Sumber:http://annfrendlygarden.blogspot.my

Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)

Baca Artikel Berikut: 5 Kaedah Mudah Tanam Sayur Sesuai Untuk Rumah Di Bandar

 

Handmade Macrame Plant Hanger Cotton Rope Flower Pot Holder Wall Planter Basket With Wood Beads Decorative Bohemian Boho Decor

UNTUK PEMBELIAN BOLEH KLIK DI SINI  INI
IKLAN