Laman

Tanam 5 Pokok Herba Ini Mampu Halang Serangga Perosak Dan Nyamuk Di Rumah

Share

Tanaman herba bukan sahaja baik untuk kesihatan dan dapat menghalau nyamuk, tetapi ia juga dapat mengelakkan kehadiran serangga perosak yang mengganggu tumbesaran tanaman anda. Ini kerana kandungan bahan kimia yang terdapat pada tumbuhan ini mampu menghalau serangga perosak daripada singgah ke taman anda. Elak guna racun serangga, ayuh tanam tumbuhan ini!

  1. Allium tuberosum
    dikenali sebagai kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.

2. Mentha spicata atau pudina hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.

3. Petunia spp. Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, belalang dan cacing.

  1. Amaranth spinosus atau Bayam Duri adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di halaman rumah untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.

4. Cosmos cosdatus atau Ulam Raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.

5. Coriandrum sativum atau lebih dikenali sebagai ketumbar, tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.

IKLAN