Laman

Tanam Buah AVOCADO Di Laman Rumah, Cara Cambah Benih Guna Biji!

Share

Tidak boleh dinafikan khasiat dan manfaat buah Avokado ini dan rugi jika tidak mengamalkannya.

Disebabkan itu juga harga buah ini agak mahal. Jadi kalau ada membeli avocado apa kata cuba untuk tanam sendiri. Ya pokok buah ini juga boleh ditanam dalam keadaan cuaca kita yang panas lembap.

Dikongsi oleh Donny Ien yang juga pengusaha nurseri buah-buahan, ini adalah cara betul menyemai biji avocado supaya tumbuh dengan baik.

Cara cambah benih avocado melalui biji

Saya kongsikan cara-cara menyemai biji avocado yang betul supaya tumbuh dengan baik.

1.Mula-mula pilih buah yang sudah masak, selepas makan isinya, ambil biji tersebut, kupas kulit luar sehingga bersih.

2. Beza biji avocado yang ada kulit dan tanpa kulit, tujuan membuka kulit supaya tunas cepat keluar apabila disemai di polibeg.

3.Apabila menanam dalam polibeg, pastikan bahagian yang tajam menghala ke atas, kerana akar akan keluar terlebih dahulu di bahagian bawah sebelum tunas tumbuh.

4. Tanam biji separuh kedalam polibeg, gunakan tanah kuning 70%, topsoil 30% supaya biji tidak mereput, jangan guna topsoil 100% kerana ia terlalu lembap dan akan merosakkan biji.

5.Selepas 1 bulan, tunas mula keluar dengan subur. Pastikan siram setiap hari supaya pokok tidak kering, tabur sedikit baja subur supaya cepat membesar.

Usia pokok avocado lebih kurang 1 bulan lebih, tunggu daun matang dulu, barulah saya akan buat teknik cantuman baji dengan tunas Avocado Russell.

Berdasarkan kajian saya, buah avocado di Sabah amat sukar di mungkin masih ramai yang belum menanamnya.

Kalau jumpa pun, harga boleh mencecah sehingga RM15 sekilo atau lebih bergantung pada lokasi dan jenis buah.

Untuk info, menurut kajian, amalan memakan avocado ini secara konsistan mampu menurunkan berat badan dan kolestrol, mengelakkan serangan jantung, mencegah katarak mata, mencantikkan kulit, melancarkan pencernaan dan elakkan kanser.

*Jadi apa tunggu lagi, tanamlah sepokok dua di halaman rumah, pokok avocado kahwin berbuah sekitar 3 tahun dengan penjagaan yang teratur.

Sumber: Donnie Ien via Infoberita

Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN