Tambah Garam Halus Dalam Sabun Pencuci Pinggan, Lebih Jimat Dan Hasilkan Buih Banyak

Share

Beberapa hari yang lalu, Impiana ada kongsi resepi untuk hasilkan 5 liter pencuci pinggan dari 1 liter sabun. Nampaknya, ada yang dah cuba dan hasilnya sangat berbaloi. Terbaru, Rufina Abdul Raof turut berkongsi hasil resepi yang pernah dikongsikan.

Orang dok viral. Maka akak pun cuba le buat. Beli sebotol sunlight. Ada 2 botol kosong utk 2 tmpt cuci pinggan.

1. Tuang 1/4 sunlight dalam botol kosong.
2.

Bancuh 3sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3. Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan Tuang air garam tu dlm botol tadi hingga 3/4 botol.
4. Kocak kocak.. Siap.

Serius syok basuh pinggan. Letak sikit aje. Buihnya banyak. Pinggan pun bersinar. Jimat kome.. Selalu 1 botol sunlight original hanya berthan satu minggu shaja. Cuba la!

IKLAN